0 3

566 40 0
                                    

"Tak ada linelah," keluh lelaki itu sambil tangannya yang memegang telefon itu diangkat ke udara, cuba mencari rangkaian telefon.

"Itulah. Kalau tak saya dah telefon sesiapa suruh ambil saya dekat sini dah," balas Dhiya.

"Nak call teksi untuk awak balik pun susahlah kalau macam ni. Saya hantar awak balik. Boleh?"

Dhiya mengangguk, bersetuju dengan cadangan lelaki itu memandangkan tiada pilihan lain yang boleh dilakukan olehnya.

Kedua-dua mereka yang berada di dalam kereta itu membisukan diri, tidak tahu isu apa yang ingin dibualkan.

"Kita singgah masjid dulu," ujar jejaka itu namun matanya tetap pada jalan dihadapan.

"Okey."

Kereta milik jejaka itu masuk ke dalam masjid yang sama disinggah oleh Dhiya itu menunaikan solat Asar pada petang tadi.

Dhiya mengerutkan dahinya, cuba mengingati wajah jejaka yang melanggarnya tadi. Cepat-cepat dia menoleh ke arah lelaki yang membantunya ini.

Dia!

"Kenapa cik? Cik takut apa?" soal lelaki itu memandang Dhiya sekilas sebelum matanya kembali fokus meletakkan kenderaan itu di kawasan parkir kereta.

"Saya baru teringat yang awak orang yang sama saya terlanggar waktu singgah solat Asar dekat sini," beritahu Dhiya sambil jarinya di tunding ke arah lelaki yang membantunya ini.

Lelaki itu cuma tersenyum lalu mengangguk tanda dia juga turut mengingati kejadian tersebut.

Usai sahaja menunaikan solat Maghrib, kedua-dua mereka bertemu semula di kereta itu.

"Nama awak apa?" soal Dhiya cuba memulakan perbualan dengan lelaki yang membantunya ini.

"Ruzain. Ruzain Mahran."

"Awak?" tambah Ruzain lagi, sekilas memandang Dhiya lalu kembali fokus pada jalan raya dihadapannya.

"Dhiya. Dhiya Hana."

Ruzain cuma membalas dengan anggukan.

Tiba-tiba pulalah perut Dhiya berbunyi, kuat pula tu!

"Kenapalah masa-masa ni kau nak berbunyi wahai perut. Tunggulah masa dah sampai rumah nanti. Ya ampun," fikir Dhiya sendiri memegang perutnya, malu dengan bunyi perutnya yang kuat itu.

Ruzain terketawa kecil. Betapa kuatnya bunyi perut Dhiya sehinggakan Ruzain juga turut mendengarinya.

"Jomlah kita berhenti dekat restoran depan ni. Perut awak dah bunyi alarm dah tu."

Dhiya yang menahan malu cuma mengangguk lemah. Mahu sahaja dia menolak pelawaan Ruzain namun memikirkan dia juga sudah kelaparan akhirnya dia bersetuju sahaja.

Sementara menunggu makanan, kelihatan Ruzain cuba menelefon seseorang. Dhiya meneka Ruzain menelefon seseorang yang penting untuk memberitahu bahawa dia sedang menolong gadis malang yang memerlukan bantuan. Isterinya mungkin?

"Ya, kereta Swift warna merah depan pondok menunggu bas tu. Okay, bye." Ruzain menamatkan panggilan, sangkaan Dhiya meleset apabila Ruzain menghubungi bengkel untuk membaiki kereta milik Dhiya.

Akhiri Penantianku ✔Where stories live. Discover now