25 | Again

1.5K 185 65
                                    

"Taknak. Aku merayu. Aku taknak." Aku menangis sebaik aku dicampak ke atas katil.

Sempat aku selitkan telefon aku bawah tilam.

"Tak baik derhaka dengan bapa, Sera. Tak baik." Dia mula membuka seluarnya.

Pemandangan yang menjijikkan.

"Kau bukan bapa aku! Sampai mati kau bukan bapa aku! Pergi mati, orang tua!"

Pang!

Aku tergolek jatuh disepak kuat. Berdarah hujung bibir aku. Sakit dia, hanya aku yang tahu.

"Bertahanlah, ya? Hampir 6 bulan aku sabar, aku tak tahan. Ia akan lama sikit." Sempat dia senyum sebelum tarik kaki aku mendekatinya.

Dan saat seterusnya, aku tahu apa yang terjadi.

•°•°

Jungkook, Hoseok dan Yoongi yang berpakaian hitam serta menutup muka, memasuki rumah tersebut dengan berhati-hati. Jarang trio ini mahu berganding bahu untuk melaksanakan kerja ni. Namun, kerja kali ini agak istimewa.

Tangan kanan Jungkook mengarahkan Hoseok untuk ke arah kanan.

"Hyung, masuk dulu." Arah Jungkook separa bisik kepada Yoongi.

"Kau apahal nak arah aku?" Balas Yoongi dalam nada bisik juga.

"Nak gaduh ke? Tembak kang! Pergilah masuk! Duduk belakang kabinet tu dulu." Geram Jungkook.

"Sial!" Geram Yoongi lalu jalan menunduk ke arah kabinet.

"Kamera dia dekat atas meja." Bisik Yoongi.

Jungkook angguk lalu memberi isyarat kepada Hoseok. Hoseok dan Jungkook menuju ke meja yang terdapat kamera yang menangkap gambar mereka. Yoongi pula 'cover' mereka di belakang kebinet.

Kelibat Sarjan Kang lansung tak nampak. Barangkali mandi di tingkat atas.

"Ambil jela kamera ni. Dalam ni pun, dia ada ambil gambar bukti kita. Tak jelas tapi membantu." Hoseok bercekak pinggang.

"Okay." Jungkook masukkan kamera itu dalam begnya.

Hoseok mula memandang sekeliling.

"Aku tak nampak pula si Sarjan ni-"

Bang!

Satu tembakan dilepaskan ke arah Hoseok. Lengan kirinya ditembak menyebabkan Hoseok jatuh.

"ARghhh!" Hoseok mengerang.

"Hyung!" Jungkook gelabah lalu mengacu pistol ke arah Sarjan Kang.

"Siapa kau? Apa kau nak?" Sarjan Kang mengacukan pistol ke arah Jungkook.

"Tenang, aku hanya ambil hak aku." Jungkook mengangkat tangannya.

"Drop your gun!" Arah Sarjan Kang. Jungkook hanya ikutkan katanya.

"Siapa kau? Buka topeng kau sekarang!" Arah Sarjan Kang lagi.

"Aku orang yang kau cari. Cubalah teka." Jungkook ketawa sinis.

Sarjan Kang diam.

"Lily The Killer." Gumam Sarjan Kang.

"Oh, man! Nama tak sedap lansung!" Jungkook masih sempat bermain.

"Diam sebelum aku tembak kau!" Sarjan kang agak gelabah.

"Nanti, sabar sekejap." Jungkook menyeluk beg kecil di pinggangnya.

"Tenang. Aku hanya ada 1 pistol." Jungkook mengeluarkan sekuntum bunga Lily.

"Yoongi hyung saja ada 3 pistol." Jungkook senyum sinis.

"Apa?" Sarjan Kang terdiam.

"This is for you."

Headshot!

Sarjan Kang rebah ke lantai sebaik Yoongi berjaya menembak tepat dikepalanya.

"Woi, kau okay tak?" Yoongi segera mendapatkan Hoseok.

"Kepala babi kau, baru sekarang nak tembak. Sakit, sial!" Hoseok memandang geram ke arah Yoongi.

"Aku terleka sekejap. Tak perasan dia datang. Maaf." Yoongi membantu Hoseok.

"Ambil mayat dia, dan jom cari Sera." Jungkook mengambil pistolnya.




[complete] kidnapped | jungkookWhere stories live. Discover now