[M] TRUTH 25 DARE 25

501 33 5
                                    

Dare from alialianur

"Yeay! Ais!! Jom kita sepahkan rumah ni!!" kata Solar dengan teruja.

"Jom!!"

Ais dan Solar sahaja berada di rumah. Kejap, ape yang jadi ni? Macam ni... Ais dan Solar dapat dare. Mereka berdua perlu sepahkan rumah mereka. Yang lain pula perlu jalani latihan tempur bersama Fang dan Kapten Kaizo. Ada faham?

"Yeay!! Sepah!!" jerit Ais dan Solar.

Sementara itu....

"Waghh!!" jerit Gempa, Halilintar, Taufan, Blaze, Thorn dan Fang.

"Lawanlah raksasa tu!" arah Kapten Kaizo yang berada di atas mereka. Dia hanya menjadi penonton manakala mereka berenam perlu tumpaskan raksasa yang besar itu.

"Kita kena ada rancangan!" kata Fang sebaik sahaja mereka sempat bersembunyi daripada raksasa itu.

"Mana korang nak lari?!" jerit raksasa itu.

Mereka berenam menelan air liur tanda gerun.

"Gempa, ape rancangan kau?" soal Blaze dengan panik.

Gempa berfikir seketika sebelum mengangkat tangannya. "Hah! Aku tahu!"

"Ape dia?!"

"Fang, kau dan aku perlu tahan dia guna kuasa kita.. Korang pulak serang dia habis-habisan!" arah Gempa.

"Baik!"

"Mana korang hah?!" jerit raksasa itu sambil matanya meliar-liar mencari mangsanya.

"Jari bayang!!"

"Ape ni?!" Raksasa itu diikat oleh kuasa Fang menyebabkan dia sukar untuk bergerak.

"Golem Tanah!"

Kemudian, muncul golem tanah untuk menolong Fang menahan raksasa itu daripada bergerak.

"Sekarang!" - Gempa

Halilintar dan Taufan berpandangan. "Serangan kombo BoBoiBoy Halilintar dan Taufan!!"

Muncul puting beliung berserta kilat yang dihasilkan oleh Halilintar dan Taufan. Lalu menuju ke arah raksasa itu.

"Jangan!!!!!!"

BOOM

Raksasa itu terbaring lemah.

"Serangan bebola api!!! Hiyaa!!" Blaze melancarkan serangan bebola api bertubi-tubi ke arah raksasa itu.

"Arghh!! Panas!!" Raksasa itu mengerang kesakitan akibat serangan Blaze yang panas.

"Akar pengikat!!" Thorn menggunakan kuasanya untuk mengikat tubuh badan raksasa itu dengan ketat.

"Aghh!! Sakit!!" Raksasa itu kesakitan disebabkan akar yang berduri itu dan akhirnya, raksasa itu pengsan.

"Terbaiklah!!!"

Fang hanya tersenyum sambil berpeluk tubuh. Kapten Kaizo turut tersenyum.

Setelah itu, Gempa, Halilintar, Taufan, Blaze dan Thorn balik ke rumah. Ternganga mereka melihat rumah mereka bersepah. "Apekah??!!"

Ais dan Solar tersengih memandang ke arah mereka berlima. "Kitorang perlu sepahkan rumah sebab dare!"

Gempa jatuh terduduk. "Terbaik....."

Pada malam itu, Ais dan Solar masih sepahkan rumah. Habis buruk ruang tamu tu. Gempa pula terpaksa relakan, huhu.

"Ais!! Solar!! Pergi tidur!!" jerit Gempa yang berada di bilik.

Ais dan Solar berpandangan. "Kejap lagi!!"

Gempa mengeluh lalu terus melelapkan matanya.

Keesokan harinya, Ais dan Solar masih sepahkan rumah sebab dare diorang perlu dibuat selama dua hari.

"Aku nak pergi taman.." kata Gempa lalu keluar dari rumahnya. Dia tak larat nak tengok rumahnya bersepah.

Taufan hanya menggeleng kepala melihat Ais dan Solar sepahkan rumah.

Pada waktu malam, Gempa baru balik rumah. Halilintar menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Kenape kau lambat balik dan apesal muka kau pucat?"

Gempa memberikan senyuman paksa. "Aku cuma penat.." katanya lalu masuk ke biliknya.

Halilintar hanya mengangkat bahu lalu masuk ke biliknya.

Keesokan hari, kelihatan Blaze dan Thorn sedang membersihkan rumah. Gempa yang baru turun hairan melihat mereka berdua.

"Kenape korang yang perlu bersihkan?" - Gempa

"Dare..." - Blaze & Thorn

Gempa hanya mengangguk faham lalu pergi ke dapur.

Sebaik sahaja selesai membersihkan rumah, Blaze dan Thorn pergi ke rumah Fang untuk jalani latihan tempur dan itu salah satu dare mereka jugak.

Blaze dan Thorn perlu halang seekor burung raksasa daripada mendekati perumahan manusia.

Dan hampir tiga jam, baru Blaze dan Thorn berjaya selesaikan misi itu. Penat tu tak perlu cakaplah.

Balik-balik je, terus tidur sebab penat. Banyak kali mereka berdua fikir untuk halang burung raksasa itu. Ingat senang ke.

Okey, siap! Maaf kalau tak best! Harap korang suka! ^^

BOBOIBOY'S SIBLINGS: TRUTH OR DARE Where stories live. Discover now