Bab 6

509 6 0
                                    

“A
DUH!”  mendengar sahaja, Sofea mengaduh kesakitan di meja belajarnya, Rayyan mengangkat muka sedang dia membaca buku komik.
“Kenapa tu?”  tanya Rayyan dengan rasa sedikit risau.
Sofea diam sahaja di tempat duduknya.
“Sofea?”  dia memanggil.  Gadis itu masih tetap tidak mahu menyahut panggilannya.  Dia yang merasa kurang sabar terus bangun dan mendapatkan gadis itu.  dia melihat wajah Sofea yang kelihatan pucat itu.
“Kenapa ni?”
“Perut saya sakit..”  dia memberitahu.
“La, dah tahu sakit pergilah tandas..”
“Saya bukan sakit nak membuang.  Ini sakit sengugut namanya.  Petang tadi taklah teruk macam sekarang.  saya nak kena siapkan math saya ni.  Tapi perut saya sakit sangat”
“Sengugut?  Apa tu..”
“Sakit perempuan..ala, awak tak akan faham..”
“Awak tengah datang bulan ke sekarang?”  terus kepada point yang sebenar.
Sofea mengangguk lemah.  Sebut sengugut tak faham, tapi datang bulan faham pula.  Sebenarnya Sofea malu nak sebut benda-benda macam tu.  Memang macam nilah dia, setiap kali datang bulan mesti dia akan sengugut.  Paling lama pun sampai dua hari.
“Ada ubat dia tak?”
“Ibu tak bagi makan..sebab bahaya untuk rahim”
Rayyan yang melihat Sofea menjadi tidak senang.  Isterinya sedang sakit sekarang takkan dia nak buat tidak tahu sahaja.  Tambah-tambah apabila melihat wajah Sofea yang pucat itu.
“Tunggu sekejap”  Rayyan keluar.  Nak ke mana pula suaminya itu.  dia nampak sedikit risau.
Dia ke dapur mencari sesuatu di kabinet.  Ketika itu ibu juga ke dapur dan melihat menantunya sedang mencari sesuatu.
“Er, Rayyan cari apa?”  lembut sahaja suara ibu bila bercakap dengan menantunya.  Makin tinggi kedudukan orang itu makin dia akan dihormat.  Rayyan tak memerlukan sikap yang macam itu pun.  Sepatutnya dia yang kena menghormati mertuanya.
“Ibu ada madu tak?  Kalau boleh yang original punya”
“Madu?  Rayyan nak makan ke?”
“Bukan, untuk Sofea.  Dia sengugut.  Saya nak buatkan dia minuman suam campur dengan madu”
“Sekejap, rasanya ada ayah kamu tu simpan kat dalam almari ni.  Kejap ya ibu cari..”
Sementara ibu mertuanya mencari madu, Rayyan menuangkan air hangat dari water heater ke dalam gelas kecil.  Kemudiannya, ibu telah menjumpai botol madu itu dan menghulur kepada Rayyan.  Dia melihat sahaja Rayyan membancuh minuman madu itu.
“Selalunya, Sofea makan ubat tahan sakit tu kalau sengugut.  Tapi ibu larang dia ambil dah.  Tak elok untuk rahim”  beritahu ibu.  Ibu mengambil ubat afiat dan menyua kepada Rayyan ketika Rayyan ingin naik ke atas.
Sambil itu ibu terfikir akan sesuatu.  Kalau beri ubat ni dekat Rayyan, mesti dia nak sapu kat kawasan perut Sofea.   Eh nanti buatnya dia ‘hendak’ ke. Haih, takkanlah.  Sofeakan datang bulan.  Mereka pun dah belajar pasal hal ni.  Erm, tak apalah kalau Rayyan tolong sapukan.  Suami tolong isteri.  Bukannya haram.
“Sapu nanti kat perut Sofea”  kata ibu.  Ubat itu diambilnya dan dia masuk semula ke dalam bilik.
“Nah, minum ni dahulu..”  dia menyua air yang telah dicampur dengan madu itu dan dia sempat membaca ayat-ayat Al-Quran di dalamnya.  Semoga air itu dapat melegakan kesakitan Sofea. 
“Selawat tiga kali” pesan Rayyan.
Sofea yang sudah tidak berdaya menahan kesakitan itu berselawat tiga kali dan meneguk air itu sehingga habis.  Dia tidak tahu air itu air apa, tapi rasanya macam air hangat yang dicampur dengan madu lebah.  Selepas dia menghabiskan minuman tersebut, Rayyan menarik tangannya menuju ke katil.
“Awak tidur kat sinikan..”
“Tak apa, saya boleh bentang tidur kat bawah nanti”  kata Rayyan yang tidak kisah itu.  dia membaringkan Sofea dan dia melihat Sofea yang sudah pun berbaring itu.
“Ibu nak awak sapu ubat ni.  Awak nak buat sendiri ke atau nak saya tolong sapukan..”
Sofea terus mengambil botol ubat itu.
“Tak apa, saya boleh buat sendiri..”  kata Sofea.  Takkan la dia nak selak baju dan bagi Rayyan sapu ubat di perutnya.  Malulah nanti.  Memanglah mereka pasangan yang telah berkahwin tapi perasaan janggal tu masih ada.
Sofea mengiring untuk menyapu ubat diperutnya.  Rayyan terus membentang toto, tempat untuk dia landing pada malam ini.  Sejujurnya, dia tidak pernah tidur di atas lantai beralaskan toto nipis.  Mungkin selepas berkahwin ini tinggal di rumah isterinya dia berpengalaman tidur di bawah.  Maklumlah cucu orang kaya.  Mana biasa nak tidur bawah.  Katil adakan.  Tapi dalam kes mereka ini,  masih terlalu awal untuk mereka tidur bersama.
Jadi dibiarkan seorang tidur di atas seorang tidur di bawah.
Kasihan Sofea yang tengah kesakitan.  Takkan nak suruh dia tidur di bawah.  Lantai ni pula macam sejuk.  Jadi tak apa sekali sekala dia beralah dengan isterinya itu.  Dia teringatkan kerja sekolah Sofea.   Sofea masih belum menyiapkannya.  Pukul berapa pula dia nak bangun dan siapkan kerja sekolahnya.  Tapi esok cuti.  Kecualilah kalau dia ada kelas tambahan esok.
Rayyan bangun dan menuju ke meja belajar Sofea.  Melihat kerja matematik yang belum disiapkan oleh Sofea.  Dia duduk di situ,  Cuma mengingat kembali formula yang pernah dipelajarinya dahulu.  Ini matematik biasa ni.  Mudah sahaja baginya.
Jam hampir pukul satu pagi.  Waktu itu Rayyan masih  belum lagi melelapkan mata.  Dia hanya lena-lena ayam sahaja.  Sungguh dia tidak selesa tidur di bawah.  Dia bangun semula dan memerhati Sofea yang duduk dalam keadaan menyeramkan.  Rambutnya separuh menutup mukanya.  Mujurlah dia dapat mengawal keadaan.
Kusyh semangat.
Rupa-rupanya Sofea juga tidak dapat tidur apabila dia teringatkan kerja matematiknya.  Esok dia ada kelas tambahan dan dia lupa nak siapkan latihan matematiknya itu untuk dibincangkan di dalam kelas esok.  Dia melompat dari katil dan membuka lampu tengah dan melihat buku-buku latihannya elok sahaja terkemas.  Dia mengerut dahi dan syak pasti Rayyan yang tolong kemaskan.  Kemudiannya dia menarik soalan-soalan latihan matematiknya yang telah pun di isi dengan jalan kira dan jawapan.
Eh, dia siapkan untuk aku ke?
“Latihan matematik awak saya dah tolong siapkan”  beritahunya.
Sofea membelek latihan matematiknya itu.  memang tulisan dia.  Elok sahaja kemas tulisannya.  Kemudian latihan itu disimpan kembali.  Dia menoleh ke arah Rayyan yang bersila di atas totonya.  Hairan kesakitannya makin berkurangan sebaik sahaja dia minum air madu yang dibuat oleh Rayyan.  Dia duduk di atas katil semula dan mengarah ke arah Rayyan.
Kasihan dia, mesti dia tidak biasa tidur di bawah.  Tak pasal-pasal kena beralah dengan Sofea.  Herm, kasihannya.
“Awak kenapa tak tidur lagi?”  tanya Sofea.
“Saya tak boleh tidur sebab tengok awak macam tak boleh tidur je..”
“Yalah tu.  Ke sebab awak tak selesa tidur atas toto tu.  Tak apalah, awak tidur kat atas katil ni biar saya tidur kat bawah.  Sengugut saya dah hilang ni”  beritahunya.  Dia bangun dan mengambil tempatnya di bawah.  Rayyan terpaksa ke tepi.
“Awakkan tak sihat lagi.  Bawah ni sejuklah”
“Sejuk ke?”  Sofea memegang lantai.  Dia memandang muka Rayyan.
“Aha la.  Sejuknya.  Sebab tu juga ke awak tak boleh tidur?”
Rayyan tidak memberi sebarang reaksi dan dia masih tidak berganjak dari tempatnya.  Sofea yang nak berbaring pun tak jadi.  Alih-alih dia pun turut bangun dan duduk bersila dibawah.  Dia melihat Rayyan seperti inginkan sesuatu.
Kemudian dia teringat yang lelaki itu belum minum chocolate panasnya sebelum tidur.  Patutlah dia belum tidur lagi.
“Ouh saya lupa akan sesuatu.  Chocolate panas awak..”  Sofea bingkas bangun dan turun ke bawah bersendirian dan membuatkan air untuk Rayyan.  Gilirannya pula untuk menjaga lelaki itu.
Siap membuat air, minuman itu dibawa ke atas.  Rayyan masih lagi duduk bersila di situ.  Sofea duduk bersimpuh di hadapan Rayyan dan menghulurkan secawan mug kepada Rayyan.  Rayyan tidak mengambil tetapi menyuruh Sofea minum sedikit dahulu.  Untuk menghargai Sofea katanya kerana sanggup turun ke bawah pagi-pagi begini dan buatkannya air.
Sofea tidak bercakap banyak dan dia meminum sedikit.  Kemudiannya dia menyua semula mug itu kepada Rayyan.  Dia melihat Rayyan memilih di kawasan tempat dia minum tadi.
Eh!  Dia minum kat mulut mug yang aku minum tadi.
Sofea berasa sesuatu tetapi dia tidak terus memandang wajah Rayyan yang memandang ke arahnya sewaktu merasai minuman chocolate itu. Kenapa dia minum kat tempat aku minum tadi.  Apa motif dia buat macam tu.  Dia tak rasa geli ke?
“Kenapa muka awak macam tu?”  tanya Rayyan.  Padahal dia tahu kenapa Sofea kelihatan berlainan wajahnya sebaik sahaja dia minum di kawasan Sofea minum tadi.
“Tadikan saya minum dekat kawasan tu kenapa awak pilih tempat yang sama untuk minum..”
“Saya mengikut sunah Rasulullah.  Minum di kawasan seorang isteri minum.  Dapat pahala”
Sofea diam.  Ouh, sebab itu ke dia minum kat tempat yang sama.  Nak berbuat pahala rupanya.
“Esok ada kelas tambahan ke?”
“Aha.  Pukul lapan pagi esok”
Sofea tiba-tiba teringatkan mengenai kebun mereka.  Dia nampak tidak sabar untuk memulakan perbualan mengenai itu.
“Saya nak tanya awak ni, kenapa awak nak juga laburkan wang pada kebun kami.  Bukan ke saya cakap tak nak.  Kenapa awak buat juga?”
“Sebab memang tanggungjawab saya sebagai seorang menantu untuk menjaga kebajikan keluarga isteri dia kalau mereka memerlukan”
“Tapi awak guna duit awak untuk beli kawasan tanah tu.  Tak membazir ke?”
“Kenapa pula nak membazir kalau saya melakukannya kerana saya ikhlas”
Mereka terdiam lama.  Sofea cuba memandang mata Rayyan dan Rayyan juga memandang mata isterinya itu.  kemudiannya, Sofea dahulu yang melarikan pandangan.  Tidak selesa apabila terlalu lama mereka merenung di antara satu sama lain.
“Kenapa awak nak sangat bantu keluarga saya?”
“Bukan saya cakap sebab saya nak balas budi awak..’
“Kalau yang selamatkan awak tu bukannya saya tetapi orang lain adakah awak akan berkahwin dengan orang tu juga?”  muka Sofea serius.
“Lihatlah kalau dia ada berhutang dengan keluarga saya”  Rayyan meneguk minumannya lagi.
“Habis tu kalau ada keluarga perempuan lain berhutang dengan keluarga awak, awak akan buat hal yang sama dan berkahwin dengan mereka”  kedengaran suara Sofea yang seperti sedikit tinggi itu.  kenapa dia berasa tidak puas hati ni.  Hisyhh!
“Well, kuota seorang suami ada empat.  Tak salah kalau saya nak penuhkan ke empat-empat itu..”  beritahu Rayyan.
Sofea mengetap bibir dengan pandangan geram.
Ada hati nak berkahwin lagi.
“Mungkin mana nak tahu antara ke empat-empat itu ada seorang soulmate saya”
“Sudahlah!  Awak tidur bawah malam ni, saya nak tidur atas katil saya sendiri”  merasa bengang dengan Rayyan dia memutuskan untuk tidur di atas katilnya sahaja.  Biar lelaki itu merasa tidur di bawah.
“Tutup lampu tu nanti”  dia berkata tanpa memandang muka Rayyan.  Bengang punya pasal.  Dia menarik selimut dan mengkelubung mukanya.  Dia merengus kecil.
“Kalau cemburu cakap ajelah cemburu..”  makin galak Rayyan mahu mengenakan Sofea.  Sofea sempat mengambil bantal lebih di tepinya dan membaling kepada Rayyan.  Namun Rayyan sempat mengelak.  Dia ketawakan Sofea lagi ada.
“Awak jangan nak usik saya lagi boleh tak..”  Sofea bangun dari pembaringan dan memandang marah ke arah Rayyan.
“Kenapa awak nak marah tiba-tiba.  Betul apa saya cakap kalau cemburu cakap ajelah.  Memang kuota seorang lelaki ada empat.  Awak yang pertama, yang tiga lagi masih ada”
“Saya tak akan cemburu.  Tapi kalau awak nak mencukup kuota  awak tu lepaskan saya!”
Rayyan berwajah serius semula.
“Awak nak naik angin macam ni dah kenapa?”
“Tak ada perempuan yang nakkan diri mereka dimadu, kalau awak nak buat macam tu jalan yang paling mudah bagi kedua-dua belah pihak adalah awak kena lepaskan saya.  Itu sahaja”
Kedua-dua terdiam dan saling memandang apabila selesai sahaja Sofea berkata-kata.  Kemudiannya Rayyan berjalan menutup suis lampu.  Sangka Sofea lelaki itu ingin tidur di totonya namun Rayyan berjalan menghampiri katilnya.
Dah naik bulu roma bila Rayyan merenung tajam ke arahnya.  Sofea yang sudah kepucatan itu pantas membuat tanda pangkah menggunakan tangannya rapat ke dadanya.  Dia tidak mahu lelaki itu menyerangnya dahulu pada malam ini.
“Awak nak apa ha..tempat tidur awak kat bawah malam ni.  Saya nak guna katil ni..”
Rayyan terus memandang ke arahnya.  Jantung Sofea macam nak tergolek waktu tu bila tiba-tiba Rayyan menarik tangannya. Walaupun tangannya ditarik dengan lembut tetapi secara automatik tubuhnya mengikut sahaja.
“Awak jangan nak macam-macam dengan saya..” dia berkata dengan suara gugup.
Kemudiannya, mereka sama-sama berbaring dan apa yang pasti lelaki itu menarik tubuhnya dekat dengannya.  Tangan kiri Rayyan melingkar dipinggangnya dan kepala Sofea berlapikkan lengan kanannya.  Mereka terlalu hampir.
Sofea berasa jantungnya semakin laju berdegup.  Ke..kenapa dia tidak boleh menolak Rayyan waktu-waktu macam ni.  Kenapa tiba-tiba rasa bengangnya tadi terus hilang.  Ini kali pertama mereka duduk dengan sangat hampir.  Bukan duduk tetapi berbaring dengan sangat rapat.  Kepalanya rapat ke dada Rayyan.
Rayyan memejamkan matanya.  Memang sengaja dia memeluk Sofea seperti itu supaya mereka tidak bergaduh mengenai hal sekecil ini.  Dia mahu hubungannya dan Sofea manjadi semakin rapat dan faham antara satu sama lain.  Tetapi dalam masa yang sama, dia lega kerana Sofea tidak menolaknya untuk tidur bersama dalam keadaan rapat seperti ini buat pertama kalinya sepanjang tiga bulan mereka menjadi suami isteri.





RAHSIA KAMIWhere stories live. Discover now