Bab 12 📍

2K 248 16
                                    

Roseanna mengetap gigi. Matanya dipejam rapat bersama carutan berbakul-bakul dihadiahkan buat suami dalam hati. Matanya tunak memandang susuk tubuh lelaki yang tidak berbaju dan sekadar berseluar panjang sedang berperang di dapur. Tidak semena-mena paginya ini dicemari dengan pemandangan yang tidak sihat.

“Jung Hyun.” Panggil Roseanna. Terpaksa. Kalau bukan sebab ada sesuatu yang hendak dia lakukan, dia tak akan panggil. Turun ke bawah pun jauh sekali hajatnya.

“Yes?” Jung Hyun mengangkat kepala. Tenang.

“Aku nak balik boleh?” Soal Roseanna. Dalam sejarah dia mencalarkan ego sendiri depan suami untuk minta izin pulang ke rumah.

“Nak balik mana?” Soalan berbalas dengan soalan. Roseanna mengeluh. Dia dah agak dah.

“Kalau tak boleh tak apalah.”

“Sayang, kejap.” Jung Hyun meletakkan roti bakar di atas piring sebelum dia berjalan laju mendekati isterinya yang mula menarik muka ini. Dia tidak mahu Roseanna semakin menjauh dengannya. Gadis ini menegur pun dia sudah terasa berbunga hati. Pantas lengan itu diraih.

“Nak pergi mana?”

“Aku nak ambil barang-barang aku dekat rumah Lisa. Semua tak ada. Kau juga yang suruh aku tinggal dekat sinikan?” Agak kasar, tetapi Jung Hyun tetap senyum. Dia faham.

“Kita beli baru jelah. Kat rumah Lisa tu, biarkan je.”

“Tapi aku…”

“Jom, breakfast dulu. Lepas ni, kita terus pergi.” Roseanna berdecit kasar. Tangannya digoyangkan kuat minta dilepaskan tetapi Jung Hyun erat menggenggam. Roseanna mengeluh penat. Tetapi dia tetap juga duduk di atas kerusi ini. 10 minit makan hanya ditemani dengan bunyi-bunyi kunyahan yang datang dari celah mulut. Selepas itu, Roseanna bangun dari kerusi, angkat piring dan terus keluar dari kawasan dapur tanpa memandang Jung Hyun.

Dia naik ke bilik dan hempas tubuh atas katil. Sejujurnya, dia memang tidak mahu ke rumah Lisa lagi kerana dia masih berperang dingin dengan rakan baiknya itu. Sejak semalam lagi dia langsung tidak membuat apa-apa panggilan dengan Lisa. Lisa pun tidak menelefon atau mesej seperti biasa. Hatinya masih sakit lagi kerana dapat menghidu perbuatan Lisa dalam diam.

Lamunan Roseanna terhenti apabila pintu bilik terbuka. Jung Hyun masuk ke dalam bilik dalam keadaan tanpa berbaju dan tubuh yang meleleh dengan titisan peluh. Mengecil mata Roseanna dibuatnya.

“Kenapa pandang macam tu? Seksi?” Tegur Jung Hyun. Tersentak Roseanna dibuatnya. Cepat-cepat dia kalihkan pandangan dan mencapai iPhone8 Plus di atas night stand.

“Gila.”

“Jomlah, bersiap. Kata nak beli barang.”

“Malaslah. Aku pergi sendiri je.” Kata Roseanna. Jung Hyun sudah tertarik nafas panjang. Dia mendekati Roseanna di atas katil. Belakang tangan gadis ini disentuhnya perlahan.

“Jomlah.” Pujuk. Roseanna sudah berdecit kuat. Dijeling suaminya. Jung Hyun memandangnya dengan pandangan yang cukup lemah lembut. Serta-merta hatinya yang lemah ini mudah terpujuk walaupun ego kini menjadi pemerintah dalam jasad Roseanna.

“Yelah.”

“Buat list. Nanti senang nak cari.” Pesan Jung Hyun sambil tersenyum. Sekilas dahi isterinya menjadi sasaran bibirnya berlabuh. Roseanna pejamkan mata. Dia ketap gigi.

“Boleh tak kau tak payah cium aku?” Tanya Roseanna. Jung Hyun yang selamba capai bathrobe dan tanggalkan seluar memusingkan badan memandang isterinya. Dia masih senyum.

“Tak boleh. You’re my energy. Bila habis, saya isi semula dari awak. I kiss you, I hug you. Kalau tak buat semua tu, saya mati.” Ucap Jung Hyun tanpa rasa segan. Dia senyum sebelum beredar. Wajah Roseanna pula yang memerah. Baru sehari duduk serumah dengan Jung Hyun, dia mula rasa suis egonya tercabar.

[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK)Where stories live. Discover now