여섯 ❀

1.1K 155 55
                                    


"bae yejin."

"renjun." gulp. aku cukup kenal dengan suara tu. aku memandang jaemin yang sedang menuju ke arah kami berdua dengan yejin? "eh, kau pun ada kat sini minhee? borak apa je?" tanya jaemin, memandang aku dan renjun bersilih ganti.

"korang tu yang buat apa? berdua je pulak tu. nanti kang ada gossip bukan-bukan pulak tersebar." kata renjun, risau. aku pula hanya mengangguk setuju.

"em korang, jom masuk kelas? japgi loceng nak bunyi." kata yejin. "korang berdua pergi dulu. aku ada benda nak cakap dengan minhee." aku terbeliak. "aku??" aku menundingkan jari ke diri sendiri. jaemin mengangguk lalu menarik aku ke suatu tempat.

"kau nak cakap apa?" tanya aku setelah kami berada jauh daripada renjun dan yejin. "aku nak minta tolong kau, boleh?"

"aku akan cuba tolong kau selagi aku mampu." dia tersenyum dan tiba-tiba menarik aku ke dalam dakapannya. aku terkejut dengan tindakannya.

"yyah, kita kat sekolah la!" ucapku dan jaemin melepaskan pelukkan tersebut dengan serta merta. "um mian, aku cuma terlebih excited hehe." balasnya sambil menggosok belakang lehernya.

aku hanya tersenyum tipis. "so, kau nak aku tolong apa?" soalku dengan penuh curious. "tolong aku pikat yejin."

wait, what?! aku salah dengar ke??

"aku tahu kau terkejut, dan sebenarnya dia la crush yang aku cakap dulu." aku menelan air liur. tak tahu nak bagi reaksi apa kat dia. "so... camne? kau boleh tolong aku kan?" tanya jaemin sambil membuat puppy eyes.

astagaa. aku gak kuat. aku menarik nafas lalu menghela. "aku boleh tolong kau." ucapku. hmm... game yang menarik. aku kena tolong crush aku pikat crush dia.

"jinjja?! kalau macam tu, petang ni kau kena datang sekolah." aku mengerutkan kening. "asal pulak?" "kitaorang ada practise untuk perlawanan bola keranjang."

"oh... okay." aku mengangguk.

°˖✧◝ ◜✧˖°

"hah? serious la??!" aku memandang sekeliling sebelum memukul lengan haena. "ish slow la sikit, orang dengar la." kata aku. "wahh. aku tak percaya dia suruh kau tolong dia pikat crush dia." kata haena dengan mata yang semakin membulat.

"habistu... macam mana dengan plan kau nak pikat dia pulak??" aku mengeluh. "aku tak tahu."

"aku rasa aku nak give up ah." haena terbeliak lalu memandang aku. "kau ni! belum cuba, belum tahu." "entahlaa.. tengok jela apa yang akan jadi nanti."

°˖✧◝ ◜✧˖°

petang itu, aku menuju ke sekolah seperti yang jaemin suruh. ketika dalam perjalanan ke gelanggang bola keranjang, aku terserempak dengan hyunjin.

"oh, hi minhee." sapa hyunjin sambil melambaikan tangannya kepada aku. aku membalas lambaiannya. "aku menelan liur apabila melihat keadaan hyunjin yang sedikit err sexy? "awak mesti datang sebab nak tengok practise team kelas awak kan?" aku hanya mengangguk.

"minhee?" tetiba jaemin muncul entah dari mana. aku memandang jaemin yang telah berdiri di sebelah aku. "tunggu apa lagi? jom la." belum sempat aku nak ucap apa-apa kepada hyunjin, jaemin menarik tangan aku, menuju ke gelanggang bola keranjang.

"yyah! kalau ya pun, bagilah aku cakap bye kat dia ke apa. ni tak, main tarik je." aku melepaskan tangan aku yang digenggam olehnya. jaemin memandang aku, tajam.

"sebenarnya kau datang sebab nak tengok team dia practise kan? bukan sebab nak tolong aku?" tanya jaemin. aku terlopong mendengar tuduhannya yang langsung tak masuk akal tu. "seriously? kenapa kau pikir camtu? aku datang sebab nak tolong kau la." getus aku sambil mengelak daripada memandangnya.

"kejap lagi yejin sampai. nanti kau bawak dia pergi sini." "pastu?" "pastu time kitaorang tengah main nanti, pepandai kau la puji aku ke apa." aku mencebik dan dalam masa yang sama, hati aku sakit ')

°˖✧◝ ◜✧˖°

gelanggang bola keranjang kini telah dipenuhi oleh ramai pelajar. 70% adalah fans nct dream semestinya. "practise je pun. belum perlawanan sebenar lagi." kata aku perlahan.

"kan." ucap yejin. aku memerhati team hyunjin yang menuju ke masuk ke dalam gelanggang. "awak support team mana?" tanya yejin tiba-tiba. "um team kelas kita la opkos."

beberapa minit kemudian, ramai penonton bersorak apabila jaemin berjaya menjaringkan bola. "ceh hebat jugak crush aku." kata aku dalam hati sambil tersengih.

tiba-tiba aku teringat pasal jaemin yang suruh aku puji dia depan yejin dan terus sengihan aku mati. aku menggigit bibir. patutke aku buat? ish ish jahat jugak aku ni en HAHAHAH.

aku menarik nafas sedalam-dalamnya lalu berkata sesuatu. "jaemin bukan setakat hensem je, pandai main bola keranjang pulak tu..."

omg. apa yang baru aku cakap ni..
ni kalau haena dengar, confirm aku kena bahan tiap tiap hari. "kan.. ramai perempuan tergila-gilakan dia kat dalam sekolah ni." balas yejin sambil tersenyum.

"termasuk awak ke?" tanya aku, tanpa segan silu. yejin memandang aku setelah aku menanya soalan tu lalu mengangguk laju. "mestilah! siapa je yang tak suka dia? jaemin tu boyfriend material!"

oh...

"err haha betul tu..." balasku sambil tersenyum tipis. "awak pulak minhee? aku tak suka dia ke?" aku terdiam setelah mendengar soalan maut daripada yejin.

"eh mestilah tak, saya anggap dia kawan je." kawan lah sangat 🙂 "minhee..." aku memandang yejin semula. "em nae?" soalku sambil mengangkat salah satu kening. "awak rapat dengan jaemin kan... boleh tak awak tolong saya pikat jaemin?"

aku terkedu.

°˖✧◝ ◜✧˖°

sebaik sahaja practise tersebut tamat, aku menunggu jaemin di luar bilik persalinan lelaki. 5 minit kemudiannya dia keluar setelah menukar bajunya. jaemin menyuruh member nct dream yang lain tunggu dia di dalam kereta terlebih dahulu.

"so camne? ada perkembangan tak?" tanya jaemin, tidak sabar. aku dah mula meluat sebab terlibat dengan kisah cinta mereka ni.

"tahniah, korang dah boleh couple. k bye." ucapku lalu ingin melangkah pergi. "yyah, kejap la!" jaemin menarik tangan aku. "apa maksud kau?" aku menggulingkan mata. aik tetiba tak paham bahasa korea mamat ni?

"yejin pun suka kau. cinta kau tak bertepuk sebelah tangan, na jaemin-sshi." ucapku. jaemin terbeliak sambil memegang bahu aku. "jinjja?!" aku mengangguk perlahan dan mata aku tetiba berair apabila melihat jaemin yang terlalu gembira itu.

oh pls minhee. takkan kau nak nangis kat sini kot?

"aーaku tak boleh nak percaya.." aku mencebik. "kalau macam tu, tak payah percaya." jaemin menggeleng. "aniya, aku percaya."

"so.. bila kau nak confess kat dia?" soalku. "jangan risau, tak lama lagi." balas jaemin.

aku tetiba rasa menyesal sebab tak terima kau daripada awal lagi jaemin. sumpah menyesal. dan selagi kau takde apa-apa hubungan dengan yejin,

"aku akan pikat kau semula, na jaemin." ucapku dalam hati. daripada aku menyesal kemudian, baik aku cuba. dan sekurang-kurangnya, aku cuba.

°˖✧◝ tbc◜✧˖°

straight. nct dreamWhere stories live. Discover now