[ s'one ] 07

2.9K 388 50
                                    

"Jadi hyung, perempuan tu bunuh mak dia?" Soal Hoseok betul-betul lepas tamat citer.


"Manusia yang dipengaruhi dengan rasa benci, sampai sanggup membunuh." Sambung Jin.


"Tapi hyung, tu tak seram sangat."


Kini, semua mula menoleh kearah Yoongi yang sudah tersenyum.


"Baiklah, lepas Jin hyung, giliran aku kan?"


Melihat anggukan semua, Yoongi mula merapatkan kerusinya sebelum memandang kearah semua kawannya.


"Baiklah, cerita dia bermula—"


----------


Kisah Yoongi


"Awak dah makan?" Sang gadis berambut biru laut bertanya.


"Belum. Awak?" Balas lelaki berambut hitam pekat itu.


"Saya pun belum, jomlah pergi sama-sama."


Gelak tawa mereka yang dalam perjalanan menuju kearah kedai makan diperhatikan dengan tajam oleh seorang perempuan yang berkaca mata.


'Kenapa diorang mesti bersama? Kenapa? Kenapa?'


Langkahnya diatur perlahan mengikuti pasangan tersebut. Tali beg sandang digenggam kuat olehnya.


"Awak nak makan apa?" Wajah lelaki berambut hitam itu ditepuk manja.


"Hmmm, saya nak sama macam awak lah." Balas lelaki itu dengan senyuman manis.


Carutan demi carutan yang keluar dari mulut gadis berkaca mata tersebut.


'Kenapa? Kenapa awak pilih dia??!'


Selangkah yang diambil olehnya membawa padah apabila kaki kanannya terjatuh kedalam longkang.


"Arghh!!"


Jeritannya tidak didengari kerana tidak ramai orang yang lalu kawasan tersebut. Mungkin nasibnya baik sebab longkang tersebut tidak lah terlalu dalam.


Perlahan-lahan, gadis ini keluar dari longkang dengan keadaan terhincut sebelum matanya memandang tepat kearah pasangan sebentar tadi.


'Mungkin sekarang kau boleh gelak..lain kali, aku akan pastikan korang akan menangis teresak-esak sampai keluar air mata darah!!'




++++++++++

done edit ; 241118

tenks sudi baca+vote+comment, cayunk korang❤

ghost teller | btsWhere stories live. Discover now