Bab 30

298 5 0
                                    

K
ETIKA itu hanya dia seorang sahaja yang berada di dalam bilik rawatan.  Dia berasa badannya sangat lemah dan doktor menyarankan tubuhnya dimasukkan air tambahan.  Jadi dia terpaksa tinggal di hospital dahulu untuk pemeriksaan lanjut.  Dia juga telah menerima berita yang dia sendiri tidak tahu mahu meraikan ataupun tidak.  Doktor telah mengesahkan yang dia kini hamil sudah hampir tiga minggu.
Patutlah tarikh periodnya lambat.  Jadi harapan atuk untuk memiliki cicit akhirnya telah dimakbulkan.  Tapi kenapa dia tidak gembira dengan berita ini sedangkan sebelum ini, ia adalah harapannya dengan Rayyan.  Patut tak dia beritahu berita ini kepada Rayyan.  Mereka masih terlalu muda untuk memiliki anak tapi mungkin ini adalah rezeki mereka berdua.
Ketika dia sedang dimasukkan air, Rayyan datang dengan membawa bubur ayam dan juga minuman.
“Mari makan ni dahulu.  Awak mesti laparkan..”  kata Rayyan dan dia membuka penutup mangkuk bubur.  Bubur masih lagi berasap-asap.  Kemudian dia membangunkan Sofea dari pembaringan.  Sofea menurut sahaja kerana dia pun berasa lapar.
“Macam mana sedap tak?”  tanya Rayyan.
Sofea mengangguk setelah menerima suapan pertama.  Rayyan sendiri yang mahu menyuapkan Sofea.
Dalam masa yang sama, muncul sesuatu di hati Sofea.  Hatinya sedikit tersentuh dengan kebaikkan lelaki itu.  layanannya dan juga kasih sayang yang diberikan kepada Sofea tidak pernah putus.  Apa yang Sofea buat dia tetap bersabar sahaja.
Sofea pula yang berasa sedih kerana dia bersikap acuh dan tidak acuh sahaja dengan suaminya itu.  Dia terpandang balutan di tangan Rayyan.  Dia masih tidak tahu apa yang telah berlaku kepada suaminya itu sehingga dia menerima balutan di tangan.  Dia tercederakah?
“Awak kenapa dengan tangan tu?”  akhirnya dia memberanikan diri untuk bertanya.
“Ouh ini..”  Rayyan tersenyum kecil.  Risau juga Sofea kepadanya ingatkan dah nampak tangan berbalut macam ni tak nak ambil tahu.
“Saya kena air panas kat tempat kerja tadi..”
Sofea diam seperti memikirkan sesuatu kerana dia tidak tahu membalas apa.
“Lain kali berhati-hati…”  hanya itu sahaja yang mampu Sofea ungkapkan.
Bubur sudah separuh luak dan Sofea sudah tidak mahu menghabiskan bubur itu apabila dia teringatkan kejadian di bakery tadi.  Rayyan nampak dia berada di situ dengan memakai apron tapi kenapa sampai sekarang lelaki itu tidak berkata apa-apa.  Atau adakah kerana dia sakit begini dan Rayyan tidak mahu mempersoalkan apa-apa.  Herm..
“Air?”  Rayyan membukakan minuman untuk Sofea dan Sofea meminum sedikit.
“Awak tak sambung kerja ke?  Awak ada dekat sini nanti boss awak marah”  kata Sofea.
“Saya dah beritahu hal yang sebenar kepada abang Alan.  Saya cakap ada emergency kes dan dia terus benarkan saya.  Kami mempunyai hubungan yang sangat baik.  Sekarang ni saya kena tumpukan kepada awak.  Awakkan tak sihat.  Lagipun sekejap lagi awak dah boleh balik..”
Kenapa?  Kenapa sampai sekarang Rayyan tidak mahu bertanya kenapa dia boleh berada di bakery itu.  Kenapa lelaki itu nampak macam tak kisah.  Dia hendak bertanya tetapi dia mahu Rayyan bertanya dahulu dan kemudian dia akan memberi alasan kepada lelaki itu.
“Doktor ada cakap apa-apa tak lagi?”  Rayyan menyoal.
“Dia hanya mahu saya jaga kesihatan sebab air tak cukup dalam badan saya.  Itu sahaja”  beritahunya dan dia  masih mahu merahsiakan berita mengenai kehamilannya daripada Rayyan.
Rayyan sekadar mengangguk dan dia juga tidak mahu bercakap banyak.
“Sekarang ni awak berehat dahulu.  Saya ada benda nak buat.  Pukul lima nanti saya datang balik..awak berehat ya..”  dia menyapu rambut Sofea ke tepi dan pantas mengucup dahi Sofea cepat.  Sofea tersentak dengan kucupan di dahinya.  Dia merasakan ada yang tidak kena pada Rayyan.  Lelaki itu selalu mengukir senyuman kepadanya tetapi dia tidak tahu apa yang berada di dalam hati lelaki itu.
Selepas Rayyan pergi dia bercadang ingin tidur seketika.

“DIA  isteri aku..”  masih terngiang-ngiang di telinga Aliff setelah Rayyan memberitahu hal yang sebenarnya kepada dia sewaktu mereka berdua berada di hospital semasa Sofea sedang menerima rawatan.
Aliff sendiri berasa sangat terkejut dengan berita itu.  Dia berasa sangat kecewa dengan berita itu.  Gadis yang diminatinya telah pun berkahwin.  Mujurlah dia belum sempat meluahkan perasaannya kepada gadis itu.  Jika tidak pasti dia akan malu besar dengan dirinya sendiri.  Dia sedang meluahkan perasaan kepada gadis yang telah berkahwin.  Dia berasa dirinya bodoh kerana tidak tahu apa-apa mengenai gadis itu.  Dia fikir mereka rapat dan Sofea selesa dengannya membolehkan gadis itu akan menerimanya jika dia meluahkan perasaan kepada Sofea.   Namun semua itu tidak mungkin akan berlaku.  Dia merasakan dirinya sedang ditipu. Dia benar-benar kecewa.  Luluh hatinya ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu.
Tanpa melihat keadaan Sofea dia bercadang ingin balik sebelum Sofea pulih.  Hatinya sedang terseksa dengan penipuan gadis itu.
Sampai sahaja dia di bakery akaknya Lisa terus menerpanya.
“Macam mana dengan Sofea dia tak apa-apa ke?”  tanyanya dengan rasa sedikit risau dan ingin tahu.
“Entah saya tak tahu kak.  Saya hantarkan je..”  jawabnya acuh tak acuh seperti orang yang tidak ada perasaan.  Hairan Lisa dengan jawapan yang diberikan oleh adiknya  itu.  Kenapa dengan Aliff?  Bukan ke mereka berdua kawan baik dan dia tahu yang adiknya itu menyukai Sofea.  Kerana bila di rumah Aliff sering menyebut nama Sofea.  Sofea itu dan Sofea ini.
Hai dah kenapa dengan adiknya seorang ini? 
Lisa membiarkan sahaja adiknya dengan wajah kesedihan itu.

RAHSIA KAMIWhere stories live. Discover now