Part 2

7.3K 575 5
                                    

Minyoung sudah bersiap untuk ke majlis. Dress warna merah tersarung di tubuhnya, rambut paras bahu dibiarkan terlepas dan solekan yang tidak terlalu tebal. Sebaik sahaja Minyoung mengeluarkan kasut tumit tinggi nya, bunyi hon dari kereta Jin kedengaran di luar.

Minyoung terus keluar dan mengunci pintu dan menuju ke arah kereta Jin.

"Lama ke tunggu ?" Minyoung mengambil tempat duduk di sebelah pemandu.

"Takde lah. Baru je sampai. Ermm ... Minyoung ?"

"Ya ?" Minyoung memandang Jin.

"Awak cantik malam ni"

Muka Minyoung merah padam dipuji sedemikian.

"Err ... Terima kasih" Jin terus memandu keretanya menuju ke rumah kawannya yang mengadakan majlis.

———————————

Minyoung dan Jin masuk ke belakang halaman rumah. Kedengaran suara riuh rendah dengan muzik. Ada yang menarik perhatian Minyoung.

YOONGI !

Yoongi sedang duduk menikmati minumannya bersama rakannya yang lain.

"Kenapa dia nak halang aku datang ke majlis ni sedangkan dia sendiri pun datang ke sini" Bisik hati kecil Minyoung.

Minyoung tersentak apabila Jin menghulurkan air minuman kepada Minyoung.

"Minum lah" Jin memberikan senyuman yang manis kepada Minyoung.

"Takde apa lah" Minyoung terus meneguk air minuman yang diberikan oleh Jin sebentar tadi.

Beberapa tika kemudian, Minyoung mula merasakan kepalanya sangat berat. Akhirnya, Minyoung sendiri tertidur.

Jin tersenyum kerana rancangannya berjalan lancar. Jin mengangkat Minyoung dan meminta izin umtuk pulang lebih awal dengan alasan Minyoung keletihan.

Namun begitu, gerak gerinya sebenarnya diperhatikan oleh Yoongi dari tadi. Yoongi terus mengekori Jin yang sedang mengangkat Minyoung ke keretanya.

Yoongi curiga dengan tingkah laku Jin. Yoongi menyerang Jin dari belakang.

"Jin !"

"Eh Yoongi. Kau pun ada kat sini rupanya" lembut tutur kata Jin sebaik sahaja bersua muka dengan Yoongi.

"Kau ada niat yang tak baik dengan Minyoung kan ? Minyoung ni biar aku yang hantar dia balik" tanpa teragak-agak, Yoongi terus mengangkat Minyoung keluar dari kereta Jin.

Jin menarik lengan Yoongi dan akibatnya Minyoung terjatuh ke atas tanah.

"Aduh" Minyoung tersedar.

"Minyoung, ikut aku" Yoongi menarik Minyoung.

"Apa ni ? Ikut kau ? Buat apa aku nak ikut kau ? Lepas lah !" Minyoung cuba melepaskan tangannya dari pegangan Yoongi tetapi gagal.

Jin cuba 'menyelamatkan' Minyoung tetapi Yoongi terlebih dahulu menumbuk Jin sehingga pengsan dan terus mengangkat Minyoung dan diletakkan di atas bahunya seperti mengangkat seguni beras.

"Ehh apa ni ?? Turunkan aku lah !!" Yoongi tidak mempedulikan rontaan Minyoung dan terus meletakkan Minyoung di tempat duduk di sebelah tempat pemandu dan memakaikan tali pinggang.

Yoongi duduk di tempat pemandu dan terus menghidupkan enjin.

"Malam ni kau tidur rumah aku untuk keselamatan kau" Yoongi terus memandu keretanya keluar dari kawasan itu.

Saya Cintakan Awak ✅Where stories live. Discover now