Bab 11

17.9K 337 58
                                    

Tiba-tiba kepalaku rasa amat berat.Kenapa dengan aku?Suasana meriah yang tadi memenuhi ruang sekelilingku hilang dan aku berada dalam kegelapan.Aku seperti hilang arah.Aku mula meraba dalam kegelapan.

Kemudian,satu sinaran jawapan terpancar di hadapanku.Aku mula menapak kearahnya.Semakinku hampir,semakin jelas pandanganku.Kemudian segalanya berubah.Aku terjaga daripada mimpi ngeri itu dengan aku berada diatas sebuah katil didalam bilik yang serba putih.Kelihatan mana dan papa duduk di sofa yang ada di penjuru bilik suram ini.Aku cuba menggerakkan tanganku dan memanggil mama.Mama dengan pantasnya bergerak ke arahku dan mula menitiskan air mata kegembiraan.Papa terus memanggil doktor dan melangkah ke arahku.Aku seperti tidak mengerti apa yang sedang terjadi.

Kenapa aku berada di hospital?Kenapa tangan kiriku dibalut rapi?Tanganku kesakitan seperti ditoreh oleh pisau.

Doktor datang dan memeriksa nadi dan kondisiku.Aku yang tidak mahu berada di hospital,terus memberi tindak balas akan pertanyaan dan pemeriksaan doktor terhadap diriku.

Aku lebih berminat untuk mengetahui sebab mubasabab aku dimasukkan ke hospital berbanding kesakitan yang aku alami.Aku dibiarkan berehat tanpa sesiapa dibenarkan menggangguku.

Aku pening.Macam mana aku boleh terlantar di hospital?Apa yang menyebabkan tangan aku berbalut?Kepalaku sakit apabila cuba untuk mencari kepingan memori yang menyimpan sejarah yang menyebabkanku di hospital ini.

Aku melupakan hasratku kerana kepalaku semakin sakit.Aku yang masih hairan mengambil keputusan untuk melihat di sekelilingku.Terdapat sebuah televisyen,sofa,bilik air dan kalender.

Aku mencapai alat kawalan jauh televisyen dan cuba mencari rancangan yang menarik.

Aku tertarik kepada rancangan berita pada tengah hari itu.Pemberita itu memulakan siaran dengan menyatakan tarikh hari ini.

"Selamat Sejahtera.Berita 1:15 petang bertarikh 15 Mac 2012 dimulakan dengan......"bebel pemberita tersebut.

15 Mac 2012!!!Bukankah sepatutnya aku masih berada pada bulan Ogos 2011?

Kenapa aku sudah berada pada bulan Mac 2012?Aku masih hairan dan pelik.Ini semua memerlukan penjelasan yang tepat.

Aku cuba untuk bangun tetapi aku masih lemah dan akhirnya aku membuat keputusan untuk memanggil jururawat.Mama dan papa telah pulang untuk menyiapkan kelengkapanku memandangkan aku sudah sedar.Mama berkata dia bersyukur aku telah bangun dari tidur yang agak lama.Aku telah mengira dan aku telah 'tertidur' hampir tujuh bulan.Sudah banyak perkara yang terjadi dan aku tidak tahu apa-apa.

Jururawat itu membantuku ke pantas dan kembali ke katil.Aku cuba memikirkan peristiwa yang menyebabkan aku 'tidur' tetapi gagal.Akhirnya aku tertidur akibat kepenatan memikirkan peristiwa yang tidak muncul-muncul difikiranku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 06, 2014 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suamiku PelajarkuWhere stories live. Discover now