22 | Jealous

1.3K 207 169
                                    


Suami Upahan | PJM
Chapter 22

110 votes 55 comments to unlock
next chapter

" Lepas... l-lepas.. "

" Tak akan, Jung Aera." Lelaki itu masih sama. Mata penuh amarah dan tangan yang masih lagi mencekik Aera. Wanita itu pula sedaya upaya menampar nampar tangan lelaki itu supaya melepaskannya.

Janice mengetap bibir dari jauh. Sesungguhnya, dia takut. Tetapi Aera....

tidak boleh kehilangan nyawa kerananya.

Perlahan lahan tubuhnya bangun berjalan mendekati mereka. Agak terketar ketar tetapi langkah kaki dikhudratkan agar menapak lebih jauh.

" S-saya kat sini! L-lepaskan Aeralah!" Jeritnya. Serta merta suaminya itu berpaling. Fokus sepenuhnya diberikan. Cengkaman pada leher dilepaskan serta merta.

Terjelepok Aera jatuh ke atas lantai. Tercungap cungap dia mencari nafas.

" Good girl, Janice. Sekarang jom balik dan terima hukuman kau," Lelaki itu melangkah mendekati Janice. Aera menggelengkan kepala sebagai tanda jangan.

Dia tak mahu Janice terseksa lagi. Cukuplah luka di tubuh rakannya itu, apatah lagi hati.

Telinganya mendengar bunyi kereta mula berhenti di hadapan mereka. Dia berpaling secara perlahan.

" J-Jimin..."

Pintu kereta ditutup sebelum Jimin meluru laju ke arah Aera. Tubuh wanita itu dibelek agar tiada cela. Malangnya, leher yang kian memerah disedari.

" Siapa buat kau macam ni? Cakap!"

" S-selamatkan Janice. Saya tak nak dia pukul Janice lagi.." Jawapan Aera dibalas gelengan. Hal Janice, lebih baik Yoongi uruskan. Bagi dia, wanita itu lebih penting.

Cedera dan lukanya, takkan Jimin hiraukan.

.・゜゜・

" Tak gentle sakitkan perempuan, bro"

Suara seseorang menghentikan langkah mereka. Terpampang wajah beku Min Yoongi yang kini memerhati mereka. Lelaki itu melepaskan decitan.

" Siapa kau ? Aku suami dia. Jangan kacau kami," Lengan Janice ditarik kasar sehingga mengundang jeritan kecil. Yoongi kekal memerhati.

Dia menolak pipi menggunakan lidah.

Selangkah Yoongi menapak.

Disambung lagi dua langkah.

Dan akhirnya ianya bertambah laju sebelum tubuhnya melompat dan kakinya tepat memukul sasaran. Iaitu kepala lelaki itu. Habis tergolek jatuh member. Tanpa buang masa, tangan Janice dicapai dan ditarik lari.

" S-siapa awak?" Sempat lagi wanita itu menyoal dalam suasana begini.

" Aish, bising betul. Nantilah!" Marah Yoongi.

Malang menimpa apabila Janice tersadung jatuh akibat tersepak batu. Yoongi mengeluh.

Sumpah, dia bukan jahat ke apa. Tapi tak boleh ke diorang berlari dengan laju sampai ke kereta tanpa sebarang gangguan?

Perempuan ni menyusahkan betul lah!

Tanpa banyak soal, dia terus berniat mahu mengangkat Janice.

Tetapi tubuhnya terlebih dahulu ditarik dari belakang dan wajahnya menerima tumbukan kuat.

 [OG] Suami Upahan | 15+ | 지민Where stories live. Discover now