Bab 4

4.3K 35 2
                                    

"Nama pun sakit.... apa yang kau boleh buat lagi masa tu? Betul tak?" Ujar Kaira sambil mengunyah jambu batu yang baru dihris olehnya di bilik pantri pejabat mereka.

Aku masih lagi termenung ketika Kaira seolah-olah cuba membuang rasa bersalah aku itu. Iyalah. Apa tidaknya, aku didukung macam budak-budak saja oleh lelaki itu.  Sedangkan teman lelaki ku sendiri tidak pernah ku biarkan memegang mana-mana bahagian tubuhku pun. 

Setelah aku dibawa ke klinik, lelaki itu terus menghantarku ke rumah sewaku dan aku terpaksa menelefon Nazim untuk membantu mengambil keretaku di pusat membeli belah berkenaan.  Memang membebel juga Nazim dibuatnya kerana sekali lagi dia terpaksa keluar lebih awal dari hospital tempat dia bertugas dan melepaskan tugasannya kepada doktor yang lain.  Tahu-tahu sajalah, tugas doktor muda seperti Nazim selalu 'on-call' sahaja.  

"You tau tak, I kena mintak tolong Dr. Syed tolong 'cover' untuk I sebab nak ambikkan kereta you ni?" Membebel sahaja mulut Nazim sebaik sahaja memarkirkan keretaku di dalam porch rumah sewaku. Walaupun begitu, dia tidak pernah mengecewakanku.  Walau apa sahaja dia tetap akan cuba membantu ku di dalam apa jua masalah yang aku hadapi selama kami kenal ini. 

Aku sudah menarik muka masam tatkala Nazim menjelaskan semua itu padaku.

"Sorrylah... bukan I saja-saja nak minta tolong dari you.  Hmm.. kalau payah-payah sangat, lain kali I takkan minta tolong lagi, okey?"  Aku berpura-pura merajuk dan aku tahu, Nazim akan pandai memujuk. Itu yang menjadikan aku semakin sayang padanya.

"Hmm... tak apalah.   I cakap aje.  Bukan I tak nak tolong you tapi sebab you degil sangat, tu yang jadi semua ni.  Apapun lain kali you kena hati-hati, okey sayang?"  Tegurnya lagi dan pandangannya jatuh ke kaki kananku yang sudah siap berbalut putih itu.

"Haa... kaki tu dah jadi macamana? Biar I tengok kejap."  Tanpa menunggu kebenaran dari ku, Nazim terus berjalan ke arahku dan melutut untuk melihat keadaan kaki ku.

"Eh, kaki I dah okeylah."  Aku cuba memberi alasan untuk menghalang dia dari melihat keadaan kaki ku itu.  Namun kedegilan Nazim tidak mengendahkan langsung kata-kataku itu.  Dari mana ya lelaki ini mendapat tabiat begini?

Prihatin entah apa-apa. Bukan teruk sangat pun. Terseliuh dan tidak boleh jalan sahaja.

#bab4mkms

#mertuakumysoulmate

#hasreeyatiramlimkms

Mentuaku, My SoulmateWhere stories live. Discover now