8

4.1K 522 19
                                    

Hari ni dah 3 hari aku tak nampak dia dekat corner cafe tu. Lupa pulak, Jaemin namanya. Tertanya kemana dia menghilang. Bukan apa, baju dia aku dah cuci wangi wangi. Siap letak dalam beg hadiah lagitu.

"Nak tunggu ke tak" Aku berdiri di tempat yang dia selalu berdiri. Dua hari lepas aku tak tunggu pun. Balik je terus. Tapi kalini aku decide nak tunggu dia.

First, aku nak pulangkan baju dia balik. Second, aku tak sempat nak ucap terima kasih haritu. Dia terus hilang bila aku toleh belakang balik sebelum masuk ke dalam rumah. Niat nak berterima kasih, tapi dia lesap.

Third, aku nak balas jasa dia. Yelah dia dah selamatkan aku. Walaupun aku tak tahu apa niat dia selalu ikut aku, tapi dia tetap dah tolong aku. Takkan aku tak balas kebaikan dia. Sebab Jaemin dan kawan-kawan dia jugala, aku selamat dari dua orang tua gatal tu.

Parents aku tak tahu pasal kejadian itu. Appa kerja overseas. Omma tak ada dirumah waktu aku balik. Keluar beli barang dapur sambil ditemani oleh dongsaeng ku. Oppa? Lepak dengan kawan dia, sebab tu tak ada dirumah. Daripada susah susah bercerita, lebih baik aku rahsiakan. Aku juga tak nak mereka risau.

Jam dah menunjukkan pukul 5. Dah lewat sangat ni. Kaki aku pun dah lenguh berdiri. Dengan beg lagi kat belakang. Bukan tak nak masuk dalam cafe, tapi kalau masuk je tak minum, apa kata tuan punya kedai.

Lepas 20 minit, aku ambil keputusan untuk balik. Dalam fikiran aku masih tertanya kenapa dia tak muncul selepas selamatkan aku tempoh hari. Baju didalam beg hadiah aku tenung.

Tiba tiba, sebuah kereta hitam berhenti di sebelah aku. Keluar seorang lelaki dari tempat duduk belakang.

Terkejut aku bila yang keluar itu ialah Jaemin. Aku terpana dengan rupa parasnya. Kenapa baru sekarang aku perasan yang dia ni ada rupa paras yang baik. Dia kemudian datang mendekati aku dan membisikkan sesuatu.

"Don't wait, ok?" Dia menghadiahkan senyuman kemudian terus masuk balik ke dalam kereta dengan muka yang masam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Don't wait, ok?" Dia menghadiahkan senyuman kemudian terus masuk balik ke dalam kereta dengan muka yang masam. Aku tak tahu kenapa. Dia ada masalah ke?

"Wait Jae.." Kereta itu dipandu dan kembali bergerak di atas jalan raya. Belum sempat aku memangil, dia dah pergi.

Aku tak tahu kenapa, aku kecewa dan sedih. Keluhan berat dilepaskan.

[Completed] Corner °Na JaeminWhere stories live. Discover now