Part 18

419 28 5
                                    


Hanbin POV

Setelah aku membuat laporan polis, aku membawa Maina balik ke rumah. Dalam perjalanan balik, aku sedar bahawa Maina dari tadi hanya mendiamkan diri. Mungkin trauma dengan apa yang berlaku.

"Awak nampak tak muka lelaki tadi tu?"

"Tak. Tak tau." Maina jawab dengan dingin. Entah mengapa tapi aku tahu yang Maina seperti menyembunyikan sesuatu.

"Hmm..suara dia ke?"

"Saya tak tahu lah!!!" Jerit Maina membuatkan aku kaku. Aku memberhentikan kereta di bahu jalan untuk berbincang dengan nya.

"Maina. Saya nak tolong awak je. Saya tak nak lelaki tadi tu ganggu kita lagi tapi kalau awak tak sedia nak bagitahu saya apa apa, saya akan tunggu." Maina kemudian memandang ku tajam dengan mata nya berkaca menahan air mata. Aku tergamam. Aku salah cakap ke?

"Nak tolong aku? Kau yang bahaya! Kau tu pembunuh!!" Jerit Maina lalu dia keluar dari kereta. Aku bingkas mengejar nya.

"Maina!" Aku memanggil nya berulang kali namun tidak diendahkan. Aku mempercepatkan langkah ku lalu pergelangan tabgan nya ku sambar. Dia menoleh dengan raut wajah yang marah. Aku masih bingung. Apa salah aku? Apa yang aku dah buat?

"Lepaslah!!!" Dia meronta tapi aku cuba menenangkannya.

"Okeyh okeyh. Sorry keyh? Saya tak akan tanya apa apa lagi. Ki-kita balik okeyh?" Pujuk ku. Dia hanya mendiamkan diri. Nasib baik aku berjaya bawa dia balik dengan selamat. Kalau tak ada jugak kes bini sesat lari rumah.

Sampai saja di villa, Maina dengan pantas masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dikunci dari dalam. Aku kemudian mengeluh berat dan turun ke bawah. Sofa yang tak berapa nak panjang itu menjadi tempat untuk aku tidur. Kepala tidak berbantal dan badan tidak berselimut. Boleh tahan kejam bini aku ni.

Sedang otak aku bekerja memikirkan apa salah yang aku dah buat pada Maina, aku tanpa sedar terlentok dibuai mimpi.

.

.

.

.

Maina POV

Aku melihat jam loceng di atas meja sebelah katil.

3:42 a.m.

Aku rasa bersalah. Sepatutnya aku selidik dulu baru marah dia. Aku mengeluarkan telefon lalu cuba mendail nombor Hyejin.

"Sob..sob...hello...sob..maina. Nape call?" Aku agak terkejut mendengar suara Hyejin yang serak serak bersama tangisan kecil sambil tersedu- sedu. Dia ke aku yang gaduh dengan suami sekarang ni?

"Pahal kau nangis?"

"Aku tak boleh ah weyh. Citer sumpah sedih giler nak mati."

"Kau dah kenapa layan drama sampai pagi pagi buta cam ni? Takde keje?"

"Eleh cakap orang. Kau tu dah kenapa call orang pagi pagi buta cam ni? Takde keje?"

"Weyhhhhh. Aku gaduh dengan Hanbin. Aku tengking dia tadi."

"Kau pon sama je cam heroin dalam drama ni. Pikir lah sikit perasaan suami sendiri. Tau angin kau je. Angin suami nak campak mana?! Sob sob sob."

"Ini dah teruk sangat kau punya menjiwai drama ni. Kau tenangkan fikiran kau dulu keyh? Okeyh bye." Aku mematikan talian lalu cuba untuk mendail nombor Ara.

"Hello, Ara. Ni aku Maina." Aku terdengar keluhan kecil Ara di hujung talian.

"Kau dah kenapa call aku pagi pagi buta ni setann?! Kau tau tak sekarang ni pukul berapa?!" Aku menjauhkan telinga dari telefon. Boleh rosak koklea aku dengar minah ni jerit.

Cinta OKU // B.I IKON (COMPLETE)Where stories live. Discover now