1 8

322 27 0
                                    

Balik sahaja daripada Ruzain dari klinik hari ini, dia terus ke pusat membeli-belah untuk mendapatkan lukisan yang dicadangkan oleh Puan Naimah untuk dijadikan hiasan pada dinding klinik tersebut.

Sampai sahaja di hadapan kedai tersebut, kelihatan satu nota ditampal pada pintu kedai yang tertutup itu.

'Kedai untuk disewa / dibeli.'

Ruzain mengeluh, di mana lagi tempat yang ada menjual lukisan yang diinginkannya ini. Hampir 20 minit dihabiskan oleh Ruzain menggelilingi pusat membeli-belah itu, namun tiada satu pun kedai yang menjual lukisan.

Akhirnya Ruzain mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Ruzain duduk berehat sebentar di dalam kereta sebelum memulakan perjalanan memandangkan dirinya yang masih penat.

"Mana aku nak cari lukisan ni?" Bebel Ruzain sendiri yang sedang tercungap-cungap.

'Dhiya.'

Nama tersebut terdetik di fikiran Ruzain pada ketika itu.

Nombor Dhiya didail lalu beberapa ketika kemudian, Dhiya menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, Ruzain. Ada apa awak call saya ni?"

"Waalaikummusalam, Dhiya. Hujung minggu ni awak free?"

Dhiya mengangguk-angguk seakan Ruzain nampak sahaja apa yang dibuatnya itu.

"Dhiya?"

"Eh! Ya, saya free. Kenapa?"

"Saya nak minta tolong awak."

***

Mereka berjumpa di tasik tempat Dhiya melukis tempoh hari. Ruzain membantu Dhiya membawa canvas dan easel bagi melukis beberapa lukisan pada hari ini.

"Awak nak saya lukis apa?" Soal Dhiya ingin tahu.

"Apa-apa pun boleh." Balas Ruzain ringkas lalu duduk berhadapan dengan Dhiya di picnic table tersebut.

"Okay. Tapi dengan satu syarat."

"Syarat apa?"

"Awak pun kena lukis juga."

"Ha?" Ruzain mengangkat keningnya. Dia manalah ada seni semua ni. Cabut gigi tahulah!

Dhiya mengangguk. "Awak nak ke tak nak? Kalau awak tak nak, saya pun tak nak lukis untuk awak juga. Penat awak nanti bawa canvas dengan easel datang sini tapi tak jadi melukis." Dhiya cuba menggunakan kuasa mengugut pada Ruzain.

Ruzain mengeluh, dia mula membuat muka tidak puas hatinya.

"Perlu ke?" Tanya Ruzain.

Dhiya cuma membalas dengan anggukan.

"Okaylah." Akhirnya Ruzain bersetuju walaupun nampak sangat yang dia tidak ikhlas.

Dhiya tersenyum lalu terketawa kecil. Lucu melihat Ruzain yang tidak berapa nak setuju dengan permintaannya ini.

"Ambil kertas ni." Dhiya memberikan kertas lukisan kosong yang biasa digunakannya oleh Dhiya untuk melukis.

"Nak lukis apa ni?"

"Apa-apa je." Beritahu Dhiya lalu bangun daripada duduknya lalu menuju ke arah easel dan meletakkannya betul-betul pada tempat dia duduk tadi. Kini, dia membetulkan kedudukan canvas yang baru diletakkan dan mula melukis lakaran terlebih dahulu.

Dhiya yang duduk membelakangi Ruzain membuatkan dia tidak melihat apa yang dilukis oleh Ruzain.

"Dhiya, pandang saya kejap."

Akhiri Penantianku ✔Where stories live. Discover now