열셋 ❀

1.2K 166 64
                                    

10 minit kemudiannya, pekerja itu membenarkan soeun dan jeno masuk ke dalam. sebenarnya soeun pun takut dengan benda benda camni tapi disebabkan jeno join, dia pun ikut sama join.

jeno memandang soeun yang terdiam. "tak nak masuk ke?" soeun tersedar daripada lamunan dan hanya menggeleng sebelum masuk ke dalam rumah hantu.

"jeno-ssi, awak jalan kat depan boleh?" jeno tersenyum dan hanya mengangguk.

macam-macam bunyi ada kat dalam. bgm yang seram, bunyi orang ramai menjerit, bunyi anjing melalak eh― bunyi serigala, bunyi mengilai. semua ada doh.

tetiba ada pocong muncul di hadapan mereka berdua dan soeun terjerit kecil sambil menarik baju jeno lalu bersembunyi di belakangnya.

dia hanya berjalan apabila jeno berjalan. "laa awak takut ke? kenapa ikut?" tanya jeno. "saya ikut sebab awak pergi." dalam masa yang sama, tetiba ada suara pontianak mengilai lagi. sebaliknya, jeno mengenggam tangan soeun dengan kuat supaya gadis itu tidak terlepas sehinggalah mereka berdua keluar daripada situ.

meanwhile,

jaemin menjeling hantu yang terlompat-lompat depan mereka berdua. "jadah sia, kau tu toyol bukan pocong nak terlompat sana sini." marah jaemin kepada hantu itu. hantu itu sempat mencebik.

lorhh sekarang ni bukan jaemin yang takut kat hantu tapi hantu tu pulak yang takut kat dia sebaik sahaja dia berlalu pergi setelah dimarahi oleh jaemin.

"jom minhee, boring ah." bentak jaemin sambil menghulurkan tangannya ke belakang tanpa menoleh belakang. beberapa saat kemudian dia pelik mengapa minhee tak sambut hulurannya.

rupa-rupanya minhee tertinggal kat belakang. dia hanya menutup mata dan pegun di tempat yang sama. "laa??" jaemin berpatah balik dan menarik tangan minhee yang asyik menutup matanya.

"jomlah, takde benda ah. hantu tu dah lari tadi." kata jaemin. minhee menjeling jaemin walaupun dalam gelap. "hish kau cakap senang la." getus minhee dan hanya nengikuti langkah jaemin.

"ARGHHH!" minhee berlari ke tepi apabila sesuatu menyentuh kakinya. ternyata benda itu adalah rambut palsu yang panjang.

jaemin mentertawakan minhee. "lawak duh HAHAHAH." minhee mengetap bibirnya geram. "tskー menyesal aku ikut!" kata minhee lalu mereka berdua keluar daripada exit.

minhee menghela nafas lega sebaik sahaja keluar daripada rumah hantu itu. jaemin pula masih tak henti gelak.

"so, kita tunggu jeno dengan soeun dulu?" tanya minhee sambil mengikat tali kasutnya yang tertanggal sewaktu dipijak oleh pontianak di dalam tadi. jaemin menggelengkan kepalanya.

"malas ah, jom pergi sana!" jaemin menundingkan jarinya ke arah gerai yang menjual cotton candy. minhee hanya mengangguk dan satu senyuman terukir pada bibir merah jambunya.

mereka berdua menuju ke gerai tersebut. "kau nak tak?" tanya jaemin. "opkos ah nak." balas minhee dengan excited. jaemin hanya mengangguk sebelum membeli.

setelah itu, mereka berdua berjalan-jalan di sekitar rumah hantu sementara menunggu jeno dan soeun. tak lama kemudian, jeno dan soeun keluar daripada rumah hantu tersebut.

"amacam? boring en?" tanya jaemin sebaik sahaja jeno dan soeun keluar. "boleh laa." balas jeno. soeun berdiri di sebelah minhee yang sedang menggigit cotton candy itu.

"best dating?" bisik minhee ke telinga soeun. "tsk dating mende, tapi best." balas soeun sambil tersengih. "bila kau nak confess kat dia?" tanya minhee lagi ketika jaemin dan jeno syok berbual.

"erm tadi time aku tengah confess, tetiba ada pontianak mengilai. so aku rasa dia tak dengar pun." soeun memuncungkan bibirnya. "alololo siannya anda, takpe. aku akan bawa jaemin jejauh pasni. japgi kau confess ah kat dia." kata minhee lagi.

straight. nct dreamWhere stories live. Discover now