Pt. 1

1.1K 70 64
                                    

Yuta gembira melihat anak daranya yang lahir pra-matang dulu kini semakin membesar dengan sihat. Alessia mewarisi mata coklat pekat dan hidung mancung daripada mendiang ibunya iaitu Shannon.

Rambutnya yang ikal mayang dan keperangan juga daripada mendiang. Bibir dan warna kulit Alessia pula ikut ayahnya iaitu Yuta.

Alessia merupakan gadis yang periang dan disukai ramai termasuk sepupunya. Dia juga seorang berdikari dan mendengar kata serta tidak pernah melawan cakap orang tua.

Tapi sekarang Yuta amat susah hati dan sedih. Alessia jatuh sakit kerana demam, mereka dah bawa pergi hospital dan klinik berkali-berkali tapi Alessia masih belum sembuh.

Mungkin disebabkan faktor  kelahirannya dulu. Ketahanan badannya tidak kuat seperti orang lain.

Yuta masuk ke dalam bilik sambil membawa satu mangkuk kecil berisi air dan sapu tangan kecil untuk dibasahkan dan diletakkan atas dahi untuk hilangkan panas. Yuta duduk di tepi katil dan mengusap rambut anak perempuannya yang sedang tidur lena.

"Mama.. " Alessia mengerutkan dahi dan asyik berubah kedudukan baring.

Yuta tersenyum kerana tahu yang dia sedang mimpi ibunya dan terus cium dahi Alessia dan kemudian baring di sebelah sambil menepuk pehanya supaya tidur nyenyak.

"Mama... Mama.." Alessia sekali lagi memanggil namanya dan kemudian terbangun dari tidur. Dia terus peluk Yuta yang berada disebelahnya.

"Kenapa sayang? " Yuta mencium muka Alessia sekali lagi dan selepas itu dukung dia.

"Yoonra mimpi mama datang melawat. Dia cakap jaga papa baik-baik" Alessia masih peluk Yuta yang sedang mendukung dia.

"Lepas tu, apa lagi mama cakap kat Yoon? " Yuta mengusap rambutnya supaya tenang dan tidak resah.

"Mama kata Yoon kena jaga diri, kena makan banyak-banyak. Jangan buat papa dengan pakcik marah, atok pun sama" Alessia pandang muka Yuta dengan sedih. Setitis airmatanya jatuh ke lantai.

"Kenapa anak papa menangis ni?" Yuta turunkan Alessia di katil dan mengusap mukanya dengan perlahan.

"Alessia rindukan mama" Alessia menangis dengan teresak-esak kemudian letakkan kepala di dada Yuta.

Yuta terus mengecup mukanya dan pujuk tanpa henti, dia sentiasa memujuk anaknya setiap kali dia teringat tentang ibunya.

"Mama dah tenang kat sana, kita kena teruskan hidup kita. Mama akan berada sentiasa dengan kita" Yuta turut mengalirkan airmata ketika sedang memujuk.

"Alessia tak dapat tidur balik, papa boleh tak temankan Alessia tengok kartun kat Tv?" Dia menarik tangan Yuta dan membulatkan mata minta belas kasihan.

"Boleh, tapi kena makan ubat yang doktor bagi. Sayang kena makan supaya cepat sembuh, nanti boleh main patung dengan Dohee, Areum, Younghee dan yang lain" Yuta bangun dan pergi rak untuk ambil ubat yang dibeli di farmasi.

Alessia seperti mengalami mimpi ngeri. Yuta datang dan ambil botol air besar di bawa katil.

"Tiba-tiba Alessia rasa dah sihat balik lah papa. Tak payah makan ya? " Dia menggeleng kepala dan pegang tangan tangan Yuta.

Yuta buat muka marah supaya tetap kena makan juga. Alessia pasrah dan Yuta suapkan ubat dengan sudu.

"Papa, taknak makan ubat hitam tu " Alessia menunjukkan ubat batuk yang dipegang Yuta.

"Kalau tak makan macam mana batuk sayang nak hilang." Yuta ambil tisu dan lap sekitar bibirnya.

"Eomma Junghee tak marah pun Hansung tak makan ubat" Alessia menyilangkan tangan dan menggeleng kepala.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now