Part 4

6K 516 10
                                    

Selepas Yoongi mempersiapkan diri, kelihatan Minyoung sudah tertidur di ruang tamu dengan YV yang masih menyala.

"Membazir elektrik betul pompuan ni" Yoongi mematikan TV.

"Minyoung. Bangun. Kau nak tidur sini lagi ke apa ? Taknak balik ?" Yoongi mengejutkan Minyoung. Minyoung bangun sambil mengesat matanya.

Minyoung terkejut dengan penampilan Yoongi yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

"Kenapa kau pandang aku macam tu ? Dah lah. Jom cepat. Aku ada hal lain kejap lagi" Yoongi bangun dan terus mengambil kunci keretanya. Minyoung mengekori dari belakang.

——————————

"Yoongi ?"

"Apa kau nak ?"

"Err tak. Saya pelik. Kenapa awak bawak saya lari dari Jin malam tu ? Setahu saya Jin takde apa-apa masalah dengan awak pun" soal Minyoung ingin tahu.

"Takkan kau tak tahu Jin tu macam mana?"

"Awak akan bagitahu ke kalau saya jawab 'tak' ?"

"Kau tak tahu ke Jin tu playboy ?" Dengan sekali lafaz Yoongi memberitahu Minyoung.

Minyoung terkejut.

"Playboy ?"

"Ya. Dulu dia pernah bercinya dengan adik aku tapi ...." Ayat Yoongi terhenti sampai situ sahaja.

"Tapi apa ?"

"Adik saya ... dah mati sebab bunuh diri" Kedengaran sedikit getaran pada suara Yoongi.

"Bunuh diri sebab ?"

"Sebab Jin. Jin lah penyebabnya. Lepas Jin putuskan hubungan dengan adik aku sebab nak bercinta dengan kau pulak, dia berkurung dalam bilik. Tak makan dan tak minum. Seminggu dia tak keluar sampai lah suatu hari aku nak pecahkan pintu dia. Lepas aku pecahkan, apa yang aku nampak ....." Sekali lagi ayatnya terhenti.

"Apa yang awak nampak ?"

"Apa yang aku nampak hanya lah ... tubuh adik aku yang tergantung"

Sekali lagi Minyoung terkejut. Yoongi memberhentikan keretanya di tepi jalan. Minyoung pelik kenapa Yoongi berhentikan kereta di tepi jalan. Minyoung memandang Yoongi semula.

Sekali lagi Minyoung terkejut.

Yoongi menangis menunduk dengan bahunya bergetar menahan esakkan.

Minyoung serba salah kerana dia yang tanya soalan sedemikian sehingga membuatkan Yoongi berasa pilu kerana teringat akan adiknya.

"Maaf sebab soalan saya tadi buat awak teringat kat adik awak"

"Takpe. Saya yang sensitif sangat. Bukan salah awak pun" dari kau-aku serta merta bertukar menjadi awak-saya.

Rupanya, Yoongi tidak lah sejahat mana pun. Yoongi pun manusia biasa juga yang mempunyai hati dan perasaan.

Hanya kerana tingkah lakunya yang agak menyakitkan hati Minyoung sahaja yang mengaburi matanya.

Barulah Minyoung mengetahui bahawa Yoongi mempunyai adik perempuan yang dia tak pernah nampak. Selama ini, Minyoung fikirkan Yoongi ialah anak tunggal oleh kerana Minyoung langsung tidak mengambil tahu hal orang sekeliling di sekolahnya.

"Dah lah. Maaf sebab awak terpaksa tengok saya menangis. Jangan bagitahu sesiapa pasal ni kat orang lain" Yoongi memberi amaran sambil tangannya mengesat air matanya.

"Okay" Minyoung mengangguk. Perjalanan diteruskan.

——————————

"Terima kasih sebab tumpangkan saya satu malam kat rumah awak and hantar saya balik" Minyoung memberikan senyuman yang sangat manis kepada Yoongi sehingga Yoongi sendiri hampir tercekik air liurnya sendiri.

"Err takde apa lah" Yoongi melarikan pandangannya ke tempat lain.

"Dah lah. Aku nak cepat ni. Jumpa kat sekolah esok" Yoongi memandu keretanya meninggalkan Minyoung.

Minyoung masuk ke dalam rumah. Selepas mengunci pintu, Minyoung terus ke biliknya mencampakkan diri ke atas katil. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi.

SMS dari Jin.

Seronok bermalam dengan Yoongi semalam ? 
[JIN]

Tak payah sibuk hal orang [MINYOUNG]

Eh ? Mesti lah saya sibuk hal awak sbb awak teman wanita saya
[JIN]

Sekarang tak lagi. Sampai di sini sahaja hubungan kita. Selamat tinggal.
[MINYOUNG]

Apa awak merepek ni ? Tak cukup ke kasih sayang saya terhadap awak ?
[JIN]

Saya taknak saya pun jadi mangsa cinta palsu awak. Lupakan saya. Carilah mangsa lain. Bye [MINYOUNG]

Minyoung terus mencampak telefonnya ke tepi. Malas hendak melayan Jin. Minyoung terus bangun untuk pergi membersihkan dirinya. Telefonnya berdering lagi.

Minyoung terus mengambil telefonnya. Ada SMS dari nombor yang tidak dikenali.

Kau okey tak kat sana ? Jin ada kacau kau ? Oh ya aku simpan nombor telefon kau ni sebab aku nak pastikan kau selamat dan bukannya sebab aku minat kau, okay ? Aku amik nombor kau masa kau dah tidur semalam
[YOONGI]

Ambil berat pun dengan perangai yang menyakitkan hati. Tetapi, Minyoung menghela nafas lega kerana bukan Jin yang menghantar sms kepada nya lagi.

Tadi baru je dia sms saya. Oh ya awak bayar saya sejuta won pun saya tetap benci awak
[MINYOUNG]

Kalau ada apa apa, call aku. Aku malas nak layan kau. Bye
[YOONGI]

Minyoung mencebik.

"Suka hati kau lah Encik Cili Bergula" Minyoung meneruskan niatnya untuk menyegarkan dirinya.

Saya Cintakan Awak ✅Where stories live. Discover now