Bab 11 📍

1.9K 248 4
                                    

Tepat jangkaan Jung Hyun. Kini Roseanna sudah terbaring di atas katil di dalam bilik bersama minyak angin di dalam genggaman. Muntah-muntah, pening kepala. Habis semua makanannya keluar tadi. Dipaksa tekaknya menelan mi kacang hitam yang dibeli oleh suaminya tadi. Memanglah berselera, tetapi apabila dia mula rasa ngilu dan mencucuk, terus serta-merta termuntah.

Roseanna baring mengiring sambil menghadap TV. Jung Hyun pula di dalam tandas. Mandi. Dalam keadaan dia sakit seperti ini, lenguh, sakit urat, dah tak ada masa hendak bertekak dengan Jung Hyun. Elok dia pejam mata dan cuba lelapkan mata.

"My Rose..." telinga Roseanna menjamah panggilan manja itu. Dia tidak celikkan mata. Sebaliknya dia sudah mula rasa tilam bagai menjunam sedikit, tanda ada insan yang duduk. Minyak angin bertukar tangan. Sekali lagi dia rasa dahinya dilumur minyak.

"Dah okey?" Soal Jung Hyun, lembut sekali.

"Sama je." Jawab Roseanna mendatar. Jung Hyun betulkan duduk. Tubuh Roseanna sedikit ditarik supaya kepala itu mencecah atas pahanya.

"Eh, kau buat apa ni?" Roseanna cuba untuk bangun, tetapi kepalanya dijatuhkan semula di atas paha Jung Hyun.

"Baring jelah. Saya urutkan kepala." Kata Jung Hyun sebelum perlahan-lahan tangannya mengurut pelipis dan dahi Roseanna. Roseanna berdecit.

"Rimaslah! Aku tak sakit kepala. Aku pening je." Rungut Roseanna sebelum menolak kasar tangan Jung Hyun dan terus bangun mengejut. Entah macam mana, matanya tiba-tiba berpinar dan kepalanya berdenyut kuat. Hampir tumbang Roseanna dibuatnya tetapi pantas Jung Hyun berdiri dan memeluk tubuh isterinya.

"I told you before, right? Come." Tak berdaya langsung Roseanna hendak menepis, membidas, menempik marah kerana dia terlalu pening. Tubuhnya yang dipeluk erat oleh Jung Hyun entah di bawa ke mana. Roseanna tidak boleh celik mata.

"Angkat kaki, sayang. Tangga tu." Bisik Jung Hyun lembut pada telinga Roseanna. Roseanna ikut. Jung Hyun senyum. Lega dengan sikap Roseanna ketika sakit begini. Masa inilah dia perlu menambat hati Roseanna semula.

Erat tangan Jung Hyun memaut badan Roseanna. Mengelakkan gadis itu terlepas dari pelukannya. Pintu bilik, Jung Hyun tolak dengan kaki. Kemudian dia membaringkan Roseanna perlahan-lahan, lembut dan penuh berhati-hati. Kaki Roseanna dibetulkan dan ditarik selimut sehingga ke paras pinggang.

"Sakit perut tak? Hmm?" Tanya Jung Hyun sambil mengusap dahi sehingga ke rambut isterinya. Roseanna menggumam. Matanya terpejam.

Jung Hyun tak sampai hati melihat kesakitan Roseanna berlarutan. Lantas dia segera mengambil tempat di sebelah Roseanna. Kaki dilipat sila. Tangannya menyingkap baju Roseanna.

"What are you do..."

"Shh.. nak sapu minyak je." Jung Hyun menahan tangan Roseanna yang ingin menepis tangannya. Roseanna diam. Dia benar-benar tewas dengan kesakitan sendiri. Dia benar-benar tewas.

Terasa tangan Jung Hyun menyapu minyak angin pada permukaan perut sehingga ke pinggangnya. Terus berangin sejuk sahaja. Melegakan rasa sengal-sengal otot badan berpunca daripada masalah kewanitaannya.

Selesai, Jung Hyun turun dari katil mahu turun ke tingkat bawah. Sempat dia menyinggah dan mencium pipi sejuk Roseanna sekejap. Kemudian dia senyum.

"Sleep well, darling."

❤📍❤📍

Roseanna masih dalam tidur tetapi dia perlahan-lahan tersedar apabila terasa seluruh tubuhnya bagaikan sukar untuk hendak digerakkan. Terasa ketat dan terbatas segala pergerakannya. Tetapi tidurnya malam ini seakan-akan selesa dan lebih lena dari selalu. Ada bantal empuk, suasana yang hangat, bagai dipeluk oleh seseorang yang mempunyai tubuh yang lebih besar dan sasa darinya.

[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK)Where stories live. Discover now