『special chapter』 ♡

1.4K 151 38
                                    

here's the special chapter! hope yall enjoy ;-;

satu tahun kemudiannya.

sebaik sahaja konsert nct tamat, aku terus menuju ke backstage untuk berjumpa dengan boyfriend aku, na jaemin.

kebetulan hari ini merupakan anniversary kami yang kedua dan aku excited kerana kali ni, kami berdua boleh keluar date untuk raikan berbanding dengan tahun lepas, jadual nct yang padat menyebabkan aku tak boleh berjumpa dengan dia, apatah lagi nak raikan anniversary kami yang pertama.

susah kan bercinta dengan idol ni hmm. dah la ramai perempuan tergila-gilakan dia.

haena dan soeun busy dengan schedule masing-masing. haena ada syuting untuk drama terbarunya. manakala soeun pula jadi mc di musicbank.

aku pula telah rasmi menjadi salah seorang antara member sr20g, smrookies 2020 girls dan selangkah ke hadapan untuk debut.

tiba sahaja di backstage, kelihatan member nct sedang duduk sambil berborak sakan.

"ehem." aku berdehem dengan kuat, sengaja bagi mereka perasan dengan keberadaan aku di situ.

"ooh minhee!" ucap mark sambil melambaikan tangannya. aku tersenyum sambil membalas lambaiannya.

jaemin kelihatan sedikit terkejut dengan keberadaan aku dan terus pergi ke arah aku.

"aku rindu kau." bisik jaemin sambil memeluk aku dengan erat.

taeyong pantas menutup mata chenle dan jisung.

"halah korang berdua ni, get a room laa." sampuk johnny, membuatkan yang lain tertawa.

"emm konsert korang dah habis kan?" soalku setelah jaemin melepaskan pelukkan. "yup... so boleh la kita date hari ni." balas jaemin lalu memicit kedua belah pipi aku.

"auch, sakitlah nanaa." jaemin tertawa apabila aku mengaduh kesakitan. "kita nak pergi mana hari ni?" soalku dengan penuh excited.

"hmm... lepak kat dorm kitaorang nak tak? boleh main game."

aku terdiam mendengar cadangan jaemin yang bagi aku tak berapa nak masuk akal itu. like seriously?

jap— jangan cakap yang jaemin lupa hari ni anniversary kami yang kedua?

"err... hari ni hari apa eh?" soalku, sengaja. jangan cakap kau lupa please nana.

"hari isnin la kan?" soalan aku dibalas dengan soalan.

wah jinjja— aku tak percaya jaemin betul-betul lupa hari ni anniversary kami yang kedua. eyy ni yang nak merajuk ni huh.

"em haah, hari ni hari isnin. takde apa yang special pun." getus aku sambil mengalihkan pandangan ke tempat lain.

jaemin hanya terpinga-pinga buat seketika lalu aku mengikut mereka balik ke dorm nct dengan muka yang masam.

buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke dalam dorm nct. masuk-masuk sahaja dah boleh nampak betapa sepahnya dorm mereka, haih.

"masuklah minhee, sorry sebab dorm kitaorang bersepah sikit." ujar renjun sebelum mencapai t-shirt putih yang berada di atas lantai.

"aniya takpe, aku faham." aku melabuhkan punggung di atas sofa lalu hanya termenung.

patut ke aku ingatkan nana pasal hari ni anniversary kita yang kedua? hm.

"korang berdua nak pergi mana?" soal renjun apabila melihat jeno dan haechan yang bersiap-siap untuk ke luar.

"nak pergi beli sesuatu." balas jeno lalu keluar daripada dorm diikuti dengan haechan dibelakangnya.

jaemin keluar daripada bilik setelah menukar baju lalu duduk di sebelah aku sebelum menghidupkan tv.

"kenapa kau senyap je daripada tadi?" tanya jaemin tiba-tiba. aku tersentak daripada lamunan.

"takde benda nak cakap, diam je la." jaemin mencebik.

"haena ngan soeun pe kabar?" tanya jaemin lagi. "dorang okay je, sihat." jaemin hanya mengangguk-angguk.

masing-masing hanya melayan tv sehinggalah jeno dan haechan balik ke dorm semula.

baru sahaja aku nak menoleh ke arah mereka berdua tetiba jaemin menarik tangan aku, memandang tepat anak mata aku.

aku menelan air liur. "k—kenapa?" tanya aku, tergagap-gagap. jaemin tidak membalas lalu satu senyuman terukir pada bibirnya buat beberapa saat.

"aku tak lupa pun, btw happy anniversary kita yang kedua, princess. malam ni kita date ok." jaemin wink membuatkan aku blushing sebelum mencebik.

"ingatkan dah betul-betul lupa.." jaemin menggeleng pantas sambil tersenyum.

"mana boleh aku lupa saat-saat kita kat dalam ferris wheel dua tahun lalu. aku sentiasa ingat dan aku takkan lupakan sampai bila-bila pun."

"aduhh sweet siak korang berdua nih, boleh dapat diabetes aku!" getus renjun sambil menutup telinganya.

jeno dan haechan tetiba muncul dengan sebiji cake di tangan mereka. aku terkedu.

"saranghaeyo, uri gongju-nim." aku tidak sempat untuk membalas kata-kata jaemin kerana dia menarik aku lalu mendaratkan bibirnya pada bibir aku.

k aku tak caye aku tulis benda ii cam tu hahsghahaha. maaf kalau special chapter ni hambar dan tak panjang mana huehue. btw, ada la hamba Allah ni mintak aku buat s3. tbh, aku takde terfikir nak sambung pun lel tapi! aku akan fikirkan dulu nak buat ke tidak dan dalam masa yang sama nak tunggu jaemin dah dewasa dulu hahaha.

straight. nct dreamWhere stories live. Discover now