one°

4.6K 345 78
                                    


Minhee's pov

Aku tak nak pindah Seoul. Sesiapa tolong aku please. Daripada pindah Seoul, aku sanggup berkawan dengan gay tahu tak? Susah do nak cari kawan yang boleh dipercayai zaman sekarang ni. Lelagi kat Seoul. Yela, budak bandar la kan. Ada ke yang sudi nak berkawan dengan aku, si budak Busan?

Korang mesti tahu Busan kan? Busan ialah salah satu negeri di dalam negara Korea Selatan. Halah movie Train To Bosan tu... Eh silap, Train To Busan. Ha baru betul. Yang ada Gong Yoo ahjussi tu. Ha... Busan la tu. Tempat di mana aku, Kim Minhee dilahirkan. Dah hampir 18 tahun aku tinggal kat Busan. Tak sanggup aku nak tinggalkan Busan tercinta hukhuk.

ttok ttok ttok~

Pintu bilik aku diketuk oleh seseorang. Oppa aku muncul dengan muka kereknya. "Kau dah siap belum? Kita dah nak gerak malam ni." soal Minho.

Guys, ni bukan Choi Minho Shinee tu eh. Ni Kim Minho yang annoyying. Perasan handsome, acah famous. Meluat do aku tengok gambar-gambar dia kat instagram. Ulzzang la sangat. Minho tu takde la handsome sangat aku tengok, hehe.

"Woi. Kau dengar ke tak ni? Asyik berangan nak kahwin dengan hanat one je kerja." Sergahan Minho membuatkan aku kembali ke dunia realiti.

"Bwo? Kepala otak kau hanat one, Wanna One la! " aku membaling bantal ke arahnya namun sayang sekali tersasar kerana Minho pantas mengelak.

"Bluekk tak kena HAHAHAH" Minho menjelir lidah kepadaku sebelum berlari keluar daripada bilik aku.

Kadang-kadang aku terfikir, betul ke dia ni abang aku? perangai hanat betul.

ttok ttok ttok~

Sekali lagi pintu bilik aku diketuk. Kali ini Minho muncul bersama eomma dihadapannya.

Sempat aku menjeling Minho yang bersembunyi di belakang eomma. "Kamu dah siap packing belum Minhee?" soal eomma.

Aku menggeleng perlahan. "Eomma nak air tanah boleh tak? " pintaku.

"Kamu nak buat apa dengan air tanah bagai ni Minhee ?" Eomma menyoalku dengan pelik.

"Nak sertu bilik ni haa sebab Minho oppa masuk tadi." Balasku sambil tersengih.

"Haih apa apa jelah Minhee." Ucap eomma lalu keluar daripada bilik aku.

Aku menolak Minho supaya keluar daripada bilik lalu mengunci pintu.

Aku menghempaskan diri di atas katil. Sedar tak sedar, aku telah terbang ke suatu tempat yang jauh daripada bumi iaitu, dreamland.

7:45 pm

Aku membuka mata dengan perlahan. Aku menggeliat seketika lalu mata aku meliar mencari jam di dinding. Sebaik sahaja mata aku tertancap pada jam, aku terjerit kecil. "Omo! Dah jam 7:45??" cepat-cepat aku bangun daripada katil.

Aku memanjat kerusi lalu mencapai bagasi merah jambu di atas almari aku. Dengan pantas, aku memasukkan segala baju yang aku nampak di dalam almari dan barang-barang lain yang aku fikir penting untuk dibawa ke Seoul.

Selesai sahaja packing, aku masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Aku memakai hoodie yang berwarna pink lalu mengikat rambutku yang hanya pada paras bahu.

Kemudian, aku terus turun ke bawah dengan bagasi di tangan.

✦-

Sepanjang perjalanan di dalam kereta api, aku hanya tertidur. Ngantuk duh. Setelah beberapa jam mereput di dalam kereta api, akhirnya aku tiba di Seoul.

"Dear Seoul, please be nice to me, thanks." Ucapku dengan perlahan.

"Suka la kau. Lepasni ada chance nak jumpa hanat one tu kan." Ujar Minho sebelum menguap kali ke sejuta agaknya.

"Wanna one la bangang. Penat betul cakap dengan orang pekak cam kau ni." Aku melepaskan satu keluhan.

Susah dapat abang cenggini.

Aku sekeluarga masuk ke dalam teksi yang akan membawa kami ke rumah di mana aku akan menetap selepas ini.

Sempat aku memandang ke luar tingkap. Mata aku terbeliak apabila melihat poster Bae Jinyoung di bangunan yang random. Sempat aku tersenyum kambing. Bias aku tu weh!

Tidak lama kemudian, kami tiba di sebuah rumah yang tersegam indah. Tanpa membuang masa, aku masuk ke dalam rumah tersebut.

Aku terus menuju ke bilik aku di tingkat dua. Aku pegun seketika. Tak boleh dinafikan lagi, bilik ni memang lagi cantik dan moden gituu daripada bilik aku yang dekat Busan tu.

Aku menghempaskan badan di atas katil.

Tiba-tiba, eomma masuk ke dalam bilik dengan sepasang uniform sekolah di tangannya.

"Dah tidur. Esok nak sekolah kan. Ini uniform baru kamu. Eomma letak kat sini." ujar eomma lalu keluar daripada bilik aku.

Aku menutup lampu dan cuba untuk melelapkan mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku menutup lampu dan cuba untuk melelapkan mata. Namun, ada sesuatu yang dari tadi duk bermain dalam fikiran aku.

Boleh ke aku survive kat sekolah baru aku tu esok dan akan datang? 🤔

-to be continued-

straight. nct dreamWhere stories live. Discover now