SHC 8

3K 314 49
                                    


" Arghh ! Perempuan gila ! "

" Aku jumpa kau lagi bukan setakat air masak aku jirus, sekali dengan tangki jamban aku sumbat kau ! "

" Berani kau main dengan Jeon Jungkook. Kau silap oranglah ! ".

Jungkook membebel sambil menghempas pintu keretanya dengan kasar .

Rambutnya diserabaikan.
Eii ! Geram betul ingat pasal tadi.

Terus kakinya melangkah menuju ke dapur dan duduk dimeja makan.

Butang baju kemejanya dibuka satu persatu menampakkan sedikit dadanya yang AUMM ! !

" Yoongi ! "
Panggilnya kuat.

"  Yoongi ! Datang sini cepat. Saya panggil sekali tu boleh tak menyahut. Sakit tekaklah nak panggil awak hari-hari macam ni . Penat tahu tak ! ".

"  Excuse me...tadi saya sibuk sidai baju. Nak apa ya ? "

" Sidai baju apa yang lama sangat nak datang. Dengar tak saya panggil tadi ! Dah pekak ? "

" Opps sorry,  bukan pekak tapi kurang dengar. "

" Hahaha—tapikan Tuan Jungkook ni lupa satu hal la. Saya disini akan lebih mendengar arahan Tuan Jeon je. Sebab dia yang bayar gaji saya dalam rumah ni.
Tuan Jungkook bayar pakai apa ? "
Balas Yoongi selamba badak dia.

Makin panas hati Si Jungkook kejap lagi.

Orang tu tengah panas kita pergi simbah api pula.

" Kenapa ? Saya bukan tuan rumah ni ke ?! Yoongi, awak dengar sini, lepas ni daddy saya pun takkan ambil tahulah hal dalam rumah ni lepas dia dah ada bini muda. Awak ingat syok ke ada mak baru. Macam orang bodoh tahu tak ! ".

" Tuan Jeon nak kahwin baru ? Kahwin ?  Jinjja ?! "

" Yes,bini muda dia. Aku akan ada mak baru . Habislah lepas ni harta dalam rumah ni kena kebas dengan perempuan gila tu. Aku memang tak boleh bayanglah dia jadi mak tiri aku nanti. Geli ! "

" Euu ! Parahnya kejelesan Tuan Jungkook. Tapi betul ke untuk Tuan Jeon, bukan untuk Tuan Jungkook ke ? "

" Maksud awak ? "
Soal Jungkook pelik.

" Saya takde maksud apa apa. Saya cakap jelah. Macam nilah Tuan Jungkook, daripada membebel macam ni takde faedah, baik Tuan Jungkook pergi tanya dia. "

" Kalau tanya pun dia tetap bagi jawapan yang sama. Aku tak nak ada mommy baru ! "
Jeritnya lalu berlari naik ke bilik.

Yoongi tersengih meleret. Jungkook Jungkook. Kau ni rupa je handsome tapi IQ bawah lutut. Otak burung😂

***


" Weh betul, aku tak tipu. Aku sendiri yang dengar perbualan mereka. Kan aku yang drive Tuan Jeon ke rumah budak perempuan tu. "

" Apa yang diorang cakap ? Cuba kau ulang tayang "
Pinta Yoongi.

Namjoon disampingnya menghirup perlahan kopi buatan Yoongi Swag. Kepalanya sudah timbul awan yang berkepok kepok.

" Marilah kita flasback, Yoongi "

" Amaghi —"

FLASHBACK DI RUMAH YEONHA

" Pertama sekali niat saya datang ke sini mahu meminta maaf atas kesalahan yang telah anak saya lakukan terhadap anak EnciK dan Puan berdua. "

Terdiam sekejap Encik Ahn dan Puan Ahn dibuatnya.

Dahlah kedatangan Tuan Jeon ke rumahnya pagi pagi buta dah mengejutkan mereka berdua.

[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️Where stories live. Discover now