27 | The Boys

952 113 70
                                    


Suami Upahan | PJM
Chapter 27

80 votes 80 comments

.・゜゜・

" Tahniah, isteri tuan mengandung! "

Kalau bab sebelumnya, Jimin dan Aera kelihatan bahagia bukan? Tapi berbeza bagi Taehyung dan Alice. Berita itu seolah beban baru yang cukup berat. Alice gembira namun lain pula teman lelakinya.

" Puan? Tuan?" Taehyung mencarikkan senyuman. Wajah Alice ditatap sebelum pelipis wanita itu dicium. Kelihatan seperti menyalurkan rasa bahagia dan cinta.

" Terima kasih, sayang.." Ucapnya tanpa ragu. Doktor yang menyaksikan interaksi mereka cukup merasa bahagia. Betapa romantik dan bahagia sungguh pasangan ini.

Maaf, doktor.

Ianya palsu.

" Kami minta diri dulu ya?" Jejaka itu mula bangun. Tangan Alice juga ditarik. Wanita itu langsung tidak bersuara. Tahu sangat buah hatinya masih lagi menuduh dan mempercayai benda bukan bukan.

Mereka menapak keluar. Akhirnya berjalan terus menuju ke luar hospital tanpa membazirkan masa. Pintu kereta dibuka oleh Taehyung. Tubuh Alice disuruh masuk terlebih dahulu.

Dan dia turut melakukan itu. Pintu kereta dihempas kuat sehinggakan bahu Alice memberikan reaksi. Suasana kini bertukar sunyi. Radio juga tidak dipasang.

Alice tahu, Taehyung akan memarahinya. Kelopak matanya ditutup menahan sebak. Emosinya menyerang. Dia tahu, ianya kerana hormon. Bibir digigit kuat menahan diri dari menangis.

" Bagitahu aku, siapa lelaki tu?" Soalnya keras. Namun jawapan wanita itu cukup tidak memuaskan hati. Malah nama dirinya pula yang diseru berkali kali.

" Jeon Alice, siapa lelaki tu?!" Sekali lagi Taehyung menyoal. Kini dia bertindak kasar dengan memegang lengan Alice, kuat.

Pang!

Kim Taehyung kaku.

" Ini. Anak. Awak! Eh awak ingat saya senang senang nak bagi tubuh saya dekat lelaki lain? Malam tu, dia memang awak. Tapi saya tak tahu ke mana awak pergi pagi tu. Ah, lupa! Awak yang curang. Awak buat round two dengan Aera! Ex girlfriend yang awak sia siakan demi perempuan bodoh macam saya!"

Turun naik dada Alice dibuatnya. Cukuplah dia bersabar dan hanya diam. Fikirnya Taehyung akan terkilan dan minta maaf. Tapi lain pula jalan ceritanya.

" K-keluar dari kereta ni, Alice.."

Sungguh wanita itu tidak sangka! Betapa teganya Kim Taehyung. Empangan air mata yang sedari tadi sudah pecah dihiraukan.

" Tolonglah.. keluar, sayang.. Aku tak nak sakitkan kau,"

" Sakitkan saya? Bukan itu ke yang awak buat sejak malam tu sampailah harini. Almost one month. Teruskan perbuatan awak, kalini guna fizikal. Pukul lah saya! Terajang saya! Sepak je perut saya biar anak ni gugur. Lepas tu awak boleh terus kejar Aera sampai mampu—"

" CUKUP!" Taehyung menjerit. Rambutnya diserabutkan geram. Tanpa amaran, dia mula menghentak hentakkan kepala pada stereng kereta.

 [OG] Suami Upahan | 15+ | 지민Where stories live. Discover now