Part 5

5.5K 529 18
                                    

Minyoung memulakan hidup baru nya tanpa Jin.

Ketika Minyoung membuka locker nya untuk mengambil buku di dalam nya, bertaburan kertas yang bertulis SAYA CINTAKAN AWAK. Minyoung terkejut. Tidak pernah dia mendapat kertas yang banyak di dalam lockernya sebelum ini.

"Jin ?" Itu sahaja yang terlintas di dalam pemikirannya. Minyoung mencari Jin. Kelihatan Jin seperti menunggu kedatangan Minyoung.

"Jin ?" Minyoung menegur Jin.

"Minyoung. Saya tahu awak akan cari saya balik"

"Sorry saya bukan nak cari awak sebab hal lain. Saya cari awak sebab ni ..." Minyoung mengeluarkan kertas yang tertulis SAYA CINTAKAN AWAK.

"Hahahahaha ya aku yang buat tu sebab aku sayang kau"

"Tapi kalau awak sayangkan saya pun, tak perlu buat semua ni. Tapi saya dah tak cinta atau sayang awak pun. Bye" Minyoung meninggalkan Jin.

"Kau selamanya milik aku seorang"

——————————

Minyoung mengambil keputusan untuk membaca buku di perpustakaan sekolah. Dia malas untuk menghadap Jin. Malas mendengar rayuan Jin untuk terus mencintainya.

Dalam perjalanan, Jin menarik Minyoung.

"Apa lagi yang awak nak ni ?"

"Yoongi ada cakap benda buruk mengenai saya, kan ?"

Minyoung terkejut.

"Dengar ni. Tak kisah lah daripada siapa saya dengar cerita buruk mengenai awak, saya berhak tahu semua tu atau saya selamanya akan tertipu dengan lakonan awak. Awak ingat saya tak tahu ke apa yang terjadi terhadap adik Yoon...-" tidak sempat Minyoung menghabiskan kata-katanya, Jin mencekik Minyoung.

"Awak ..... nak ..... bunuh .... saya ...... ke ?" Suara Minyoung tersekat sekat kerana dicekik oleh Jin.

"Aku sayang kau" Jin ketawa selepas itu.

Beberapa minit kemudian, ada seorang pelajar yang kebetulan lalu di kawasan itu.

"WOI !" Pelajar itu terus meluru ke arah Jin dan Minyoung dan menolak Jin jauh dari situ.

"Kau jangan sibuk hal aku lah budak" Jin menolak bahu pelajar itu.

"Baik abang pergi dari sini sebelum saya panggil cikgu"

Jin mendengus kemarahan dan beredar.

Kelihatan Minyoung sudah pun terduduk kerana lemah setelah dicekik oleh Jin.

"Okay tak ?"

"Saya okay"

"Meh saya tolong. Kawan kawan saya tak jauh dari sini. Nama saya Jungkook" Jungkook menghulurkan tangannya menolong Minyoung supaya berdiri semula.

Minyoung mengikut JungKook dari belakang. Alangkah terkejutnya Minyoung apabila Yoongi juga ada bersama.

"Minyoung ?" Dahi Yoongi berkerut terkejut dgn kehadiran Minyoung.

"Ohh abang dah kenal. Kalau macam tu tak payah saya kenalkan" Jungkook duduk di sebelah Yoongi.

"Semua ni kawan-kawan awak ke Yoongi ?" Yoongi hanya mengangguk.

"Ohh awak ke Minyoung yang Yoongi selalu ceritakan tu ?"

Kening Minyoung terjongket sebelah.

"Err ... Yang rambut macam singa ni Taehyung"

"Meh duduk sini Minyoung. Tempat wanita yang cantik ialah di sebelah jejaka yang kacak macam saya" Tangan Minyoung digapainya.

"Hah yang mengada-ngada tu Jimin. Sebelum aku terajang kau, baik lepaskan dia. Aku sorang je yang boleh pegang Minyoung" Larang Yoongi. Yoongi menarik Minyoung supaya duduk disebelahnya.

"Hai Minyoung. Yoongi sebenarnya cemburu"

"Yang tu Hoseok. Merepek je dia tu" Yoongi menafikan kenyataan Hoseok.

"Mengaku je lah kau cemburu sebenarnya" Hoseok sengaja mengusik Yoongi. Tetapi Yoongi tidak mengendahkannya.

"Yoongi ada ceritakan kat kami yang kau lemah dalam pembelajaran. Betul ke ?"

Minyoung merenung tajam Yoongi tetapi Yoongi buat tidak endah sahaja.

"Ni Namjoon. Tapi aku rasa kau dah kenal dia sebab dia classmate kita. Tahukan dia selalu dapat tempat paling atas dalam kelas ?”

Minyoung hanya mengangguk.

Saya Cintakan Awak ✅Where stories live. Discover now