[M] TRUTH 31 DARE 31

410 34 19
                                    

Dare from ScarletRitsu

Tok tok tok!

Halilintar membuka pintu rumahnya sebaik sahaja mendengar ketukan. Dia mengangkat kening. "Dah kenape kau jadi baik nak ketuk bagai?"

Author menjeling. "Biarlah.." katanya sambil melangkah masuk.

Halilintar membalas jelingannya. "Hah, kenape kau datang?"

"Sebelum tu, mane yang lain?" Mata Author meliar-liar mencari kembar Halilintar yang lain.

"Diorang dekat rumah Gopal.." jawab Halilintar.

Mata Author membulat. "Kau sorang kat rumah ni?!"

Halilintar mengangguk selamba. Dengan sepantas kilat mengalahkan Halilintar, Author terus keluar dari rumah itu. Terkejut beruk Halilintar lalu turut keluar dari rumah dia. Dia ternampak Author berdiri sedang menghela nafas.

"Kau kenape?" soal Halilintar dengan kerutan pada dahi. Tetiba je dia ni.

Author memandang tajam. "Ade dare untuk kau dan Gempa.. Tapi, memandangkan dia tiada, aku pergi rumah Fang.." Author terus memecut laju ke rumah Fang.

Terkejut Halilintar. "Weh! Tunggu!" Dia turut mengikut Author pergi ke rumah Fang. Menyibuk je. 😒

Sampai di rumah Fang, Author mengetuk pintu rumah. Beberapa saat, pintu terbuka lalu terpancul muka Fang dengan kerutan. "Kenape korang ade kat sini?"

"Ade dare untuk kau dan abang kau.." ujar Author.

"Eloklah.. Abang aku baru balik.. Meh masuk.." ajak Fang lalu mereka berdua masuk ke dalam rumah Fang.

Kelihatan Kapten Kaizo sedang duduk sambil meminum air. Hampir tersedak Kapten Kaizo apabila ternampak Author di situ. 😂 Ni mesti ada apa-apa.

"Kapten dah kenape?" Author menjungkit keningnya.

Kapten Kaizo berdehem. "Takde ape.. Hah, kenape datang?"

"Ade dare untuk Kapten dan Fang.." ujar Author menyebabkan Fang dan Kapten Kaizo memandang ke arahnya dengan menjongketkan kening.

"Dare ape?" soal mereka berdua serentak.

"Kapten dan Fang perlu bertukar pangkat selama seminggu.." ujar Author. Halilintar pula sudah menahan ketawa.

Membulat mata mereka mendengar dare yang baru disampaikan oleh Author. "Aku tak setuju!" ujar Kapten Kaizo. Dah bagus-bagus dapat pangkat Kapten, ingat senang-senang nak bagi orang?

Fang menjeling abangnya. "Alah, seminggu je kot.."

Kapten Kaizo memandang tajam ke arah Fang. Tahulah yang adik kesayangan dia tu nak dapat pangkat Kapten.

"Korang. Tetap. Kena. Laksnakan. Jugak. Noktah." ujar Author satu persatu.

Kapten Kaizo mengeluh. Dia mengeluarkan badge yang menandakan pangkat kapten dari jaket bajunya lalu menghulurkan kepada Fang.

Mata Fang bersinar-sinar lalu mengambil badge itu. "Yeay! Terima kasih! Nah!" Fang turut memberi badge miliknya kepada abangnya.

Kapten Kaizo dengan perasaan yang tidak rela, dia mengambil badge adiknya itu. Dia mengeluh berat. "Hah, kalau dah takde apa-apa, kau boleh pergi dari sini.." Nampak macam nak halau je. Nak balas dendam lah tu.

Author menjeling. "Okey bye" Dia segera beredar dari situ.

Kapten Kaizo sudah menggosok matanya. Betul ke apa aku nampak ni? "Laju betul dia keluar.."

BOBOIBOY'S SIBLINGS: TRUTH OR DARE Where stories live. Discover now