fifteen°

1.8K 246 61
                                    

Minhee's pov

" Renjun kau apa--- ?!" jerit Mark yang tetiba muncul.

" Kau dengar dengan jelas hyung." balas Renjun.

Aku pegun. Tak tahu nak buat apa.

" Minhee, saya tak paksa awak untuk suka saya balik."

"...."

✦-

Dalam perjalanan menuju ke kantin, langkah aku terhenti apabila melihat ramai pelajar tengah berkumpul kat korridor. Dah la menghalang laluan, bising pulak tu.

" Ada apa ni?" soalku.

" Kwon Soeun kena buli." balas seorang perempuan yang berada disebelah aku, separuh berbisik.

" Soeun? " aku mengerutkan kening.

Aku menjongketkan kaki untuk melihat seorang perempuan yang tidak aku kenal sedang tertunduk, tak berdaya.

Tiba-tiba perempuan yang berambut perang di depannya merampas handphone Soeun sebelum pergi begitu sahaja.

" Eh jap, Ahn Yujin? Yeochin Jihoon sunbae?" bentak aku dalam hati. Aku dapat tahu pasal ni pun daripada Haena dan budak-budak kelas aku yang membawang pasal dia orang.

" Soeun? " aku memanggil Soeun yang masih terduduk di atas lantai simen.

Dia mendongak untuk memandang aku. Aku gelisah apabila melihat Soeun yang sudah berlinang air mata.

" Eh dah.. jangan nangis. Aku tolong ambilkan eh?" pelawa aku sambil menepuk bahunya berkali-kali.

" Tapi Yujin---"

" Handphone awak yang case corak unicorn tu kan? " soalku.

" Tapi Minhee, Yujin tu---"

" Alah relax okay? " aku cuba menenangkan hatinya.

✦-

Sebaik sahaja tiba di kantin, aku dapat melihat kelibat Yujin dengan gengnya yang gelak dengan berdekah. Mata aku fokus terhadap telefon milik Soeun yang berada dalam genggaman Yujin.

" Soeun tu memang tak sedar diri an?" getus Yujin.

" Tah! dekat-dekat dengan Jihoon." sambung yang lain.

" Dia tu siapa nak---"

Yujin terkejut apabila telefon yang ada di tangannya dirampas oleh seseorang iaitu Minhee. Minhee ingin berlalu pergi tetapi Yujin tiba-tiba menumbuk meja dengan kuat.

" Eh kau!" teriak Yujin.

" Apa? " soalku dengan selamba.

" Kau siapa nak rampas telefon aku hah?" teriak Yujin sambil memandang aku dengan pandangan tidak puas hati.

" Handphone kau? Aku salah dengar ke? Ini handphone Soeun kan? " balasku, sinis membuatkan Yujin semakin naik angin.

" Kau nak cari pasal dengan aku ke sial?! " tiba-tiba Yujin menarik rambut aku dengan kasar dan itu membuatkan aku menjerit kesakitan.

" Kau takde benda lain ke selain nak buat scene tarik rambut kat sini hah?! NOOB! " aku turut menarik rambutnya sekuat yang mungkin.

Semua pelajar mula berkerumun di kantin termasuklah nct dream.

Tiba-tiba Jaemin datang dan terus berdiri di hadapan Yujin.

" Hikss.. Jaemin, sakit.. " Yujin berlakon di hadapan Jaemin dan juga kepada semua orang yang sedang menonton.

straight. nct dreamWhere stories live. Discover now