Bab 31

293 4 0
                                    


S
OFEA menyedari sejak akhir-akhir ini, Aliff kelihatan mahu menjarakkan diri daripadanya.  Mungkin Aliff telah mengetahui segala-galanya.  Ya mengetahui yang dia telah pun berkahwin.  Dia tahu yang Aliff menyimpan perasaan kepadanya.  Dia hanya berasa serba salah kerana tidak berterus-terang dengan lelaki itu.
Walau bagaimanapun dia tetap berusaha mahu bercakap dengan Aliff walaupun lelaki itu sering memberi alasan untuk menjauhkan diri.  Sofea bercadang mahu berhenti kerja dan dia akan menghabiskan dalam masa sebulan ini sahaja.  Tidak ada apa lagi yang harus dia lakukan.  Dia mahu mempunyai masa untuk bersendiri dan menjenguk kembarnya di rumah.  Dia tahu di saat ini kembarnya itu pasti kesunyian.
Bayangkan bangun pagi, tiada bau sarapan pagi yang dimasak oleh ayah.  Tiada kedengaran mulut ibu membebel dan tiada bunyi mesin basuh di luar.  Pergi kerja rumah akan dikunci.  Balik dari kerja tiada seorang pun yang berada di rumah.  Dia kasihankan kembarnya itu yang terpaksa hidup sendiri tanpa keluarga di sisi.
Apalah yang dimakan oleh Shahril.  Cukupkah makanan di rumah.  Dia tahu Shahril pasti membeli makanan bungkus dan makan di rumah.  Mungkin jiran mereka ada juga menghantar makanan kepada Shahril setelah mengetahui yang Shahril hidup sebatang kara.  Mereka juga mungkin menyangkakan yang Sofea tinggal dirumah saudara mereka dan bekerja di bandar.  Itu yang mereka fikirkan selama ini.
Mungkin Shahril tak pernah bersungut apa-apa pun kepadanya.  Kembarnya itu lebih kuat daripadanya.  Dia lebih tabah dan cara pemikirannya juga matang.
Dia terlihat Aliff yang keluar dari pintu belakang.  Dia pantas ke belakang juga kerana dia ingin bercakap dengan lelaki itu dan menyelesaikan masalah mereka.
“Aliff!  Tunggu!”  dia memanjangkan langkahnya dan menahan lelaki itu daripada pergi.  Sekarang waktu rehat dan lelaki itu pasti mahu membelikan makanan.
“Kenapa?”  Aliff seperti biasa sahaja walaupun dia telah berusaha menjarakkan dirinya dengan Sofea namun gadis itu tetap mahu rapat dengannya.
“Awak marah saya lagi ke?”
“Marah untuk apa?”
“Saya tahu saya tak patut rahsiakan apa-apa daripada awak..”
“Saya pun fikirkan hal yang sama.  Mungkin saya fikir kita rapat tapi sebenarnya tak berapa sangat.  Awak pun mesti ada alasan kenapa awak merahsiakan perkahwinan awak daripada saya.  Awak kena tangkap basah ke?”  selamba Aliff menabur fitnah.  Wajahnya nampak biasa sahaja.
“Saya minta maaf.  Saya patut berterus-terang dengan awak dari dulu lagi”
“Ya dan saya rasa memang betul apa yang awak fikirkan.  Memang daripada dulu lagi awak patut berterus-terang dengan saya.  Bukan merahsiakan hal ini.  Awak tahu, ya saya anggap awak tahu dan awak sedar bagaimana layanan saya terhadap awak selama ini.  Saya sukakan awak.  Tapi perasaan suka tu bertukar kepada menyampah pula, dan saya risau silap hari bulan ianya akan bertukar kepada benci”
Sampai begitu sekali Aliff memperlakukannya.  Ya, salahnya juga kena mahu terus merahsiakan hal ini daripada Aliff.
“Awak tahu saya malu dengan perasaan saya sendiri.  Saya pernah beritahu perasaan saya terhadap awak kepada Rayyan.  Macam-macam yang saya ceritakan kisah awak kepada dia.  Saya malu dengan awak dan saya malu dengan Rayyan.  Sampaikan saya malu untuk menemui dia sebab saya simpan perasaan kepada gadis yang salah.  Saya simpan perasaan terhadap seorang gadis yang telah berkahwin…”
Sofea terpempam dengan kata-kata Aliff.  Dia nampak air muka Aliff yang nampak tidak tenang.  Dia bersalah dalam hal ini dan dia malu untuk meminta maaf buat kali yang entah keberapa kalinya.  Dia telah menghampakan perasaan lelaki itu.
“Dah lah, saya tak tahu nak cakap apa entah.  Mungkin perkahwinan awak ni, awak nak terus rahsiakan daripada akak dan ayah saya tapi lambat laun mereka berdua akan tahu…awak pun dah menghancurkan hati saya.  Seberapa banyak pun luahan hati saya kepada awak tapi awak tetap tak akan boleh menerima saya.  Saya bukan bodoh nak menghasut awak untuk berpisah dengan Rayyan…apa yang saya nak sekarang ialah saya buat hal saya dan awak buat hal sendiri.  Saya tak mahu akak Lisa terus skandalkan saya dengan gadis yang dah berkahwin.  Saya bukan perosak rumah tangga orang”
Sofea menundukkan matanya.  Dia  berasa sedih dengan kata-kata lelaki itu.  Dia telah kehilangan sahabatnya sendiri.  Dia yang merosakkan perhubungan ini.  Tak guna jika dia mengalirkan air mata di hadapan lelaki itu.  Tidak akan mengubah apa-apa pun.  Dia kena tanggung sendiri perbuatannya. 
Aliff sudah jauh dari pandangan matanya.  Dia tidak dapat memujuk lelaki itu untuk memaafkannya.  Hati lelaki itu telah dia sakiti.

RAHSIA KAMIWhere stories live. Discover now