21 | Janice

1.3K 218 91
                                    


Suami Upahan | PJM
Chapter 21

Komen dan voteslah, aku sanggup curi masa untuk tulis ff ni tau.. 😭

Yoongi memandang jengkel ke arah temannya itu. Mata juga digulingkan menyampah. Si Jimin ni tak habis habis tersengih sengih dan ketawa sorang sorang. Rasa ditertawakan pun ada! Tetapi dia tahu, penyebab kelakuan rakannya ini pastilah Jung Aera.

Sah, angau.

" Yoongi... "

Ha dah bunyi dah.

Yoongi hanya mengangguk sekilas. Sebelum tangannya mencapai cawan kopi.

" Yoongi hyung.. "

" Eh boleh tak kau cakap je. Ada yang boleh penyepak free of charge karang.." Jawapan Yoongi mengundang tawa gedik Jimin. Lengan rakannya itu ditampar.

" Yoongi dah tak payah serabut dengan tite kalini.. Tite dah nak keluar dari rumah ni. Nak duduk dengan Aera, ehe ! " Mata sempat dikenyitkan.

" Ha bagus, kau blah sekarang pun takpe! Semua jadual aku terganggu sebab kau tau. Kau boleh mula mengemas sekarang," Kini Yoongi pula yang kelihatan terlebih teruja.

Tubuh Jimin turut ditolak supaya bangun. Untuk apa? Nak suruh kemas bajulah supaya blah cepat. Kejam ? Yoongi tak kisah buat masa ini. Dia perlukan ketenangan.

Atau lebih tepat, 'Me' time.

" Yoongi, aku dah kemas masalahnya. "

" Wait, what? "

" Aku ni memang sejak dari awal lagi menyusahkan kau.. Aku—"

Secara tiba tiba tubuhnya terlebih dahulu dipeluk Min Yoongi.

" Aku tipu je. Kau langsung tak menyusahkan aku,"

.・゜゜・

" Iya iya. Eh kau ni bang, aku tahu lah. Kau pun backup lah aku kalau diorang dapat tahu, hm ?"

" Kau adik aku, memanglah aku backup. Maaf sebab takde waktu kau perlukan aku. " Aera tersenyum. Matanya berkaca kaca. Dia rindukan satu satunya ahli keluarganya itu.

Jung Hoseok, abang kandungnya.

" Eh kau jangan nangis dik!" Laju sahaja dia menyapu air mata yang mengalir tadi. Tahu tahu sahaja Hoseok ni.

" T-takdelah! Mana ada aku nangis. Eh, sudahlah. Sambung kerja kau yang tertangguh tu. Okey?" Ucap Aera. Risau kerja Hoseok terganggu kerana panggilan mengejutnya.

" Ish, aku bosslah! Sebenarnya kau yang nak lari sebab nak masak untuk kesayangan kan? " Kini Hoseok mula mengusik. Merah padam wajah Aera dibuatnya. Abangnya yang satu ini, ada ada sahaja kerenahnya!

" Apa Hobi? Apaaaa? Line slow? Ha bye!"

" Woi Aer—"

Tut!

Wanita itu terketawa kecil. Terhibur dengan kerenah Hoseok .

 [OG] Suami Upahan | 15+ | 지민Where stories live. Discover now