2

5.1K 580 15
                                    

Seperti biasa, aku lalu lagi jalan ni. Tangan aku penuh dengan luka kerana anak kucing semalam. Badan je kecil, tapi bila bab mengigit ni nombor 1.

Aku pandang ke bawah, aku rasa memang dah jadi kebiasaan untuk aku menunduk. Entah kenapa. Dekat sekolah aku tak macam ni. Rasanya kalau kat luar je aku sering pandang ke bawah ketika jalan sendirian.

Buk! Belok je selekoh, dah kena malang. Dahi aku.. Kau cium siapa pula kali ni. Kepala ku angkat. Terkejut aku bila aku terlanggar dada bidang milik seorang lelaki bertopeng mulut hitam.

Nampak seperti dia seorang remaja, mungkin tua beberapa tahun dari aku. Lantas aku meminta maaf dan menunduk. Menyedari kesilapan aku jalan tanpa melihat dengan betul.

Tiba tiba tangannya ke dahi aku. Macam terkena renjatan elektrik aku terus menepis tangannya.

"Sorry" ucapnya ringkas. Dengan pandangan yang pelik, aku meminta maaf sekali lagi dan beredar. Sebenarnya aku takut. Aku tak kenal dia, tiba tiba sentuh dahi aku. Dahla bertopeng, bertopi pula tu. Mata je yang nampak. Lagila aku takut.

"Wait!" Aku tahu dia panggil aku. Aku berhenti dan menoleh ke belakang. Plaster dihulurkan pada aku. Aku tak tahu kenapa dia nak bagi plaster. Pelik.

"For your hands" Dia capai tangan aku dan paksa aku ambil plaster itu. Ok ini pelik. Jap, dah berapa kali aku cakap dia pelik. Macam mana dia tahu tangan aku ada luka.

"Be careful" Dia kemudian beredar. Meninggalkan aku berdiri dihadapan cafe ini. Terpinga pinga dengan tindakannya.

 Terpinga pinga dengan tindakannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[Completed] Corner °Na JaeminWhere stories live. Discover now