BAB 29

304 5 0
                                    

H
AMPIR dua hari dia mengambil cuti dan pagi itu dia telah bersiap ingin ke tempat kerja.  Kasihan pula abang Alan yang kekurangan pekerja itu.  Hampir dua hari jugalah dia dan Sofea berada di rumah keluarga Sofea.  Sofea masih mahu bersikap dingin dengannya apabila Encik Solihin dan Shahril tidak berada berdekatan dengan mereka.  Dia tidak tahu bagaimana untuk dia memulihkan keadaan mereka berdua.  Dia merindui gelak tawa Sofea.  Dia merindui itu semua tetapi dia tidak tahu sampai bila Sofea akan melayan dia seperti itu.  Dia rindukan Sofea yang dahulu.  Sofea yang suka merajuk dan suka rajuknya dilayan.
Ketika dia ingin berangkat pergi dia melihat Sofea sedang duduk termenung di tingkap bilik mereka.  Dia ingin mendekati dan memberitahu yang dia ingin bergerak ke tempat kerja sekarang.  Namun niatnya terhalang.  Sofea mungkin tidak akan mengendahkannya.  Daripada dia disakiti lebih baik dia pergi sahaja tanpa memberitahu kepada Sofea.

SELEPAS bercakap dengan ayahnya, Aliff meneruskan kerja di Bakery’s made in home.  Dia tidak tahu kenapa sudah lama Sofea tidak masuk kerja.  Dalam masa itu dia cuba menghubungi Sofea dan kebingungan setiap panggilannya tidak diendahkan.  Apa yang telah berlaku kepada Sofea.  Dia tidak menghadirkan diri ke tempat kerja tanpa sebarang pemberitahuan.  Sudah berkali-kali dia mencipta alasan kepada ayahnya mengenai ketidak hadiran Sofea ke tempat kerja.  Dia tidak mahu Sofea dihentikan kerja seperti itu sahaja.
Mungkin Sofea sedang dalam kesusahan.  Mungkin keluarganya ditimpa dengan pemiutang lagi.  Dia tahu mengenai kedua-dua ibu bapa Sofea yang kerap berhutang.  Selepas habis waktu bekerja dia ingin menemui Sofea di rumah untuk mengenal pasti kenapa Sofea sudah lama tidah menghadirkan diri ke tempat kerja.
Jam telah menunjukkan pukul lima petang dan Aliff bergerak pulang dahulu dan dia terus memandu kenderaan milik keluarganya ke rumah keluarga Sofea.  Setibanya di sana dia terus menemui Shahril.  Kedatangan dia di situ mengejutkan Shahril. 
“Sofea ada?”  tanya Aliff terus.
“Dia dah lama tak ke tempat kerja..”
“Tempat kerja?”  Shahril mengerut dahi.  Sofea bekerja ke?  Dia sendiri tidak tahu yang kembarnya itu perlu bekerja.  Sedangkan Rayyan tidak membenarkan dia bekerja.  Ada sesuatu yang tidak kena.
“Sekejap aku panggilkan dia”  Shahril menyuruh Aliff menunggu di ruang tamu seketika sementara dia memanggil Sofea di atas.  Kelam kabut Sofea mencari pakaian yang sesuai.  Takkan nak pakai dengan berseluar pendek seperti ini.  Selepas memilih pakaian yang sesuai dia turun ke bawah.  Shahril membuatkan air untuk tetamu mereka.
“Awak tak apa-apa ke?”  tanya Aliff terus dengan rasa risau apabila melihat wajah sahabatnya itu.
“Maafkan saya..saya lupa nak beritahu yang orang tua saya dah meninggal seminggu yang lepas…”
“APA?!” tersentak mendengar berita itu dia terus mengucap panjang.  Dia sendiri tidak tahu mengenai hal ini.  Sungguh kalau dia tahu dia akan datang menziarahi keluarga Sofea.
“Kenapa awak tak beritahu hal yang penting ini kepada saya.  Saya langsung tak tahu apa-apa.  Patutlah awak dah lama tak datang kerja..”
“Maafkan saya sebab tak menghubungi awak.  Saya masih dalam keadaan tidak stabil untuk memberitahu kepada sesiapa pun.  Saya nak minta maaf sebab cuti tanpa memberitahu kepada pak cik.  Esok saya akan sambung kerja semula.  Ermm, pak cik mesti marah dengan sayakan.  Saya minta maaf sekali lagi sebab mengkusutkan keadaan..”
“Sofea awak patut menghubungi saya.  Saya risau akan awak tahu tak?”  Aliff memandang wajah pucat Sofea tanpa sebarang bedak di mukanya.  Dia melihat wajah kesayangannya itu.  Ya dia menyukai Sofea selama ini dan dia tidak tahu bagaimana ingin memberitahu kepada Sofea mengenai perasaannya.
Mungkin sekarang bukan masa yang sesuai.  Dia mengeluh kecil.  Shahril hadir dengan segelas air limau sanquick dari kotak dan dia meletakkan di hadapan Aliff.
“Minumlah…”  pelawa Shahril dan duduk di situ juga.  Dia tidak merasa untuk membiarkan Sofea dan Aliff berdua sahaja di ruang tamu.  Sekarang dah pukul enam, mana nak tahu sekejap lagi Rayyan pulang dari kerja dan melihat Aliff di situ berdua dengan Sofea.  Nanti jadi masalah pula.
“Macam mana mereka boleh meninggal?”
“Ayah tak dapat mengawal kenderaan, dan menyebabkan kereta masuk gaung dan terus ke tasik.  Waktu itu hujan lebat”  beritahu Shahril ringkas.
“Ouhh.  Aku tak tahu apa-apa mengenai hal ini.  Aku minta maaf.  Salam takziah aku sampaikan”
Shahril menoleh ke arah Sofea yang kelihatan tidak suka dia berada di situ.  Biarkan.  Dia tidak mahu mereka berdua berborak dengan lebih rancak dan dia nak sangat tahu Sofea bekerja di mana?  Kerana dia sendiri tidak mengetahui di mana Sofea bekerja.  Sedangkan dia sendiri pun tidak tahu masakkan Rayyan tahu di mana isterinya itu bekerja dalam diam.
Urghh, Sofea kenapa bersikap seperti ini.  Dia bekerja tanpa keizinan Rayyan bukankah itu perkara yang dilarang dalam perkahwinan.  Dia membuat sesuatu tanpa keizinan suaminya sendiri.  Dia pula berasa geram dengan kembarnya itu.
Hampir 20 minit selepas itu, Aliff meminta diri untuk pulang.  Perasaan lega Shahril kerana, Aliff pulang sebelum Rayyan pulang.  Nanti apa pula yang Rayyan fikirkan jika dia melihat Aliff berada di situ dan dia sendiri tahu bagaimana rapatnya hubungan antara Sofea dan Aliff dari sekolah dahulu.
Jam hampir menunjukkan jam tujuh malam dan kemudian Rayyan pulang bersama-sama dengan Encik Solihin.  Sofea menghilangkan diri dan memerapkan dirinya di dalam bilik kedua-dua ibu bapanya.  Dia malas ingin menyambut kepulangan suaminya itu dan tidak berasa untuk mengetahui bagaimana hari lelaki itu.
“Aku rasa kau kena bawa Sofea pulang ke Villa semula.  Keadaan dia macam ni buatkan kita semua jadi tak tenang.  Dia asyik nak memerapkan diri dia di dalam bilik ibu dan ayah dan aku tak nak sikap dia terus macam tu”  pesan Shahril yang semakin tidak selesa dengan sikap Sofea.  Semakin lama dia tinggal di sini semakin aneh sikapnya.  Bercakap seperti kedua-dua orang ibu bapa mereka masih wujud di rumah itu.  seakan-akan misteri sikap Sofea.
Rayyan akan cuba memujuk Sofea balik ke Villa semula kerana dia pun tidak mahu atuk tinggal bersendirian di situ.
Kemudiannya dia menuru ke tingkat atas dan terus ke bilik orang tua mentuanya dan mendapati Sofea sedang mengemas bilik itu walaupun bilik itu sudah pun terlihat kemas.  Sofea nampak biasa sahaja.  Dia masuk ke dalam dan berdiri di belakang Sofea yang sedang terbongkok-bongkok membetulkan cadar tilam.
Matanya sayu melihat Sofea.  Benar, dia benar-benar merindui isterinya itu.  Tetapi dia tidak tahu bagaimana mahu memulakannya.  Dia inginkan Sofea memberi perhatian kepadanya.  Dia inginkan Sofea memeluknya apabila dia keresahan.  Dia inginkan Sofea kembali tersenyum dan merenung matanya.  Tapi apa yang harus dia lakukan?
Sofea memusingkan tubuhnya ke belakang dan tersentak apabila melihat Rayyan berada di situ.  Bingung dia seketika apabila melihat suaminya itu nampak kesedihan sahaja.  Sebenarnya dalam masa yang sama dia juga inginkan hubungan mereka berdua pulih tetapi mungkin kerana perasaan egonya yang menyebabkan dia seperti itu.
Tetapi dia juga tidak faham kenapa dia mahu menyalahkan Rayyan jika kedua-dua orang tuanya meninggal.  Bukan Rayyan punca kematian orang tuanya.  Dia hanya menerima tekanan emosi.  Dia masih belum bersedia untuk tinggal jauh dengan orang tuanya.  Dia masih terlalu muda untuk kehilangan ibu bapanya.
Mungkinkah sebenarnya dia masih marah kepada Rayyan kerana lelaki itu telah membongkarkan perkahwinan mereka kepada Afiq.  Sampai sekarang dia malu untuk bertemu dengan Nad dan Afiq.  Mereka berdua berterus-terang mengenai perkahwinan mereka kepada Rayyan dan juga dia.  Tetapi kenapa dia tidak berani untuk berterus-terang.  Adakah maruahnya lebih penting daripada itu semua.
Lama mereka berdua berdiri secara berhadapan seperti itu.  masing-masing tidak tahu ingin berbicarakan apa.  Namun Rayyan lebih menampakkan yang dirinya mahu Sofea berkata sesuatu kepadanya dahulu.
“Awak dah makan?”  dan itu adalah ayat pertama yang keluar daripada mulut Sofea.  Rayyan berasa sedikit gembira dengan pertanyaan itu.
Dia mengeleng kepala perlahan.  Matanya masih merenung wajah Sofea.
“Saya ada masakkan lauk tadi.  Shahril dah makan dahulu sebab sekejap lagi dia nak pergi kerja.  Saya akan panaskan makanan untuk awak…”  dia berura-ura ingin keluar dari bilik itu, namun kemudian dia merasakan ada sesuatu yang menarik tangannya dengan cepat dan elok sahaja dia tersedar wajahnya sudah disembamkan ke dada Rayyan.
Rayyan sedang memeluk tubuhnya dengan sangat erat.  Dia membiarkan Rayyan memeluknya dan mengemaskan pelukan.  Dia tahu yang lelaki itu sedang merindui dirinya yang dahulu.  Jadi dia membiarkan sahaja hampir tiga minit dia berada di dalam pelukan suaminya dan kemudian dia sendiri menolak tubuh Rayyan perlahan dan wajahnya disorokkan daripada pandangan mata Rayyan.  Dia keluar dengan cepat dan meninggalkan Rayyan bersendirian di atas.
Selepas menghidangkan makanan untuk Rayyan dan Encik Solihin, Sofea ke ruang tamu untuk menonton televisyen bersendirian.  Kemudiannya selepas Shahril ke tempat kerja, Sofea naik ke atas membiarkan Rayyan dan Encik  Solihin mencuci pinggan dan gelas di dapur.
Rayyan mengambil peluang  untuk mengajak Sofea pulang pada petang esok.  Dia yakin yang hubungannya dan Sofea telah pulih melalui pelukan tadi.  Itu yang difikirkannya.
Sofea sedang melipat baju di dalam biliknya dan kemudian Rayyan duduk berdekatan dengan Sofea.  Menolong Sofea melipat kain juga.
“Sofea saya nak cakap sesuatu dengan awak”  Rayyan memulakan bicara.
“Apa?”
“Kita balik esok nak tak.  Lagipun atuk tinggal bersendirian.  Memanglah ada pembantu rumah tapi dia mungkin mahukan cucu-cucu dia ada di samping dia..”  Rayyan mencipta alasan yang bernas.
“Erm, saya pun fikirkan hal yang sama.  Baiklah esok kita balik.  Saya nak balik selepas subuh esok pagi..”
Selepas subuh.  Awalnya nak balik.  Dia baru ingat nak ajak balik petang selepas dia balik dari tempat kerja.
“Herm okay”  dah Sofea elok sahaja nak bersetuju hendak balik lebih baik dia pun ikutkan sahaja.  Buatnya Sofea tak mahu balik bagaimana?
Selepas mengemas beg mereka Sofea bercadang ingin tidur awal pada malam itu.  Dia terlebih dahulu membaringkan diri di atas katil selepas menyapu losyen di tubuhnya.  Bau haruman losyen yang dipakai oleh Sofea membuatkan Rayyan tidak dapat melelapkan matanya.  Dia sedang berada di sebelah isterinya yang berbaring membelakanginya.  Tetapi dia langsung tak dapat melakukan apa-apa.
Dia ingin memeluk isterinya ketika itu juga namun dia takut jika Sofea tidak menyukai sikapnya.  Bagaimana jika Sofea menolaknya.  Dilihat jam di telefon bimbit sudah pun menunjukkan pukul 11 malam.  Matanya belum lagi mengantuk.  Dia tidak tahu sama ada Sofea sudah tidur atau pun belum.
Jantungnya semakin laju berdegup.  Ketika dia mengiring ke arah Sofea dia memerhati rambut Sofea yang panjang dan berbau harum itu. 
Arghhhh!
Dia cuba untuk mengabaikannya namun dia tidak mampu.
“Sofea awak dah tidur?”  tanyanya berhati-hati.
Senyap tanpa balasan.
Rayyan meneletangkan dirinya semula dan melihat permukaan syiling.  Peluh kecil merenik di dahinya dan juga lehernya.  Kenapa malam ini dia berasa cemas dan gementar.  Dia pantas bangun dan menguatkan jumlah angin kipas kepada    nombor  tiga.  Lama dia duduk di kipas dan kemudian dia memandang ke arah Sofea yang kelihatan sedikit sejuk itu.  Kuat sangat ke kipas ni.  Dia memperlahankan semula dan duduk di birai katil.
Dia termenung kecil mengenangkan sesuatu.
Haih, apa yang aku nak buat ni untuk hilangkan perasaan cemas ni.  Kemudian dia menoleh ke arah Sofea.  Kalaulah Sofea memberi tanda-tanda mungkin sekarang dia tidak perlu bersikap seperti ini.
Akhirnya dia membuat keputusan untuk solat tahajud pada malam itu kerana dia tidak dapat melelapkan matanya.

RAHSIA KAMIWhere stories live. Discover now