p/s : Rindu :')
Jungkook berjalan bersama Taehyung menuju ke dewan kuliah. Tawa mereka berdua memenuhi suasana tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang kearah mereka. Yang memandang mereka bukannya kerana mahu memarahi, namun kerana terpikat dengan kekacakkan dua orang lelaki itu. Jika Jungkook dan Taehyung menari tarian raver sekalipun, mereka tidak akan pernah kisah. Malah mereka pasti menyukai. Pastinya dua ketul itu selamat daripada kencaman netizen.
"Kelakar betul muka Wayoung tadi. Tak boleh blah betul." Gelak Taehyung kuat sambil menumbuk bahu rakan baiknya.
Jungkook ketawa mengekek. Kepalanya mengangguk mengiyakan kata-kata yang keluar dari mulut Taehyung.
"Nasib kau tak gelak depan dia. Kalau tak, mahunya mata kau lebam 7 hari 7 malam." Jungkook menyambung tawanya. Air mata yang mengalir akibat terlampau banyak ketawa disapu perlahan.
"Ganas jugakkan bini kau." Usik Taehyung.
"Shh, diamlah. Kang aku yang lebamkan mata kau." Jungkook memandang Taehyung tajam. Mulut tempayan sungguh!
"Sorry bro." Taehyung mengangkat kedua belah tangannya sambil menahan tawa. Jangan main-main dengan Jungkook. Nanti tak pasal dia masuk hospital sebab kena gusti dengan lelaki itu.
"Babyyyy." Suara gedik mula menyapa ruang telinga Jungkook dan Taehyung. Bunyi derapan kasut tumit tinggi semakin menghampiri mereka berdua.
"Baby, I miss you." Kata perempuan itu sambil memeluk leher Jungkook. Bibir Jungkook ingin diciumnya namun pantas Jungkook memalingkan muka.
"Hey, kenapa you taknak cium I?" Gadis itu menghentak-hentakkan kasut tumit tingginya geram.
Jungkook tersenyum sinis. Tangannya menolak perlahan badan gadis itu supaya menjauhinya.
"Simpankan bibir you untuk suami you nanti."
"Tapi you kan nak kahwin dengan I. Maknanya bibir I nanti untuk you juga. So, why not kita kiss sekarang?" Gadis yang bernama Kyulkyung itu mengangkat keningnya bersama senyuman menggoda.
"Kenapa you yakin sangat yang I akan kahwin dengan you?" Jungkook memandang Kyulkyung bersama senyuman sinis yang terlakar diwajah.
"You yang janji dengan I, you lupa?" Kyulkyung memandang Jungkook tajam. Tangannya dibawa ke dada lalu disilang.
"Promise are made to be broken and and lies are meant to be kept, dear." Kata Jungkook sinis. Dia mencium pipi Kyulkyung lalu berlalu pergi dengan tenang.
"Ehem." Dehem Taehyung.
"Awak mangsa yang ke 75 tau. Kalau rasa lonely, boleh datang untuk berjumpa dengan Abang Taehyung." Kata Taehyung gedik sebelum mengejar Jungkook yang sudah jauh dihadapan.
Kyulkyung mengetap bibirnya geram. Tidak sangka yang dia sudah menjadi mangsa kepada buaya darat itu. Fikirnya, lelaki itu ikhlas mencitai dirinya.
"Tch, aku boleh cari yang lebih baik dari kau. Aku suka kau sebab kau kaya je Jeon Jungkook. Kau cuma credit card aku." Kyulkyung tersenyum sinis lalu berlalu pergi.
🍁
"Wayoung!" Panggil Jungkook setelah kelibat gadis itu dijumpainya. Pantas kaki melangkah menghampiri Wayoung yang sedang berjalan bersama Yeonjoo.
"Apa?" Wayoung berkerut dahi.
"Petang ni, kau balik naik bas tau." Kata Jungkook pada Wayoung bersama senyuman manis.
YOU ARE READING
✔ Playboy Paling Hot + jjk
FanfictionCharacteristics of a PLAYBOY 1. Have many women friends. 2. Smart stringing words 3. Highly confident. 4. Chameleon boy. 5. Broken promise. 6. Mr. Future. Hmmm, memang kena sangatlah characteristics itu dengan seorang lelaki yang bernama Jeon Jungko...