9 | Sick

2.1K 298 46
                                    


Suami Upahan|PJM
Chapter 9

" Maafkan Aera kalau tak daddy bottom, Aera pulak top. Okay ?"

Aera merenung lama. Yakin suaminya mula berasa goyah dengan kerenahnya. Namun, tanggapannya hancur sebaik sahaja matanya menangkap raut wajah Jimin. Dahi lelaki itu berkerut.

Kedua belah tangannya juga perlahan lahan menolak Aera supaya bangun.

" Awak kenapa ni?" Wanita itu menyoal sebaik sahaja tubuhnya bangun. Jimin diam. Dahi lelaki itu masih lagi berkerut. Perlahan lahan dia bangun dengan tangan yang menyentuh kepala.

" Jimin, awak okay ke tak ni?" Sekali lagi, Aera menyoal. Perasaan risau secara tiba tiba menyerang dirinya. Eh pastilah ! Keadaan suaminya memang patut dikhuatiri.

" A-aku pening." Ringkas Jimin memberi jawapan. Dia mula bersandar untuk menyelesakan diri. Aera membisu. Diam diam wanita itu mula menyalahkan diri sendiri. Fikirnya Jimin diserang pening kerana melayan kerenahnya.

" Maafkan saya."

Mulut wanita itu mula menabur kata maaf. Wajahnya menunduk. Jimin yang perasaan akan perubahan isterinya itu terus mencapai tangan wanita itu.

" Bukan salah kau. Aku cuma penat." Pandangan redup Jimin membuatkan Aera diserang rasa bersalah. Tangan isterinya itu dilepaskan sebelum tubuh jejaka itu mula bangun melangkah pergi.

Tujuannya ingin merehatkan diri di bilik.

Namun langkahnya terhenti. Pening yang beransur hilang kini menyerang kembali. Tangan Jimin mula meraba raba benda untuk dijadikan sokongan bagi mengelakkan diri dari terjatuh.

Aera yang perasan akan bunyi yang dihasilkan itu mula berpaling laju ke arah suaminya.

Pandangan Jimin semakin kabur, sedaya upaya dia cuba sedarkan diri. Tapi persekitarannya terlebih dahulu menggelap dengan pantas. Dan ya , tubuhnya rebah seiring dengan jeritan panik isterinya, Aera.

•'¯'•» - «•'¯'•

"Takde apa yang patut dirisaukan, ya. Tubuh suami Puan hanya perlukan rehat yang secukupnya sahaja. Dia perlu kurangkan berfikir. Pening itu mungkin kerana stress yang melampau."

Aera menganggukkan kepala. Sempat matanya mengerling ke arah susuk tubuh Jimin yang nyenyak diulit mimpi. Perasaan risau sedikit berkurang berbanding tika Jimin tidak sedarkan diri tadi.

"Saya akan cadangkan beberapa ubat untuk bantu suami Puan beransur pulih. Nanti saya emailkan ya ?"

"Baik doktor, terima kasih" Kata kata akhir disudahi dengan tundukan hormat sebelum doktor itu melangkah pergi. Aera melepaskan keluhan. Dia mula melangkah masuk menuju ke arah Jimin.

Suaminya lena di alam mimpi.

Wanita itu mula melabuhkan punggung di sebelah.

" Maafkan saya.."

Sebak mula menyerang diri. Tapi tetap juga sedaya upaya Aera menahan air mata dari jatuh . Tak boleh lemah. Dia takkan jadi sama dengan karakter y/n.

" Aera.."

Perlahan sekali namanya diseru.

" Aera sayang.." Dan berulang lagi.

Laju sahaja tubuhnya dirapatkan dengan sang suami. Jimin diam tanpa bersuara. Namun , tangannya pula yang memainkan peranan.

Pinggang Aera dirangkul erat. Wajahnya pula disembamkan pada leher isterinya itu. Tambahan lagi , mata Jimin masih lagi tertutup rapat.

"Hmm... kenapa aku sakit.."

Aera tersenyum kecil. Tanpa teragak agak , tangannya kini mengusap kepala Jimin. Tak sangka suaminya akan jadi manja jika jatuh sakit ! Jikalau seperti ini , selalu sakit pun takpe !

Tapi tak boleh macam tu.

" Kalau aku tak sakit... boleh merajuk lama lagi. Tapi aku rasa nak melekat je ni hm.." Rengekan Jimin turut kedengaran pada akhir ayat. Aera mengetap bibir menahan tawa.

" Lagi bagus , saya rindu awak yang dulu. Manja." Luah Aera.

" Aku tak rindu kau yang dulu. Titik." Bibirnya dijuihkan dengan mata yang tertutup.

" HAHAHAHAHA comel lah awak, Jimin. MEH SINI NAK CUBIT !"

Automatik mata Jimin terbuka. Rasa lemahnya juga turut hilang seketika. Laju sahaja lelaki itu melepaskan pelukan dan mula berposisi duduk. Jangan lupa , dia turut menjauhkan diri dari isterinya.

" TAK NAK TAK NAK TAK NAK ! Kau dekat , aku mengandungkan kau"

" SAKIT SAKIT MACAMLAH MAMPU ! HAHAHAHAHAH"

" SAKIT TAK SAKIT , TENAGA JANTAN TU ADA. KAU DATANG SINI !"

" JIMIN, TURUNKAN SAYAAA ! SAKIT BUAT CARA SAKIT !"

Bersambung

Takde apa berlaku lepas tu,

sebab pening Jimin comeback 😢✌🏻

 [OG] Suami Upahan | 15+ | 지민Where stories live. Discover now