둘 ❀

1.2K 145 30
                                    

a/n:  double update, sbb aku rajin HAHA :p

8:44 am, gyungnam high school

"kau patut berterima kasih kat aku tahu tak." kata chaewon setelah menutup buku sejarah sebelum menghadap minhee disebelahnya.

flashback//

"oh haha tak ada apa la. tu kawan saya." balas chaewon, tersipu-sipu malu. jaemin hanya mengangguk.

"nama kawan awak minhee?" soal jaemin. "err nae.. kenapa?"

end of flashback//

"apahal pulak?" aku mengerutkan kening. "sebab.... jaemin nct dah notice kau!!!" jerit chaewon menyebabkan satu kelas memandang kami berdua.

aku menyorokkan muka aku disebalik buku teks sejarah. malu punya pasal. setelah yakin keadaan telah kembali seperti biasa, aku menjentik dahi chaewon. "kau ni waras lagi ke tak? yang duk terjerit macam monyet ni kenapa?"

chaewon memuncungkan bibirnya sambil menggosok dahinya perlahan. "appo.."

"tahu pun sakit. merepek la lagi." kata aku sambil menyelak halaman buku sejarah yang seterusnya.

"ish aku cakap benda betul apa! jaemin nct tu dah kenal kau.. sebab aku yang memperkenalkan kau kat dia tahu tak." kata chaewon dengan bangga.

aku mengerutkan kening. tchh- jaemin memang dah lama kenal aku. "ohh yeke?" chaewon mengangguk laju. "so?"

sekali lagi bibirnya memuncung. "semuanya atas jasa aku tau!" aku cuba menahan diri aku daripada tergelak.

"apa yang lawak?" jeling chaewon. "tak ada apa. yalahh, gomawo. disebabkan oleh kaulah jaemin nct tu kenal aku."

°˖✧◝ ◜✧˖°

"wehh tunggu aku! aku nak ikut gak." renjun menyarungkan kasutnya dengan pantas sebelum berlari masuk ke dalam van.

setelah dia masuk ke dalam van, renjun memandang jaemin dengan satu pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. hanya orang yang betul-betul rapat dengannya sahaja akan faham.

jaemin mengeluh. "aku dah suka orang lain." renjun memandang jaemin dengan tajam. "siapa?!"

"bae yejin." renjun terkedu. "member smrookies tu ke?" jaemin mengangguk perlahan.

"cepat betul hati kau berubah." jaemin tersenyum tipis mendengar kata-kata renjun. "biasalah, nama pun manusia kan."

"btw, kau rasa minhee suka siapa?" tanya renjun. jaemin terdiam. dia tiada idea tentang crush minhee. "siapalah agaknya lelaki bertuah di kalangan kita tu." kata jaemin.

renjun mencebik. "cakap pasal diri sendiri ke bang?" jaemin menggeleng. "tak mungkin aku. aku rasa sama ada mark hyung ataupun kau."

°˖✧◝ ◜✧˖°

"weh, petang ni lepak kat rumah aku jom?" pelawa dino setelah mengangkat kerusi kebelakang semata-mata nak menghadap minhee dan chaewon.

"aku on je." kata chaewon. aku berfikir seketika dan teringat akan sesuatu. "mana boleh! kita kena siapkan kerja berkumpulan tu dulu. esok dahlah ada pembentangan. tapi satu habuk pun kita belum buat."

dino dan chaewon mengeluh serentak. "nak buat kat rumah sape?" soal dino.

"rumah minhee ofkos. boleh makan ramen sekali agagaga." chaewon menyuarakan pendapatnya. "hmm idea yang bijak." balas dino.

straight. nct dreamWhere stories live. Discover now