bab 23 (I am Sorry)

1.1K 3 0
                                    

H
AMPIR 10 minit dia menunggu Rayyan yang berada di dalam kedai bunga.  Dia pun rasa sedikit hairan, tiba-tiba sahaja selepas habis waktu bekerja, Rayyan ingin singgah sebentar di kedai bunga.  Marisa tidak mahu menganggap apa-apa, tetapi alangkah bahagianya kalau Rayyan belikan bunga untuknya.  Namun selepas itu Rayyan keluar dengan tangan kosong. 
Eh, kalau beli bunga mesti ada bunganya tapi mana bunganya?  Bisik Marisa sedikit hairan.
“Awak beli bungakan?  Tapi mana bunganya?”
Tanya Marisa ingin tahu.
“Ouh saya suruh mereka hantarkan kepada someone..”  beritahunya dengan senyuman lebar.  Dia berharap Sofea akan teruja menerima sejambak bunga ros segar darinya.  Pasti Sofea yang berada di rumah gembira menerima hantaran bunga itu nanti.
Someone?  Aku ke?  Dia tahu alamat rumah aku ke?  Marisa masih lagi berharap.
Mereka kemudiannya menaiki monorel pada petang itu.  Mereka hanya berbual kosong sahaja dan Marisa mengambil masa dan tempat yang sesuai untuk meluahkan perasaannya.  Mana nak tahu esok sementara hari terakhir dia bekerja lelaki itu akan menerimanya dan merinduinya.  Bahagianya.
Selepas turun dari monorel mereka berjalan ke sebuah tempat dan tiba-tiba Marisa berhenti.  Rumah Marisa lagi satu kilometer sahaja dari sini dan Rayyan ingat ingin menghantar Marisa dengan berjalan kaki sahaja namun Marisa menahannya.  Rasanya dekat sini tempat yang sesuai untuk dia meluahkan perasaan kepada lelaki itu.
Mereka berdua berdiri secara bertentangan dan Marisa menarik nafas panjang untuk meluahkan perasaannya.

“AWAK alang-alang tu jom saya hantar awak balik.  Saya nak jumpa dengan Shahril sekali..”  ajak Aliff secara tiba-tiba sewaktu dia melihat Sofea sudah menyangkut beg di bahunya.
“Ha?”  dia separuh terkejut.  Aliff nak hantar aku balik rumah ke.  Tapi aku kena balik sekarang.  Mana nak tahu kalau-kalau Rayyan sudah sampai ke rumah dahulu.  Nanti kalau dilihatnya tiada macam mana.
Dahulu sebelum pergi bercuti di Pulau Pangkor, mujurlah dia awal lima minit sebelum Rayyan sampai ke rumah.  Mengelupur macam kena kejar dengan anjing dia berlari ke Villa.  Dia meminta untuk pulang awal setengah jam sebelum pukul empat petang setiap hari.  Hari Sabtu dan Ahad dia tidak bekerja.
Elok sahaja dia menukar pakaian sambil tercungap-cungap keletihan dan Rayyan sampai ke rumah selepas itu dan tidak mengesyaki yang isterinya itu turut sama baru pulang dari kerja.  Pandai juga Sofea menyorok dan bekerja secara sembunyi-sembunyi walhal tempat kerja mereka sebelah menyebelah sahaja.  Memang cari nahas kalau Rayyan dapat tahu.  Tidak biasa lagi kena marah dengan Rayyan.
“Saya dah lama nak jumpa dengan Shahril.  Alang-alang tu baik saya hantar awak balik sahaja.  Betul tak.  Jomlah.  Jangan risau hari ni saya bawa kereta”
“Ha?”  aduh macam mana nak larikan diri ni.  Adoi  macam manalah nak beri alasan munasabah ni.
“Mari..”  Aliff dah siap bukakan pintu kereta sebelah penumpang buat Sofea.  Sofea yang berhempas pulas mencari idea itu akhirnya menyerah diri. Tak apalah, hantar mesej kepada Rayyan yang dia berjumpa dengan Nad dan bagilah alasan Nad tak sihat.  Menjenguk Nad demam ke apa ke.  Nad minta maaf.

“SAYA sebenarnya sukakan awak Rayyan!”  dengan sekali nafas Marisa meluahkan perasaannya.
“Saya sukakan awak dah lama, Cuma saya tak berani nak meluahkan perasaan saya kepada awak”
Rayyan yang mendengar terkejut.  Tidak sangka pula selama ini Marisa menyimpan perasaan kepadanya kerana dia melayan gadis itu tidak lebih daripada seorang rakan sekerja.  Apa yang telah berlaku sebenarnya.
“Saya sukakan awak..”  beritahu Marisa dengan suara perlahan dan tidak berani bertentang mata dengan lelaki itu.
“Marisa saya..”
“Tolong..”  dia memintas kata-kata Rayyan dengan cepat. “Tolong jangan hampakan saya Rayyan.  Semakin lama saya pendamkan perasaan ini semakin sakit.  Saya rasa bahagia bila dengan awak.  Saya tak kisah awak orang susah ke, adik beradik ramai ke..sebab kita berdua sama sahaja.  Orang biasa-biasa.  Jadi saya faham..”
Sampai sekarang Marisa tidak tahu mengenai keberadaan Rayyan.  Rayyan sendiri yang tidak mahu mengheboh-hebohkannya.  Dia lebih selesa jika orang lain menganggapnya orang biasa sahaja.
“Saya tak mahu berpisah dengan awak.  Tolong Rayyan katakan awak juga mencintai saya.  Saya tahu awak rasa apa yang saya rasakan..”  Marisa memberanikan dirinya merenung mata Rayyan.
Kenapa wajah Rayyan nampak dingin sahaja.  Dia nampak seperti tidak selesa dengan luahan hati Marisa.  Mungkinkah dia sebenarnya malu. Yalah, sepatutnya lelaki yang kena mulakan dulukan?  Tetapi ini perempuan pula yang mulakan.  Tidak salahkan, perigi mencari timba.
“Rayyan?”  dia memanggil apabila lelaki itu tidak memberi sebarang reaksi untuk berkata-kata.
“Awak tak sama macam lelaki yang saya kenal.  Awak lain daripada mereka.  Awak juga serius bila waktu bekerja dan disebabkan itu saya selesa dan suka dengan awak.  Awak menyenangkan hati saya dan saya rasa awak memahami saya.  Betulkan Rayyan?”
Menolak cinta gadis itu mudah tetapi untuk memilih jalan yang terbaik untuk memberi alasan dan tidak menyakiti hati gadis itu adalah payah.  Dia tidak mahu menjadi lelaki dayus yang menjatuhkan air mata si gadis.  Tetapi itu bukan alasan dia untuk menerima hati gadis itu.
“Marisa..saya yang sebenarnya..”
“Saya mengharapkan jawapan yang akan awak berikan tidak menghampakan saya Rayyan..”  bersungguh-sungguh gadis itu berkata-kata.  Jika perasaannya tidak diterima dia berazam untuk tidak datang ke tempat kerja pada hari esok walaupun esok adalah hari terakhirnya.  Dia tidak sanggup berhadapan dengan lelaki itu lagi.
“Maafkan saya Marisa..”  mendengar sahaja tiga patah perkataan itu dari mulut Rayyan debaran di dada Marisa makin kuat.  Matanya sudah merah-merah menahan rasa kecewa dan sebak di dalam hatinya.
Belum pernah lagi lelaki menolak cintanya.  Ya Marisa seorang yang sangat cantik.  Kulitnya putih dan bersih.  Dia juga tinggi sedikit daripada Sofea rasanya tetapi  bukan itu menjadi daya tarikan kepada Rayyan kerana hatinya hanya pada Sofea seorang sahaja.
“Hati saya sudah dimiliki oleh seseorang.  Saya menyayangi dia lebih dari diri saya sendiri.  Saya tak mungkin dapat melukakan hati dia.  Saya tak mungkin boleh hidup tanpa dia..”  Rayyan menjelaskan segala-galanya kepada Marisa dan tidak pula memberitahu mengenai dia adalah suami kepada Nurul Sofea.  Selagi boleh dirahsiakan hal ini akan terus menjadi rahsia sehinggalah akan tiba pada waktu dan masa yang sesuai untuk mereka mengumumkan perhubungan mereka yang sebenarnya.
Akhirnya air mata Marisa mengalir perlahan.  Dia kemudian memaksa diri untuk senyum seperti orang yang bodoh.  Bodohnya kerana dia lambat memberitahu perasaannya. 
“Tapi awak ada sikit perasaan kepada sayakan..”  entah apalah yang masih mahu diharapkannya.  Sudah dibilang yang Rayyan menyukai orang lain tetapi tetap juga mahu mengesa Rayyan memberitahu mengenai perasaannya.  Dia ingin tahu perasaan Rayyan sebelum ini kerana lelaki itu sangat baik dan suka membantu dia.
“Saya suka awak menjadi kawan saya sahaja Marisa.  Tidak lebih daripada itu.  Saya tak berniat nak sakitkan hati awak tapi awak kena faham yang saya juga harus  menjaga hati dan perasaan orang yang saya suka…”
Berasa menyesal kerana meluahkan perasaan kepada lelaki itu, Marisa kemudian bertindak berlari dari situ dan Rayyan tidak mahu mengerja malah sekadar memandang ke arah Marisa yang semakin lama semakin jauh dari pandangan matanya.  Rayyan mengeluh berat selepas itu.  Hari ini dia telah melukakan perasaan seseorang tetapi bukan niatnya untuk menyakiti hati Marisa.  Dia terpaksa melakukannya kerana kasih sayangnya hanya untuk Sofea sahaja.

MAKIN lama dia sudah berasa tidak tenteram di tempat duduknya.  Dikerlingnya jam didinding sudah menunjukkan pukul enam petang.  Mereka sampai di rumah Sofea pada pukul 4:45 minit petang dan tidak sangka lama pula Aliff berborak dengan Shahril.  Dia juga rapat dengan Shahril sewaktu mereka di tingakatan tiga.  Dia mengenali Shahril melalui Sofea. 
Seperti cacing kepanasan sahaja dia situ.  Minumannya juga tidak diteguknya.  Dia risau jika Rayyan tercari-carinya di Villa walaupun dia dah menghantar mesej kepada Rayyan memberitahu yang dia menjenguk Nad yang demam dan sedang berehat di rumahnya.  Harap-harap Rayyan tidak menemui Nad di mana-mana.  Manalah nak tahukan kalau Allah tu nak tunjuk pembohongan seorang isteri.  Sudah terkantoi dekat situ.  Nasib kaulah Sofea.
Ibu memanggilnya dan mengetahui anaknya itu ingin segera pulang ke Villa semula.  Kerana Aliff dia terpaksa balik ke sini kerana Aliff menyangkakan yang dia tinggal di sini.  Padahal yang sebenarnya dia tinggal di Villa sekarang bersama dengan suami dan juga atuk mereka. 
Hurm nak balik cepat..
“Dah beritahu Rayyan ke yang kamu ke sini?”  tanya ibu dengan suara berbisik.
“Tak, Sofea tipu dia.  Sofea cakap yang Sofea pergi rumah Nad.  Beri alasan yang Nad demam…”
“Habis tu berapa lama nak duduk dekat sini?”
“Tu Aliff tak balik lagi..”
“Tak apalah.  Sekejap lagi mungkin dia balik..”  beritahu ibu menyedapkan hatinya.
Beberapa minit kemudian, Aliff meminta diri.  Lega kerana akhirnya lelaki itu ingin pulang ke rumahnya.  Dia dan Shahril melambai di hadapan muka  pintu rumah.  Dan selepas itu Shahril menanya sesuatu kepada Sofea.
“Datang sini beritahu Rayyan tak?”  pertanyaan kembarnya itu hampir sama sahaja dengan pertanyaan ibu tadi.  Sofea mengeleng.
“Aku cakap aku balik melawat Nad.  Nad tak sihat.  Lepas tu dia tak balas pun.  Tak tahulah dia dah baca mesej belum”  wajah Sofea kelihatan susah hati sahaja.  Dia hanya risaukan manalah nak tahukan kalau-kalau pembohongannya tidak berjaya.
“Teman aku pergi cari teksi kejap..naik teksi lebih cepat sampai..”  dia terus menarik tangan Shahril.
20 minit lagi sebelum pukul tujuh petang, Sofea sampai dengan teksi.  Selepas membayar dia keluar dari teksi dengan  cepat dan menuju ke pagar kecil.  Dia masuk melalui situ dan kemudiannya perasan yang kereta yang selalu digunakan oleh Rayyan berada di garaj kereta.
Alamak dia dah ada dekat rumah.  Sofea berjalan masuk ke dalam dan melihat sekeliling yang kelihatan sunyi sepi itu.  Atuknya itu pasti berada di dalam biliknya.  Dan Rayyan dia tidak tahu di mana kedudukan lelaki itu kerana dia tidak mahu mengandaikan sesuatu.  Dia berjalan dengan langkah cepat dan terus memanjat tangga naik ke atas.  Sampai sahaja di hadapan biliknya dia tidak berharap yang lelaki itu  berada di bilik sekarang.  Biarlah mereka tidak bertemu sekarang.
Elok sahaja pintu ingin dibukanya dari luar, tombol pintu berpusing sendiri dan pintu ditarik dari dalam oleh seseorang.  Pintu dibuka dan kelihatan Rayyan berada di hadapannya dengan pakaian kasualnya.  Sofea pula mati kutu di situ.  Tidak tahu cara untuk menegur suaminya itu.
“Saya baru baca mesej awak tadi.  Awak pergi menjenguk Nad ya?”  kata Rayyan dahulu dengan wajah biasa.
Sofea mengangguk macam hendak tidak hendak sahaja.  Wajahnya pula kemerahan.  Namun hatinya berasa lega mujurlah lelaki itu tidak bertanya kepadanya apa-apa lagi dan memberi ruang untuk dia masuk ke dalam bilik.  Rayyan keluar selepas itu tanpa berkata apa-apa.
Oh, mujurlah.  Sofea melepaskan keluhan lega.  Selepas ini dia tidak akan menumpangi Aliff lagi kerana dia tahu yang sahabat baiknya itu akan menghantar dia ke rumah keluarganya nanti sedangkan sekarang ini dia telah berpindah ke Villa. 
Dia meletakkan beg galasnya di atas kerusi rotan di dalam bilik itu dan melihat ada gubahan bunga ros segar di atas katil sebaik sahaja dia menoleh ke arah itu.  Dia melongo kecil dan mendapatkan gubahan bunga itu.  Ada terselit kad di situ.  Tulisan tangan yang ringkas tetapi memberi makna yang besar buatnya.

Buat awak yang saya sayang,
I love you forever.  From your sweet husband.  Muah.

Sofea mencium bunga ros merah yang segar itu.  Banyak ni sejambak dia beli.  Kalau dah setangkai bunga ros dah melangkaui harga RM4 ke atas.  Ini kalau dah sejambak dah berapa dia habiskan.  Tidak masuk dengan gubahannya lagi.  Akhirnya dia tahu juga perasaan sebenar Rayyan.  I love you, maksudnya suaminya itu mencintai dia.  Dia tersenyum lebar dan perasaannya gembira waktu itu.

RAHSIA KAMIWhere stories live. Discover now