+18+

1.4K 188 108
                                    

"Maksud kita date sebagai unnie dan dongsaeng" terang Soonyoung apabila lihat muka aku ni macam tengah fikir lain.

Hmmm macam tahu-tahu je.

"Ouhhh boleh je, jom" aku membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam perut kereta diikuti Soonyoung.

"Ouh yeahh!! Dapat jalan-jalan!!" Kata Soonyoung riang siap menari lagi.

"Nak pergi mana dulu?"

"Rumah keluarga noona!!!" Ouh ok...

Wait... wait... WHAT?!

"Agak-agak la nak pergi rumah family aku, nak buat apa pergi sana?" Mahu sahaja aku meluku mamat ni eii.

"Nak minta restu ( ̄∀ ̄)"

"Elak dari minta penampar dari aku je ni -_-"

"Alah jom la noona!!" Soonyoung mula menggoncang lengan aku dengan kuat, nasib baik kepala tak terhantuk kat stereng kereta.

"Ish yelah-yelah!! Tapi kau jangan buat hal kat sana tau!!" Pesan aku.

"Ok noona!!" 

Aku mengangguk lalu menghidupkan enjin kereta. Haish ingatkan boleh la tak nak balik tapi Soonyoung ni mengada nak pergi sana ish geramnya.

+++

Aku memberhentikan kereta di depan rumah keluarga, harap-haraplah kat rumah takde orang.

Soonyoung terus membuka pintu lalu keluar. Eii tak sabor betul dia.

"Morning MAK CIKKKKK" jerit Soonyoung di depan rumah keluarga aku siap digoncangnya pagar rumah. Bergegor pagarnya nasib baik tak tercabut.

Harap-harap takde orang, harap-harap takde orang!!

Krekk

"Eh Soonyoung!!"

Ok ada orang kat rumah, ada oranggg kat rumah (ノД')

"Mak Cik Yoo!!!" Soonyoung melambai pada omma dengan gembira. Cis bedebah.

"Kejap ye Soonyoung, mak cik nak buka pagar ni" kata omma lembut, ceh cuba kalau aku. Disepaknya pintu tu macam tak nak bagi aku masuk.

Usai sahaja omma membuka pintu, omma mula mengajak Soonyoung, mamat tu apa lagi lagi seronok la masuk rumah orang. Tinggal la aku dengan omma yang masih berdiri di luar.

Aku memandang omma.

Omma memandang aku.

"Hai omma" sapa aku macam anak yang sangat sopan.

"Baru nak balik? Teringin nak jadi anak derhaka ke?" Hah tu dia, dah keluar dah.

"Alah baru dua hari tak balik" jawab aku takut.

"Nasib baik kau balik kalau tak memang kena sumpah la kau jadi batu simen" auch, omma kejam omma...

"Noona, cepat la masuk!! Lambat la noona ni macam siput ketam!!" Panggil Soonyoung dari depan pintu.

Amboi-amboi dah la masuk rumah family aku dibuatnya rumah tu macam rumah dia sendiri, kalau bangang pun jangan la tunjuk sangat mana ada ayat siput ketam kat kamus dwibahasa.

Dengan langkah longlai aku memasuki rumah, berharap yang seorang ni takde kat rumah ni. Tolong laa.

"Wassup Sunghyun!!" Aku memandang pemilik suara itu.

Hanat.

Abang aku ada.

Yoo Kihyun.

Halah tetan pahal waktu macam ni dia nak datang! Hari tu takde pula nak datang!! DAH TERASA JADI ANAK DERHAKA BARU RASA NAK BALIK KE APA?!

"Hai hyung" sapa aku.

"Oppa la oppa" kata abang aku tak puas hati.

"Apa barang guna oppa"

"Apa barang perap spender barbie kau nak dekat lima tahun" terus aku tunjuk jari tengah lepas dia cakap macam tu.

MACAM MANA DIA TAHU?! MACAM MANA?!

Pak!

"Sunghyun!! Jaga kelakuan!!" Aku mengusap kepala aku lepas kena ketuk dengan omma.

"Alah kenapa?"

"Tu tak nampak Soonyoung ada kat sebelah Kihyun?" Aku memandang Soonyoung yang sedang memandang aku dengan ternganga.

"Pahal?"

"Kenapa noona tunjuk jari ni?" Soonyoung terus mengangkat jari tengahnya pada aku dengan muka tanda tanya.

Appa yang baru sahaja keluar dari dapur sambil minum air terus tersedak.

"YOO SUNGHYUN!!!" Matilah aku.

Pak! Pak! Pak! Pak! Pak!

"Ampun omma!! Ampun!!" Aku mengaduh sakit apabila omma memukul aku bertubi-tubi.

Nasib pakai surat khabar kalau pakai penyapu, memang betul-betul mampus aku.

"Habis Soonyoung terikut!! Eii kalau ye pun nak buat jangan la depan Soonyoung!!! Dia masih inesen!!" Kata omma sambil memukul aku.

"Huwahhh mak cik Yoo jangan pukul noona lagi!!!" Soonyoung terus memeluk aku untuk melindungi aku dari dipukul.

Auch seyya terharu.

"Nasib baik Soonyoung halang kalau tak memang lebam aku kerjakan" omma terus duduk disebelah appa.

Manakala aku duduk seorang diri sebab Soonyoung gatal nak duduk dengan Kihyun 'oppa'.

"Amacam best?" Perli abang aku.

"Diam ah" aku menjeling dia.

"Jadi Soonyoung seronok tak duduk dengan Sunghyun?" Sesi soal menyoal mula bermula.

"Best! Semalam kitaorang pergi Mall! Tapi Sunghyun noona pergi dat— ummphh!!" Soonyoung meronta kuat kerana aku menutup mulutnya dengan cepat.

Hampir kantoi. Ish budak ni tak reti diam ke apa? Tak payah la bagitau yang aku pergi dating semalam.

Aku menggelengkan kepala pada Soonyoung supaya tidak memberitahu omma dan appa.

"Ish Sunghyun ni jangan la kacau!! Dia nak cerita tu" appa menampar lengan aku supaya melepaskan pegangan dari mulut Soonyoung.

Aku memandang dia dengan penuh berharap, please jangan bagitau.

"Apa yang Soonyoung nak cakap tadi?" Soal omma sekali lagi sambil menghirup kopi diikuti aku.

"Ouh! Semalam noona tidur dengan Soonyoung!!" Kata Soonyoung lancar.

"PFFT!!" Tersembur keluar air yang ada dalam mulut aku dengan omma lepas dengan ceritanya itu.

Banyak-banyak benda yang kau boleh cerita, PAHAL CERITA PASAL BENDA TU JUGA?!

Appa dengan abang aku pandang aku tak percaya. Appa.. hyung.. korang jangan percaya, dia yang tarik aku masuk dalam dakapan dia. AKU JUST TIDUR JE.

Babysitter ♚안저지♚ (HOSHI SVT) (DISCONTINUED)Where stories live. Discover now