Part 18

4.2K 408 7
                                    

Dari mana Yoongi dapat kapak tu entahlah. Jin punya kot. Yoongi menyepak pintu tersebut selepas pintu tersebut habis dikapak oleh Yoongi.

"Yoongi !"

Belum sempat Minyoung pergi ke arah Yoongi, Jin sudah terlebih dahulu menarik Minyoung.

"Cantik kapak. Mana kau dapat ?" ujar Jin sambil tersenyum. Sah gila.

"Kau punya. Kau kan pernah kapak pintu rumah Minyoung. Aku kapak lah pulak pintu bilik ni balik sebagai balasan" balas Yoongi.

"Apa ungkit ungkit ni ?? Kang aku kapak Minyoung ni kang sebagai ganti rugi pintu tu"

"Hutang kau sebab kau penyebab kematian adik aku pun tak habis lagi"

Jin terdiam. Tiada jawapan.

"Kenapa kau diam ? Pulangkan Minyoung kat aku balik"

Jin melepaskan Minyoung dan terus menyerang Yoongi. Berlaku lah pergelutan di antara Yoongi dan Jin. Minyoung cuba mencari jalan untuk menyelamatkan Yoongi dan mencari jalan keluar untuk meminta tolong. Sekiranya Minyoung ada telefon bersamanya, sudah pastinya Minyoung membuat panggilan polis.

Dalam pergelutan Jin dan Yoongi, kapak kecil itu terlepas lalu mengenai kaki Jin. Jin meraung kesakitan kerana bilah kapak tersebut terkena kakinya.

Darah mengalir keluar dari kaki Jin. Yoongi terkedu kerana dia tidak sengaja melepaskan kapak kecil itu. Jin terduduk. Yoongi pergi mendapatkan Minyoung yang sedang cemas itu.

"Minyoung. Awak okay ? Nasib baik saya sempat datang sebelum jadi apa-apa kat awak ..." belum sempat Yoongi menghabiskan ayatnya

BANG !

Yoongi rebah di hadapan Minyoung. Minyoung terkejut. Minyoung memandang Jin. Kelihatan Jin memegang pistol yang dihalakan ke arahnya.

"YOONGI !!!" Minyoung berlari ke arah Yoongi yang sudah pun terbaring di atas lantai berlumuran darah.

"Yoongi ? Bangun lah Yoongi. Kalau awak dengar suara saya, jawablah !" Minyoung menggoncang-goncang bahu Yoongi tetapi tiada respon. Air mata bertakung di kelopak mata Minyoung.

"Yoongi ... Bangun lah. Jangan tinggalkan saya. Awak kata awak nak lindungi saya. Bangun lah Yoongi ..." Akhirnya air mata gugur kerana Yoongi sedikit pun tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan bangun.

Jin yang melihat Minyoung terus ketawa kerana dia tidak percaya bahawa dia telah membunuh Yoongi dengan tangannya sendiri. Jin sedaya upaya untuk berdiri memandangkan kakinya cedera dan berjalan perlahan-lahan ke arah Minyoung lalu terus mencekik Minyoung.

"Sekarang aku dah bunuh Yoongi. Aku nak bunuh kau pulak sebab kau dah nampak semuanya. Maafkan saya, sayang" Jin terus mencengkam leher Minyoung sehingga Minyoung tidak dapat bernafas.

Namun, umur Minyoung masih panjang kerana Jimin tiba tepat pada masanya dan terus menyerang hendap Jin dengan memukul kepala Jin dari belakang sehingga pengsan. Minyoung juga pengsan selepas dicekik Jin.

Dalam keadaan separuh sedar, Minyoung mendengar suara sayup-sayup menyebut namanya dan Yoongi lalu Minyoung terus tidak sedarkan diri.

Saya Cintakan Awak ✅Where stories live. Discover now