+15+

1.4K 170 69
                                    

Flashback 6 tahun lepas~~

"Yoo Sunghyun!!!" Sunghyun yang baru sahaja selesai meletakkan buku di loker menoleh kebelakang apabila rakannya menjerit namanya, Kim Jisoo.

"Engko nak apa?" Soal Sunghyun dengan gangsternya, skirtnya diflip nasib baik pakai seluar pendek.

"Aku ada nampak crush kau kat library seorang-seorang!!" Jerit Jisoo teruja.

"Series la?! Tunjuk kat aku cepat!!" Kata Sunghyun teruja siap tarik rambut Jisoo lagi.

"Woi sakitlah sengal!! Haish pergi la sendiri macam la tak tau arah library kat sekolah ni" Jisoo menunjal dahi Sunghyun lalu blah dengan fabnya.

"Eh perempuan ni" Sunghyun terus pergi ke library dengan senyap dia masuk ke dalam library itu untuk mengusya crushnya.

Kwon Soonyoong.

Tak sangka Sunghyun yang perangai macam hantu ada juga crush yang pasti dia mula syok kat Soonyoung sejak dia terserempak Soonyoung di bus stop ketika hujan.

Waktu tu Sunghyun tidak boleh balik jalan kaki kerana hujan jadi dia terpaksa menunggu hujan berhenti dengan bertapa di bus stop.

Dan masa tu Sunghyun perasan ada seorang lelaki yang sama sekolah dengannya duduk tidak jauh darinya sedang memandangnya.

Memang janggal habis la sampai Sunghyun rasa dia kena duduk sopan dan bukannya duduk mengangkang.

Tiba-tiba muncul kereta berwarna hitam, Sunghyun pasti itu mesti kereta lelaki itu sebab hanya mereka berdua je yang ada di situ.

"Nah" Sunghyun memandang lelaki itu terkejut.

"N-nae?" Sunghyun seperti ingin menampar dirinya apabila dia bercakap gagap di depan lelaki itu.

"Ambil la payung ni lambat lagi ni hujan nak berhenti" kata lelaki itu dengan senyuman manisnya.

Hampir pengsan Sunghyun disitu melihat senyuman padu lelaki itu.

Sunghyun melihat nametag lelaki itu.

Kwon Soonyoung.

Mahu sahaja Sunghyun tersengih nakal tetapi dia kekalkan wajah selambanya di hadapan lelaki bernama Soonyoung itu.

"Terima kasih" Sunghyun mengambil payung itu lalu menunduk sedikit.

"Sama-sama, payung tu tak payah pulangkan tau buat kenangan ok? Bye!" Soonyoung melambai kearah Sunghyun lalu masuk ke dalam perut kereta.

Sunghyun membalas lambaian itu dengan gummy smilenya.

Hilang sahaja kelibat kereta itu, Sunghyun menjerit gembira.

Nampaknya dia sudah jumpa first lovenya.

+++

Sunghyun tersenyum manis apabila mengingatkan hal itu walaupun benda itu dua tahun lepas berlalu.

Sejak hari tu dia selalu usya Soonyoung dan dia baru tahu Soonyoung merupakan seniornya.

Dia melihat Soonyoung yang khusyuk belajar di meja yang agak tersorok sedikit. Maklum la Soonyoung pelajar tahun terakhir di sekolah.

Maklum la Soonyoung kingka mestilah ramai fans itu yang membuatkan Sunghyun seperti ingin menyimpan Soonyoung dalam almari.

"Kau buat apa ni?" Tegur seorang lelaki di belakang Sunghyun.

Babysitter ♚안저지♚ (HOSHI SVT) (DISCONTINUED)Where stories live. Discover now