Mark Si Gila : Part 7

339 57 45
                                    

++++

(Kimchi Highschool)

"Uhuk uhuk uwekkk huhuhu uwekkk kronggggg uwekkkk "

Berpuluh-puluh kotak tisu dibuang di bawah lantai, atas meja belajar, meja cikgu, kerusi serta tong sampah . Senang citer, satu kelas dilanda banjir tisu .

Ramai pelajar yang masuk kelas tergelincir sebab tisu basah dengan hingus seseorang .

"Lembu lah! Siapa yang buat sepah kat kelas ni? baik mengaku sebelum aku mengadu kat pengetua ada pencemaran kelas kat sini! " Wendy berdiri untuk menegakkan keadilan rakan-rakan sekelasnya yang terjatuh.

Jaemin menggosok-gosok hidungnya dan menoleh ke arah Wendy.

"Apa? " Jaemin membalas lalu mengorek hidung.

Wendy membuat muka jijik padahal dia pun buat siap lekat bawah meja lagi .

"Kau rupanya yang buat sampah kat sini! Kemas semua ni sebelum aku tendang tepat ke tut !!" Wendy membaling penyodok dan penyapu ke muka kacak Jaemin. Tapi ditakdirkan tak kena pula dekat sasaran.

Nampaknya Wendy kena ambil latihan lempar cakera lagi .

"Kenapa kau nak marah aku yang sedang bersandiwara ni?! Puas hati kau marah aku? Siap kau nanti tak boleh rehat kat kantin " Jaemin berkata macam dia yang ada kuasa kat kantin. Hakikatnya kantin tu milik mak dia halah halah.

Wendy duduk disebelah Jaemin dan menepuk bahu kawannya perlahan-lahan.

"Aku minta maaf, apa masalah kau sampai menangis-nangis teruk ni? Makcik Na taknak bagi duit belanja lagi ke? Jom, aku belanja kau hari ni "

Untung ler ada orang nak belanja .

"Lebih teruk dari tu" Jaemin pukul meja kemudian dia menyesal sebab tangan kebas. "Sakit tangan aku binawe" .

"Kau lupa ke yang aku ni pembimbing rakan sebaya? Kalau ada masalah boleh citer kat aku. Kita ni kahwin eh kawan kan? "

"Aku rindu kat ... Markkk tak guna tuuuu!!!! " makin teruk Jaemin menangis. Tangannya tumbuk dinding tanpa henti.

Pintu kelas ditendang tanpa belas kesian dan sekumpulan beberapa ketul manusia menyampuk cakap Wendy dan Jaemin.

"Apa? Mark nak mampus? Syukur ya ampun !!" Taeil melompat-lompat sehingga bangunan hampir runtuh.

"Suami aku dah keluar hospital ke? " Haechan tolak Daniel yang baru nak duduk kat kerusi.

Kesian bhai orang buat macam tu dekat Daniel. Suami siapa yang jahat sangat tu?

"Astaga, kenapa dengan Mark tu? Period ke?! " Anthony tiba-tiba masuk sebab dia mamai.

Jaemin mengepal tangannya menjadi penumbuk. Dia mengelap matanya dulu sebelum dilepaskan ke perut sasarannya.

"Kata tu boleh jadi satu doa ya anak-anak " seorang jejaka tampan lagikan buncit meletakan jarinya di bibir Haechan.

Satu kelas tergamam. Masa seakan-akan terhenti dengan sendiri.

"C-cikgu " Dahi Haechan mula berpeluh-peluh dek terkejut.

Manakala yang lain duduk di tempat masing-masing tetapi Anthony masih lagi berdiri di tepi pintu. Mamai lah orang katakan .

"Kamu borak pasal Minhyung ke? kenapa tak ajak cikgu membawang sekali? " Cikgu Song mengangkat kening sebelahnya sambil menyilang tangan ke dada. Macam Fattah Amin tu, takkan tak tahu?

"Cikgu, kami tak cakap pasal dia pun tadi. Rasanya cikgu salah dengar tadi kot . Kami cakap pasal durian Pak Samat je dari tadi . " Wendy mencubit tangan Minhyun suruh berlakon kejap .

Minhyun yang tak tahu apa-apa cuma mengangguk walaupun sebenarnya dia baru sampai tu pun merangkak bawah meja.

Tipu tu sunat bak kata kakak aku .

"Tengok dari muka ada cahaya nur depan saya ni , kamu semua ni memang nampak sangat tak pandai tipu. Ye dok? " ujar Cikgu Song dengan senyuman yang agak menakutkan orang.

Wendy sepak kerusi Donghyun dan Haechan pula kerana takut ketahuan .

Masalahnya kenapa diorang takut sangat dengan cikgu ? Padahal tak buat apa-apa pun.

"Wendy cakap pasal durian sebab atok dia teringin sangat lagi-lagi musang king dan d24" kaki Donghyun menggeletar dengan laju macam orang tengah rempit. Apa kaitan dia?

"Bukan kedua-dua belah atok Son dah meninggal tahun lepas ke? Ini yang belah mana pula? Saudara jauh ke? " soal Cikgu Song agak musykil . Gerak geri Wendy sentiasa diperhatikan.

"Ni atok keluarga angkat yang jaga saya masa kecil dulu . maklumlah banyak atuk sangat kejap yang kandung lepastu angkat pula kemudian tiri dan kalau kahwin dapat atuk belah suami pula . Eh kesitu pula saya"

"Ya meh? Habis tu kenapa muka berpeluh-peluh macam baru selesai merentas desa? Dan kenapa kelas jadi tempat pelupusan sampah? Kenapa tak buang sebelum saya masuk. Mana disiplin awak semua?!" Serentak itu bunyi rotan kedengaran. Yang lain hanya diamkan diri takut kena campak keluar kelas kalau menyampuk.

"Cikgu, sebenarnya saya yang buat sampah ni sebab tadi pagi mak suruh potong 30kg bawang. Sampai sekarang mata saya berpeluh tak henti-henti. Memang saya nak buang sampah tapi cikgu masuk tiba-tiba. Jangan salahkan orang lain lagi bak kata pepatah seekor kerbau terpalit lumpur kerbau lain pun kena" Jaemin berkata dengan bersungguh-sungguh seperti melakukan rukun negara di perhimpunan sekolah.

"Sebenarnya cikgu malas nak ajar hari ni. Bengang tak sudah-sudah bila diajar"

Satu kelas menarik nafas lega .

"Syukur, mungkin sebab aku buat hajat kat tahi Bintang" suara siapa itu? Saya pun tidak pasti.

"Aip, jangan nak gembira sangat. Nanti bila dia masuk balik baru tahu" Cikgu Song terus keluar dari kelas. Terus keluar bunyi kucing-kucing bergaduh di luar kelas.

"Astaga? Apa bener gue gak tuli? " Haechan menggosok-gosok telinganya . Orang kutuk dia lah tu.

-TBC

Selamat hari raya 🎇🎆

ada lagi ke yang masih tunggu cerita ni?

still kat rumah nenek TT





[HIATUS] [S1 & S2] Period + Mark Lee Where stories live. Discover now