twenty eight°

1.4K 175 46
                                    


Minhee's pov

"Felix, tunggu sini jap eh. Saya nak pergi tandas." ucapku sebelum meninggalkan Felix di perhentian bus.

Aku mengatur langkah ke tandas dengan pantas. Ketika perjalanan ke tandas, naluri aku kuat mengatakan seolah-olah ada manusia yang mengekori aku. Oleh itu, aku mempercepatkan langkah ke tandas.

Setelah melepaskan hajat, aku keluar daripada tandas dan memerhati sekeliling. Aku yakin, ada orang yang asyik ekori aku dari pagi tadi. Apa yang dia nak do?

Apapun aku terus melangkah keluar dari perkarangan sekolah dan menuju ke perhentian bas.

Aku dan Felix duduk di perhentian bas. Memandangkan cuaca mendung sejak pagi tadi, Felix ajak aku naik bas untuk balik ke rumah.

Beberapa minit kemudian, aku ternampak Jeno dan Soeun yang berlari keluar daripada perkarangan sekolah.

Aku mengerutkan dahi. Asal diaorang lari macam kena kejar ngan hantu je?

Ah pape jelah. Yang aku nak kisah sangat buat apa? Aku mengalihkan pandangan ke hadapan semula.

Lebih kurang dalam 15 minit menunggu, akhirnya bas tiba. Aku dan Felix masuk ke dalam bas.

Aku duduk di bahagian tepi tingkap. Tempat favourite aku.

Seperti yang dijangkakan, hujan mulai turun membasahi bumi. Nasiblah aku ikut cakap Felix, tak jalan kaki. Kalau tak memang habis basah lencun.

✦-

No one pov

"Dia naik bas tadi." ucap perempuan tersebut.

"Ahahahah bagus. So kau dah buat apa yang suruh?" perempuan itu mengangguk.

"Kau akan buat rancangan tu ke? Tapi rancangan ni akan libatkan ramai orang yang tak bersalah.." ujar perempuan itu, serba salah dengan tindakan Yujin itu.

Yujin tersenyum sinis. "Aku tak sekejam tu and don't worry. Aku akan jamin accident kali ni takkan teruk sangat ahaha. Mungkin cuma anggota badan jadi cacat?" Yujin bermain dengan rambutnya sebelum gelak sepuasnya.

"Erm.. geurae."

✦-

"Minhee-ah, esok awak free tak?" Felix menyoal Minhee disebelahnya yang sedang termenung.

"Emm free je. Wae?" soal Minhee.

"Jom tengok wayang?" ajak Felix.

"O- okayy. Kita berdua je?" soal Minhee.

Felix mengangguk malu sambil tersenyum. 

"Jangan-jangan Felix suka aku?" Minhee bermonolog di dalam hatinya. Dia risau sekiranya tekaan dia tepat.

Tiba-tiba satu bunyi hon yang kuat menarik perhatian semua penumpang dalam bas itu termasuk mereka.

Hanya dalam sekelip mata, bas yang dinaiki mereka terbalik dan terbabas ke bahagian kiri jalan raya.

✦-

Nct dream, Soeun dan keluarga Minhee sedang menunggu di luar bilik wad kecemasan. Masing-masing berdoa untuk keselamatan Minhee.

Tiba-tiba Felix muncul dalam keadaan masih cedera parah. Dia menuju ke arah wad kecemasan dengan menggunakan kerusi roda.

straight. nct dreamWhere stories live. Discover now