twenty one°

1.6K 239 37
                                    


ttinnn ttinnn

" MINHEE!" suara Jaemin aku tidak dapat dengar dengan jelas akibat bunyi hon daripada lori yang amat kuat.

Aku menolak budak lelaki itu dengan pantas ke tepi jalan dan beberapa saat selepas itu, aku dapat rasakan badan aku melayang lalu mendarat di atas jalan raya. Kepala aku rasa pening dan berdecit-decit.

" Minhee! bertahan!! a-aku telefon ambulans sekarang!" itulah ayat terakhir yang aku dengar sebelum pandangan aku menjadi gelap.

✦-

" M-Minhee?"

" Hyung ni kenal Minhee ke?" Jaemin menyoal Mingyu yang masih terkaku di tepi katil Minhee.

" Pesakit mengalami pendarahan di kepala yang teruk. Dr Mingyu, tolong hantar pesakit ke wad kecemasan sekarang!" arah pekerja hospital selepas menurunkan katil Minhee daripada ambulans.

Tanpa membuang masa, Mingyu soalan Jaemin tidak dijawabnya dan terus menolak katil ke wad kecemasan dengan beberapa nurse yang lain.

✦-

" Bwo?? Minhee dekat hospital??! nct dream?? okok! " terbeliak mata Haena mendengarnya. Dia meletakkan gelas di atas meja.

" Hah? Minhee dekat hospital? apa dah jadi?!" soal Soeun terkejut.

Mereka berdua dan nct dream keluar daripada hotel dan terus bergegas ke Hospital Haesung di mana Minhee ditempatkan.

20 minit telah berlalu, mereka tiba di hospital. Haena berlari ke arah kaunter. Sebaik sahaja diberitahu nombor bilik wad Minhee, mereka pantas ke wad tersebut.

Kelihatan Minho, eomma Minhee dan Jaemin masih menunggu di luar wad kecemasan.

Setelah lama mereka menunggu, Mingyu dan Dr Kang keluar daripada wad kecemasan.

Mingyu nampak lemah dan monyok. Petanda berita buruk.

" Dr... macam mana dengan anak saya??! dia.. selamat kan??"

" Eomma! bawa bertenang!" Minho menenangkan eommanya yang masih terkejut dengan kejadian yang berlaku.

" Anak puan selamat.. tapi.."

Eomma Minhee menarik nafas lega hanya untuk beberapa saat. " Tapi apa doktor??"

" Pesakit mengalami hentakan di bahagian kepala yang amat kuat dan berisiko tinggi untuk lupa ingatan." ujar Dr Kang. (sorry cliche 🐒😂)

" Apa?..."

Mereka semua hanya berpandangan sesama sendiri, bersimpati dengan apa yang telah berlaku.

" Tapi belum pasti. Kita semua kena tunggu Minhee untuk sedar dulu." ucap Mingyu perlahan. Dia kemudian menanggalkan sarung tangan.

" Saya minta diri dulu, ada pesakit lain." ucap Dr Kang lalu beredar pergi selepas menunduk hormat.

✦-

Minhee's pov

Aku membuka mata dengan perlahan. Dalam masa yang sama, aku terdengar sesuatu perbualan.

straight. nct dreamWhere stories live. Discover now