twenty three°

1.7K 193 23
                                    


"Kalau aku nak tolong kau jatuh hati kat aku boleh tak?" Jaemin mengangkat salah satu keningnya.

"Hah???" Minhee menelan air liur. "Huh pape jela. Aku balik dulu." Minhee mengemas buku dan kotak penselnya sebelum mencampak ke dalam beg. "Essay chinese? kirim salam!" getusnya dalam hati.

"Yyah! aku gurau je. Gurau..." ujar Jaemin dengan kuat. Semua pelajar memandangnya buat beberapa saat.

"Jangan buat bising kat sini." tegur pustakawan. Jaemin menunduk tanda maaf manakala langkah Minhee terhenti. Dia memalingkan tubuh lalu memandang Jaemin dengan geram.

"Gurau? huh aku tahu la yang kau tu suka aku kan?" terbeliak mata Jaemin dibuatnya. Minhee menekup mulutnya apabila menuturkan sesuatu yang tidak sepatutnya di hadapan orang ramai lalu terus berlari keluar daripada library, mengabaikan pelajar lain yang memerhatinya dari tadi.

✦-

"Kenapa Jaemin tu suka aku ha? tak paham betul aku." batu-batu kecil di tepi jalan ditendangnya.

"Wae wae? ada apa-apa jadi ke?" soal Haena dengan mata bersinar-sinar.

"Entahla. Sejak kebelakangan nih, dia asyik flirting ngan aku tahu tak?"

Haena ketawa berdekah-dekah. "Apa la kau ni. Kau patutnya bersyukur sebab ada orang suka kau. Bukan setakat seorang, tapi tiga orang!"

Minhee menggelengkan kepalanya apabila mendengar reaksi Haena. "Entah pape. Kau ingat aku suka ke? rimas tahu!"

Haena mencebik. "Annyeong Minhee, Haena." sapa Yuqi.

"Eh Yuqi, lama siot tak nampak kau!" Haena mengarahkan supaya Yuqi duduk di sebelahnya.

"Ahh yaa. Aku sibuk prepare untuk comeback yeoja idol [(g)i-dle.]" balas Yuqi lalu menghadiahkan senyuman kepada Minhee. "Kau apa khabar Minhee?"

"Aku? Err aku sihat je." Minhee tersenyum awkward. Walaupun dia tidak mengingati siapa Yuqi, namun dia dapat rasakan bahawa dia rapat dengan Yuqi dulu.

"Hmm.. apa kata kita gi karaoke!" ajak Haena dengan excited. "Setuju!" balas Yuqi. "Aku pun okay je. Apa kata ajak Soeun sekali?" soal Minhee. Haena dan Yuqi hanya mengangguk setuju.

✦-

"Minhee-ah. Sementara tengah cuti sekolah ni, apa kata kita pergi melancong kat Osaka?" soal eomma.

Minhee mengangguk tanda setuju. "Minhee okay je. Kalau Minho dengan Mingyu oppa tak tahu la pulak." balasnya.

"Mingyu tak boleh ikut sebab kerja dia tak menentu kat hospital. Eomma dah tanya Minho dah. Dia kata okay jugak."

"Hmm geurae."

"Apa kata kita ajak nct dream sekali?"

"HAH?!" nak terkeluar biji mata Minhee apabila mendengar soalan eomma. "La yang kamu terkejut sangat tu kenapa?" Minhee menelan liur sebelum menggeleng perlahan. "Aduh spoil ah. Eh kejap--- eomma kenal nct dream?"

"M-macam mana eomma kenal nct dream eh?" soal Minhee dengan perasaan penuh ingin tahu.

"Nct dream tu anak kawan-kawan eomma. Kamu tak ingat langsung ke apa yang pernah jadi 3 bulan lalu?" Kepalanya laju digelengkan.

"Kamu pernah tinggal dengan nct dream sebelum ni selama 3 bulan sebab eomma pergi bercuti." Mata Minhee automatik membulat.

"Hah? apa maksud eomma? tinggal serumah dengan dia orang?" soalnya tidak percaya dan eomma hanya mengangguk. Fikirannya melayang buat seketika.

straight. nct dreamWhere stories live. Discover now