BAB 43- Parah

210 38 4
                                    

"Kau pasti ke ini tempatnya, Kai?" Soal Hanbin bersama sepucuk pistol ditangannya dan terdapat beberapa buah kereta polis disitu

"Ye, budak perempuan tu yang mesej aku tapi dari apa yang dia mesej mereka di sebuah vila." Ujar Kai buatkan Hanbin diserang rasa hairan

"Ini gudang bukan vila."

"Tahu, apa kata suruh yang lain check gudang tu dan kita pergi ke belakang gudang, dia kata ada vila kat situ." Kai bersuara lagi, dan Hanbin mengangguk kepala.

× × ×

Bang... Bang...

Rapmon, Jhope, Jin, Yuju, Eunha dan Umji terkejut apabila terdengar bunyi dua das tembakan di tingkat atas pantas diorang ingin mendaki tangga tersebut namun kelihatan seorang lelaki berpakaian sweater hitam turun bersama sepucuk pistol di tangannya. Kaku statik mereka di tempat masing- masing namun mulut masih mampu bersuara.

"Jongmin?"

"Shit!" carut lelaki itu namun perlahan-lahan senyuman sinis terukir, pistol di hala ke salah seorang dari mereka. Terbeliak mata mereka yang lain ketika itu.

"Hmm, tak seronoklah kalau tengok yang lain cedera tapi korang tak. Takpe, aku bagi tk sakit pun cuma terseksa dan prlahan-lahan mati.Bukankah itu menyeronokkan?"  lelaki itu menyeringai dan bertindak melepaskan dua das tembakan sekali lagi

Bang... Bang...

"Rapmon!" Yuju hampir di tembak namun lelaki itu pantas menghalang dan terkena pada kakinya, dia mendengus kesakitan.

"Eunha!" jerit Jin yang terkilan saat gadis itu menolaknya dari di tembak, darah keluar membuak-buak di bahagian bahu. Sakitnya usah dikata!

Saat leka akibat risau akan yang lain, lelaki itu pantas menumbuk Jhope di dekat Umji sehingga terjatuh lalu mencekik Umji tanpa belas kasihan. Di fikirannya hanya fikir bunuh, bunuh dan bunuh sahaja.

"Yah, bastard!" jerit Jhope sambil memegang perutnya yang senak apabila menerima tumbukan padu secara tiba- tiba dari Jongmin itu

"Jong— min...,"

Bang...

Satu das tembakan dilepaskn, cekikkan Umji semakin longgar dan Jongmin terbaring kaku bersama darah yang mengalir di belakang badannya itu. Dua inspektor iaitu Kai dan Hanbin masuk bersama beberapa lagi pegawai polis, yang lain menarik nafas lega.

|SKIP|

[Situasi Di Hospital Berdekatan]

Nampaknya yang cedera ringan sudah mendapatkan rawatan. Masing-masing yang berada di luar Emergency Room mengeluh halus. Terfikir dugaan apakah ini yang mereka terima?

Exam bakal menjelma, yang lain ada yang kena tembak, cedera sana-sini. Aish!

"Sowon, Eunha, Jimin, Suga dan Rapmon masih dirawat lagi eh?" Soal Sinb secara tiba-tiba muncul bersama Yerin untuk menghentikan situasi heningan ini namun V, Jungkook, Jhope dan Jin hanya mengangguk kepala manakala Yuju dan Umji hanya mendiamkan diri sahaja. Kang Soo Ra, Han Soo In dan Choi Ha Ra sedang dirawat juga di soal siasat oleh polis malah di pantau utk pastikan tiada yg trauma atau masalah lain yang melibatkan mental namun tidak pada Choi Ha Ra, selepas keluar dari situ dia lebih memilih berdiam diri dan adakala dia akan menangis. Han Soo In, masih mampu menjawab soal siasat polis walaupun sepatah perkataan atau lebih yang akan di keluarkan, ada kemungkinan mental mereka masih belum pulih sepenuhnya. Diganggui atau terkenang betapa seksanya saat mereka diculik dengan lelaki itu.

[C] Fall In Love With Ghost?✔Where stories live. Discover now