SHC 5

3.4K 309 89
                                    


Yoongi berdiri disamping Jungkook . Amboi, lahapnya dia mencekik. Takde pula nak ajak kita makan sekali.

" Yoongi — "

" Ya,Tuan Jungkook. Nak tambah ke ? Nanti saya ambil dekat dapur ".

"  Siapa cakap nak tambah ?

" Tuan Jungkook panggil tu apa dia ? "

Jungkook menjeling pembantu rumah a.k.a tukang masak didalam rumahnya itu.

" Ni saya nak cakap, lain kali kalau boleh masa nak hias makanan mahal macam ni pastikan dia nampak mewah. Barulah saya bertambah selera nak makan ".

Bebola mata Yoongi dah rupa roller coaster.
Start dah dia punya sesi mengomel dimeja makan.

Nasib ada aku yang masak, kalau tak kebulur mu anak Jeon.

" Tapi dah sepinggan nampaknya Tuan Jungkook habiskan. Takkan tak berselera kut ? "

" Eh, dia ni. Banyak pula menjawab . Apa yang saya cakap tu dengar je la. Take note. Kalau makanan hias ala kadar macam ni baik saya makan dekat kedai tepi jalan ",

" Excuse me, Tuan Jungkook. Pada pandangan sayalah kan. Walau macam mana rupa cantik ke makanan tu ataupun nampak mewah sekalipun tetap juga masuk dalam tekak . Bila masuk dalam tekak dia masuk dalam usus. Dan bila dia masuk dalam usus. Okay, Tuan Jungkook tahu tahulah bila dia mula proses proses kan. Nak tahu tak dia jadi apa ? "

Jungkook perhati je Si Yoongi ni jadi lecturer. Boleh tahan juga Yoongi ni walaupun dia hanya tukang masak je dalam rumah ni.

" Jadi apa ? "
Tanya Jungkook balik.

" NAJIS MUTAWASITOH "

" Mwo ?! yaishh !
Bluwerk! "

" Eh, tolonglah saya baru sudah makan kut. Minta saya muntah balik ke apa ? Jangan nak jadi pengotor boleh tak, Yoongi ? "

" Saya cuma cakap je. Tadi pun Tuan Jungkook juga kan nak tahu sangat. Rasalah ..."

" Menjawab eh ? Adik awak mana ? "
Tanya Jungkook sambil matanya memerhati sekeliling.

" Dae ? "
Kali ni Yoongi rasa rongga telinga tersumbat sikit. Adakah Jungkook tanya pasal adik dia si Yoonji tu ?

Aip, buang tebiat agaknya.

" Adoi,penat aku cakap dengan kau. Slow ! "

" Saya tanya adik awak si Yoonji tu dah makan ke belum ? Pelik lah, kalau orang tak tanya kan cakap tak ambil peduli. Bila kita tanya dia buat bodoh pula dah...",

" Ahh, Si Yoonji tadi awal-awal dah makan . Lepas tu dia keluar pergi sekolah. Ada kelas malam katanya. Kalau Tuan Jungkook ajak dia makan sekalipun bukan dia nak. Tekak dia tak boleh telan makanan-makanan western macam ni. Bukan macam Tuan Jungkook, tekak main cekik barang high class je ---"

Jungkook terbatuk. Ni lah sebab dia anti dengan Yoongi. Dan sampai bila-bila pun dia akan anti dengan Yoongi. Sakit hatinya kalau bercakap . Sepatah tanya, sepuluh dia balas.

Yoongi ni kadang kadang dia bukan boleh tahan sangat dengan perangai cerewet Jungkook ni.

Oleh kerana dia terlalu berterima kasih pada Tuan Jeon yang sanggup membenarkan adiknya si Yoonji bersekolah di Seoul dan membiayai semua persekolahan adiknya itu  . Dia sanggup tinggal bersama sama dalam rumah besar ni dan berkhidmat dibawah arahan Tuan Jeon dan Jungkook.

Kalau bukan Tuan Jeon yang baik tu,takdenya dia nak jadi tukang masak yang bertauliah untuk Jungkook ni. Nak makan pun kena ada unsur-unsur high class.

Perangai tiru entah dari siapa.

[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️Where stories live. Discover now