thirty°

1.4K 178 55
                                    

last chapter :)

2 minggu kemudiannya, aku dibenarkan discharged dari hospital dengan kebenaran doktor.

Sejujurnya aku masih susah nak jalan, tapi aku merayu kat doktor Lee supaya dischargedkan aku hahaha. Siapa je suka stay kat hospital lelama? aku pun dah muak nak makan makanan hospital.

Tiba sahaja di rumah, aku dilawat oleh keluarga Felix aka jiran sebelah. Lama jugaklah diaorang datang melawat aku.

Aku yang sedang khusyuk mendengar perbualan eomma dengan parents Felix terganggu apabila mendapat satu mesej daripada Jaemin.

Aku tak dapat kawal lagi senyuman aku bila dapat mesej daripada Jaemin. Aku segera membaca mesej tersebut.

jaemin
aku ada kat luar rumah kau, keluar kejap boleh? aku ada benda nak sampaikan.

Terbeliak mata aku membaca mesej tersebut. Kat luar rumah? biar betul mamat ni. Dengan itu, aku pun skodeng melalui tingkap lalu menyelak langsir.

Memang betul dia ada kat depan rumah aku. Gulp. Aku pergi ke ruang tamu semula untuk bagitahu eomma setelah membalas mesejnya.

minhee
arraseo. tunggu jap.

"Siapa? siapa ada kat luar?" eomma menyoal aku dan ingin melihat ke luar. "Ehh haa Soeun! Soeun yang tunggu kat luar." aku pantas menghalang eomma yang ingin mengatur langkah.

Eomma memandang aku, pelik. "Yang kamu nak gelabah sangat kenapa?" soal eomma. Aku hanya tersengih lalu meminta izin daripada keluarga Felix untuk keluar sebentar.

"So... apa benda yang kau nak bagitahu aku tu?" aku memandang Jaemin.

Dia pula memandang bawah sambil berkata. "Aku cuma nak bagitahu yang aku ngan member nct dream lain akan berhenti sekolah."

Aku terkedu seketika. "B-berhenti sekolah?" Jaemin mengangguk.

"Oh ok. Kalau macam tu, kita semua boleh lepak kat café, bebila masa je yang korang free."

"Um, kita orang tak dibenarkan untuk keluar dengan sesiapa je kecuali dengan kebenaran manager." aku fed up setelah mendengar kata-kata Jaemin. "Oh.. jadinya, ni kali terakhir ke kita jumpa?" Jaemin hanya mengangguk.

Aku hanya tersenyum pahit. Aku baru nak berangan jadi girlfriend dia. Takpelah, biarlah aku berkorban untuk masa depan dia. Lagipun dia deserve perempuan yang lebih sesuai dengan dia.

"Aku tahu kau tak kisah pun pasal ni, tapi aku tetap nak bagitahu kau. Sebab tu la aku datang sini." sambung Jaemin.

damn. Siapa cakap aku tak kisah? aku tengah bersedih ni. Kau apa tahu hm.

"Btw, kau pulak nak bagitahu aku apa?" lamunan aku mati apabila Jaemin meyoal aku. "Err.. aku pernah cakap ke?" aku berpura-pura lupa tentang hal itu.

"Pernah, kat hospital. Kau dah lupa ke?" soalnya. Aku dapat melihat riak wajahnya yang tiba-tiba bertukar kecewa.

"Oh.. yang tu.." aku berusaha untuk memerah otak bagi memberi alasan yang sesuai.

Tujuan aku asalnya nak balas confess dia tapi bila dapat tahu aku dah takkan jumpa dia lagi, hm takpelah.

Tiba-tiba idea muncul dalam kepala otak aku. Syukurlah ada idea nak menjawab soalan maut tu.

"Oh sebenarnya, aku mimpi pasal kau time aku tengah koma haritu, dan aku cuma nak berterima kasih kat kau sebab muncul dalam mimpi aku. Kalau tak, aku mungkin dah takde sekarang ni hahaha." tak pasal-pasal aku selitkan lawak hambar.

straight. nct dreamWhere stories live. Discover now