Part 6

5.1K 506 1
                                    

Minyoung kerap meluangkan masa di sekolah dan di luar sekolah bersama-sama. Di sekolah, mereka akan belajar bersama-sama. Di luar sekolah, mereka akan keluar meluangkan bersama.

Yoongi dan Minyoung yang sebelum ini kerap bergaduh kini mulai rapat.

Jin pula semakin dilupakan. Semakin diabaikan. Semakin kabur dari pemikiran Minyoung.

Jin mula tidak senang hati apabila Minyoung sudah tidak kisah dengan rayuannya lagi

——————————

Minyoung membaca sebuah novel di ruang tamu. Dalam suasana aman, tiba-tiba sahaja pintu rumahnya diketuk. Minyoung tersentak.

"Minyoung. Buka pintu ni Minyoung"

Itu suara Jin.

Minyoung mula ketakutan.

"Awak nak apa lagi ?"

"Saya nak awak"

Kedengaran seperti Jin sudah tersandar di depan pintu berdasarkan pada bunyi seretan di pintu.

"Dah lah Jin. Saya dengan awak dah takde apa-apa. Cari lah perempuan lain. Baliklah Jin" Minyoung berlari ke biliknya lalu mengunci pintu biliknya dan berkurung di dalam biliknya.

"Saya nak awak. Saya sayangkan awak. Saya cintakan awak"

BAM !

Kedengaran seperti pintu di luar sudah terbuka.

Minyoung cepat-cepat mendail nombor telefon Yoongi dan menekan butang hijau.

"Hello ?" Suara Yoongi seperti baru bangun dari tidur.

"Yoongi ... Saya takut" Minyoung berbisik dengan suara yang terketar-ketar di dalam telefon kerana takut didengari oleh Jin di luar.

"Kau okey tak ?" Suara Yoongi terus segar.

"Kau duduk diam-diam. Kejap lagi aku sampai rumah kau. Bye" Panggilan dimatikan.

Minyoung memeluk kaki di sudut biliknya kerana ketakutan.

"Minyoung? Sayang ? Awak kat mana ? Keluar lah. Saya tak apa-apakan awak. Kan saya dah kata saya cinta dan sayangkan awak. Keluar lah sayang"

Minyoung hampir menangis kerana takut dengan Jin. Takut sekiranya pintu biliknya pula yang dipecahkan.

Tiba-tiba, tingkap biliknya diketuk. Minyoung terperanjat.

"Minyoung. Ni aku lah. Buka tingkap ni"

Minyoung membuka tingkap biliknya.

Sebaik sahaja Yoongi melompat masuk, Minyoung terus memeluk Yoongi. Yoongi tercengang kerana ini kali pertama Minyoung memeluk dirinya.

"Yoongi .... Saya takut ...." Minyoung menangis juga akhirnya kerana terlalu takut. Yoongi membalas pelukkannya dan mengusap rambut Minyoung menenangkannya.

"Takde. Aku dah ada kat sini. Sekarang ni ikut aku keluar melalui tingkap ni. Tadi aku tengok pintu rumah kau dah pecah. Jadi, aku ikut tingkap sebab taknak Jin tahu kedatangan aku" Yoongi menolong Minyoung keluar dari tingkap secara senyap-senyap.

Jin pula seperti sudah putus asa tapi masih dapat didengari suara seperti dia menangis di hadapan pintu bilik Minyoung.

Setelah Minyoung dan Yoongi berjaya keluar dari rumah dan berlari ke kereta milik Yoongi, Yoongi terus memandu keretanya jauh dari situ membawa Minyoung lari daripada Jin yang seperti sudah hilang akal itu.

——————————

Yoongi mulai risau melihat keadaan Minyoung.

"Kau okey tak ? Aku tengok kau macam tak okey je. Kau nak apa-apa ke ?"

Buat pertama kali Yoongi berlembut dengan Minyoung.

"Saya takut"

"Apa kata kau duduk kat rumah aku sementara waktu. Pintu rumah kau dah pecah. Bahaya lah" Cadang Yoongi.

"Saya tak kisah. Asalkan saya jauh dari Jin" kata Minyoung lagi.

Hanya keluhan sahaja yang kedengaran dari Yoongi.

Saya Cintakan Awak ✅Where stories live. Discover now