bab 28 (kehilangan)

350 3 0
                                    

H
AMPIR seminggu, Sofea umpama patung yang bernyawa.  Dia sering dilihat bersendirian dan kurang berkomunikasi.  Dia juga tidur berasingan dengan Rayyan tanpa pengetahuan Tuan Abdul.  Entah kenapa perasaan menyampah dan benci semakin bercambah setiap hari.  Dia menjadi malas untuk melakukan apa-apa.  Apa yang lelaki itu makan dan minum pun tidak di jaganya.  Dia malas nak ambil peduli lagi.
Rayyan tidak pula mahu menyalahkan isterinya jika bersikap seperti itu.  Dia tahu dan sedar kemungkinan Sofea sedang menghadapi gangguan emosi.  Bukannya dia tidak mahu bercakap dengan Sofea tetapi di Villa, Sofea sering mahu mengelakkan diri daripada bertembung dengannya.  Sering mencari jalan untuk tidak berborak panjang dengan lelaki itu.
Petang itu selepas balik dari kerja, Rayyan melihat Sofea sedang bermain dengan kucing parsi berwarna putih hitam.  Dia tersenyum melihat Sofea tersenyum seperti itu.  Rasanya sudah lama Sofea tidak tersenyum seperti itu.  Dia merindui suara lunakkan manja dan senyuman Sofea.  Sungguh dia rindukan itu semua.
Dia berjalan pantas mendekati Sofea.  Elok sahaja dia menghampiri Sofea, Sofea yang terlihat ke arahnya berasa cemas dan kaget.  Dia terus melepaskan kucing di dalam pelukkannya dan kucing parsi kepunyaan Rayyan itu berlari meninggalkan mereka.  Seakan-akan tahu sahaja dia perlu memberi ruang kepada tuannya untuk bersama dengan Sofea.
“Kenapa awak lepaskan comel?”  nama kucing parsi kesayangannya itu ialah comel.
“Awak dah balik?”  suaranya kelihatan gugup sahaja.
“Maaf sebab main dengan comel..”  tiba-tiba sahaja dia meminta maaf kepada Rayyan dengan rasa gelisah.
Rayyan berasa hendak ketawa sahaja.  Dah kenapa dengan Sofea yang tiba-tiba meminta maaf kepadanya kerana bermain dengan comel.  Baginya apa kepunyaannya adalah kepunyaan Sofea juga.
“Awak nampak macam tak sihat je ni?  Awak demam ke?”  dia menyentuh dahi Sofea namun dengan cepat, Sofea menangkis tangan Rayyan dan membuatkan wajahnya  berubah terus.
“Sofea saya tak faham kenapa sejak akhir-akhir ni awak macam nak mengelakkan diri daripada saya.  Apa yang saya dah buat kepada awak.  Awak masih marahkan saya kerana beritahu mengenai perkahwinan kita kepada Afiq..?”
Sofea tidak memberi sebarang reaksi.  Wajahnya nampak kusam sahaja dan dia juga nampak seperti tidak mahu membicarakan hal ini lagi.  Baru sahaja dia mahu beredar pergi, Rayyan menarik tangannya dan memegang dengan erat.  Bagi Rayyan jika mereka tidak terus berbincang masalah ini tidak akan selesai.  Dia hanya mahukan hubungan mereka semakin pulih itu sahaja.
“Sofea kalau awak masih marahkan tentang hal yang lepas saya minta maaf.  Okay saya mengaku saya tak patut buat keputusan sendiri.  Saya minta maaf”
“Awak tahukan saya baru sahaja kehilangan kedua ibu bapa saya.  Awak tak rasa apa yang saya rasa ketika ini.  Saya nak balik ke rumah tapi awak tak benarkan.  Awak jadikan atuk sebagai alasan awak.  Saya hanya nak balik ke rumah keluarga saya.  TAKKAN TU PUN AWAK TAK BENARKAN!”  secara tiba-tiba dia meninggikan suara kepada Rayyan kerana dia terlalu melayan perasaan amarahnya sahaja ketika itu.  sehinggakan dia tidak dapat membezakan status lelaki itu dalam hidupnya.
Rayyan mengangguk perlahan.  Jadi kerana dia tidak membenarkan Sofea pulang ke rumah keluarga gadis itu kerana itu Sofea naik angin dan bersikap dingin dengannya sepanjang minggu ini.  Kini dia mengerti kenapa gadis itu seperti itu.
“Bukan saya tak nak awak pulang ke rumah awak sekarang, saya hanya tak mahu awak tinggalkan saya…saya tahu dengan sikap dan layanan awak terhadap saya sekarang saya yakin kalau saya benarkan awak pulang awak tak akan pulang ke Villa lagi kerana itu saya mahu hubungan kita pulih semula…”
“Shahril perlukan saya sekarang ni.  Dia lebih memerlukan saya.  Saya tak mahu abaikan kembar saya.  Hanya dia yang saya ada di dunia ini.  Saya hanya ada dia..”  suaranya meredam dan air matanya mulai berkaca-kaca.
“Kalau dia memerlukan awak, bagaimana dengan saya?  Saya juga perlukan awak di sisi saya…”
“Awak pentingkan diri sendiri Rayyan!  Bukan saya seorang sahaja yang awak ada..awak masih ada atuk awak..awak masih ada Encik Solihin.  Ya saya tahu awak dah kematian orang tua awak dahulu tapi awak masih ada mama awak.  Awak juga pentingkan diri sendiri dan tak mahu memberi peluang kepada mama awak.  Awak ingat saya tak tahu yang selama ini awak pernah menghubungi mama awak tanpa pengetahuan atuk.  Bila awak kehilangan mama awak barulah awak akan menyesal dan ketika itu awak akan sedar yang awak dah tak ada saudara kandung..”  selepas dia menghabiskan kata-katanya dia meninggalkan Rayyan yang dalam keadaan terkejut itu.  Dari mana Sofea tahu mengenai mamanya.  Sofea pernah mengintipnyakah.
Ya Allah, apa dugaan yang Kau berikan kepada aku lagi. 
Dia sedar walaupun dia menghalang, Sofea tetap akan pulang ke rumah keluarganya.  Dia tidak mahu dosa Sofea bertambah kerana egonya.  Sewaktu dia melihat Sofea sedang mengemas pakaiannya, dia membenarkan Sofea pulang tetapi dengan bersyarat.  Sengaja dia membuat syarat seperti itu kerana dia tidak mahu atuk mengetahui masalah yang sedang mereka berdua hadapi sekarang.  Walaupun Sofea kurang senang dengan syarat Rayyan dia terpaksa menerimanya dan apa yang penting dia dapat menemui Shahril.

RAHSIA KAMIWhere stories live. Discover now