44 - Resah

1.9K 134 39
                                    


🍎🍎🍎

"Masuk," arah Eira apabila pintu pejabatnya diketuk beberapa kali dari luar.

Pekerja yang bernama Ila tergopoh-gapah melangkah masuk. Cermin matanya yang besar dan bulat dibetulkan supaya tak melurut ke bawah. Tercungap-cungap Ila mencari oksigen, mengatur nafas setelah penat berlari.

"So-sorry lambat, bos. Ada hal sikit tadi." Ila telan liur. Masih lagi bergelut mengumpul oksigen.

"Takpe. Saya bukan nak rush sangat pun. So, ada apa-apa lagi yang saya kena check? Sementara saya tengah takde kerja sekarang ni."

Jari Eira mengetuk-ngetuk meja kerjanya. Serius dia bosan gila. Hari ini tak ada langsung perjumpaan dengan klien. Pelanggan yang menginap di resort semuanya okay. Tak ada buat masalah. Pekerja-pekerja resort juga memang bagus, buat kerja. Tiada yang goyang kaki.

Bila banyak kerja, penat. Bila tak ada kerja nak dibuat, bosan pula. Eira mengeluh dalam hati. Lumrah manusia.

"Ada ada." Ila menyerahkan fail berwarna biru gelap di tangannya kepada Eira.

Laju tangan Eira menyelak isi kandungan fail itu dengan muka serius.

"Dalam fail ni, ada borang-borang permohonan kerja untuk jawatan pembantu chef dengan perkhidmatan housekeeping. Lebih kurang 67 orang yang mohon. Bos tengok-tengok dululah profil and background diorang dulu. Lepas bos dah decide tarikh, saya akan terus call diorang datang interview."

Terangguk-angguk Eira mendengar penjelasan Ila walaupun matanya fokus menjeling sekilas setiap borang satu persatu. Ramai betul yang memohon. Haih, banyak kerjalah nampaknya lepas ini.

Ceh, merungut kau lagi ya Eira?

"Okay. Anything else?" soal Eira. Fail ditutup dan dialih ke tepi.

"Err... Sebenarnya..." Air muka Ila bertukar resah. Seperti menghadapi masalah besar. Ila menggaru belakang leher yang dilitupi tudung. Tak tahu nak atur kata.

Dan Eira sangat kenal dengan riak muka itu.

"Ada customer buat hal lagi, kan?" tebak Eira.

Tak lupa dia menjulingkan matanya ke atas. Bukan mengeluh, tapi dia sudah lali dengan perangai manusia. Macam-macam ragam. Ada saja tak kena. Ada saja tak puas hati.

Perlahan Ila mengangguk sambil menggigit bibir. "Tapi dia cuma nak... Err, dia cuma nak deal dengan bos besar resort ni. Maksudnya, bos seorang je la. Ka-kalau tak, dia akan sebarkan cerita buruk pasal resort kita kat media sosial." Ila tunduk, memandang lantai.

"Supervisor mana? Siapa yang handle?" tanya Eira. Kepala yang mula pening dipicit.

Kedengaran seperti masalah besar betul kali ini. Kalau kes pelanggan buat hal sebelum ni, Eira masuk campur sikit-sikit je sebagai backup, memandangkan pekerja-pekerjanya lebih berpengalaman mengendalikan kes sebegitu. Eira? Dia hanyalah pewaris yang sukarela menguruskan resort ayah angkatnya saja.

Bukanlah bermakna dia tak buat kerja. Tapi bab berurusan dengan pelanggan cerewet tahap cacing kerawit, tersangatlah jauh dari bidang kuasanya. Sudahlah dia cepat hilang sabar orangnya. Silap-silap, boleh hilang kepala pelanggan cerewet itu nanti.

"Dah 2 orang supervisor kita pergi deal dengan encik tu. Abang Fid dengan Kak Roz. Dua-dua dah give up. Tak larat lagi nak layan karenah orang tu. Dia tetap berkeras nak jumpa dengan bos jugak," cerita Ila. Lemah nada suaranya.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now