Pt. 9

303 37 12
                                    

"Eh, macam mana nak selesaikan soalan ni weh? Pening den dibuatnya" Jungwoo menggosokkan pensil pada kepala.

"Aku pun tak tahu macam mana nak selesaikan soalan ni" Balas rakan sekelas Jungwoo bernama Namjoo yang sibuk balas mesej dengan ibunya sedangkan cikgu ada didepan.

"Namjoo, kau ikut tak belajar kat library nanti? Exam kan dah dekat. Aku teringin juga nak jadi top student dekat kelas dan dalam sekolah" Jungwoo mula berangan dan cepat-cepat tumpukan perhatian bila cikgu telah beri pandangan tajam.

"Aku tak jadi ikut kau lah, mak aku suruh temankan dia pergi salun nak buat treatment rambut nanti. Kemudian aku study dengan abang-abang aku" Namjoo masukkan telefon dalam poket baju supaya cikgu tidak syak apa-apa.

"Ikut kau lah, aku nak study dekat library sebab sunyi dan boleh tumpukan perhatian sikit" Jungwoo tengok jawapan di bahagian belakang buku dan menarik nafas letak kerana jawapan yang ditulis adalah betul.

"Kau nak balik pukul berapa? Nanti mak kau risau pula sebab kau balik lambat sedikit dari kebiasaan" Namjoo membuka buku teks dan berlakon macam dia sedang belajar.

"Aku dah cakap dengan eomma yang aku tak balik lambat sangat. Lepas habis belajar, aku terus balik sebelum library kena tutup" Jungwoo ambil buku lain dalam beg dan highlighter untuk tandakan jawapan.

"Tekun sia kau belajar, parents kau ada nak bagi something ke kalau keputusan cemerlang? " Namjoo menyiku tangan Jungwoo dan membuatkan dia mendengus geram dengan kawannya.

"Diorang tak pernah bagi hadiah kalau aku cemerlang pun. Tapi aku jelah yang masih sekolah lagi, abang-abang dengan kakak aku dah berkeluarga. Yang masih membujang tu tak laku" Jungwoo mula malas melayan Namjoo dan hanya tumpukan perhatian di depan.

"Kamu semua boleh keluar sekarang. Terima kasih kelas" Ujar cikgu didepan sambil memadam papan putih.

"Terima kasih cikgu" Semua pelajar menunduk hormat sebelum keluar kerana telah sampai masa untuk pulang ke rumah.

Jungwoo mengemas barang dan pergi ke perpustakaan di blok lain untuk ulangkaji. Dia tanggalkan kasut sebelum masuk dan duduk di meja paling jauh.

Dia membuka buku teks dan buku latihan sains dan terus mengulangkaji tanpa henti sebelum buat kerja rumah yang lain pula.

Jungwoo dengan tekun terus belajar tanpa sedar dia berada di perpustakaan terlalu lama dan semuanya telah keluar cuma tinggal dia sahaja didalam.

"Ya ampun! Aku dah janji nak balik awal dengan eomma. Sekarang dah pukul berapa! " Jungwoo kelam-kabut kemas buku dan masukkan ke dalam beg.

"Adik, sekarang dah pukul 6  petang. Perpustakaan dah nak tutup ni" Seorang pengawal masuk kedalam untuk periksa dan ternampak Jungwoo tergesa-gesa mahu pergi.

"Okay, terima kasih bagitahu masa. Saya tak sedar sebab belajar je" Jungwoo pakai kasut dan keluar dari kawasan sekolah.

Jungwoo rasa seperti ada orang mengekori dari belakang tapi bila dia menoleh. Tiada siapa pun di belakang dan hanya dia seorang saja di situ.

Jungwoo mula ketakutan dan berlari dengan selaju yang mungkin. Seseorang menarik tangannya dan Jungwoo pukul mukanya seperti mana dia belajar dalam kelas taekwondo.

Lelaki itu terus peluk Jungwoo dan tekup mulutnya dengan sapu tangan yang telah diletakkan klorofom untuk pengsankan.

Jungwoo sedaya upaya menahan nafas untuk tidak hidu dan  meronta-ronta dengan kuat. Lelaki itu tarik ke tempat sunyi dimana tiada orang lalu.

Beg sekolah dan getah rambut Jungwoo terlepas dari badannya dan dia tidak sedarkan selepas terhidu klorofom yang diletakkan di sapu tangan.

++++

Mereka semua balik selepas melawat ahli keluarga di rumah lain dan masuk bilik masing-masing untuk tidur kerana mengantuk.

Selalunya Manda akan periksa setiap bilik untuk pastikan mereka semua telah tidur tapi Manda tidak buat hari ni kerana terlampau mengantuk selepas keluar rumah.

Dia terus terlelap tanpa perasan yang Jungwoo tidak balik rumah langsung. Manda hanya ingat Jungwoo telah masuk tidur.

Pada paginya, mereka semua bangun kerana mahu masak untuk sarapan. Manda letakkan pinggan dan lauk yang telah dimasak.

"Wah sedapnya eomma masak" Kun mengambil bau dan duduk di kerusi menunggu untuk makan bersama.

Ji Ran letakkan cawan dan air yang telah dibancuh. Setelah mereka semua duduk bersama baru lah boleh makan.

Manda mengira bilangan dan baru perasan Jungwoo tiada dengan mereka.

"Siapa-siapa tolong kejutkan Jungwoo. Mentang-mentanglah hari ni cuti, boleh pula dia lambat bangun" Manda tunjuk bilik Jungwoo dan Yangyang dengan rela hati bangun untuk kejutkan adik kesayangannya.

"Eomma, Jungwoo takde kat dalam bilik" Balas Yangyang setelah buka pintu bilik.

"Mungkin dia tidur dekat rumah kawan dia. Mana kita tahu kan? " Lucas mengangkat bahu dan sambung makan.

"Tapi dia mesti telefon eomma dan bagitahu. Tak sedap pula hati eomma hari ni" Manda menggigit bibir dan keluarkan telefon untuk hubungi kawan Jungwoo.

Nasib baik dia simpan nombor Namjoo jika ada apa-apa berlaku.

"Hello, ya auntie kenapa call Namjoo ni? " Namjoo mengangkat panggilan, dia baru sahaja bangun kerana keluar berseronok semalam.

"Jungwoo tidur di rumah kamu ke?" Manda bangun dan mundar-mandir kerana resah.

"Takde pun, semalam kali terakhir saya jumpa masa dah nak balik tu. Kenapa ya auntie? " Namjoo bangun dari katil dan tengok gigi sendiri.

"Takde apa-apa lah. Saja je auntie tanya kamu" Manda terus matikan panggilan tanpa sempat Namjoo balas.

"Ya tuhan anak aku" Dia pandang semua orang dengan airmata mula berair.

"Kenapa kakak? Apa yang berlaku dengan Jungwoo? " Ji Ran mengoncangkan bahu Manda kerana ingin tahu.

"Jungwoo hilang, Namjoo kata dia tak tidur dekat rumah kawan dia pun semalam" Manda menunduk dan menangis kerana risau.

"Kita kena bagitahu daddy dan buat laporan polis" Kun ambil kunci kereta dan bawa mereka ke rumah lain. Makanan di meja telah dimasukkan dalam peti ais.
Sooman membuka pintu kerana Lucas asyik ketuk tanpa henti.

"Kenapa dengan korang semua? Macam baru kena kejar hantu pula gayanya" Sooman menggaru kepala melihat mereka yang sedang bimbang.

"JUNGWOO HILANG!" Xiaojun menjerit dan penghuni rumah berpusu-pusu keluar rumah.

"APA! ANAK DARA AKU HILANG?!" Sooman pegang dadanya kerana sakit dan jatuh pengsan kerana terlalu kejut. Nasib baik Chenle sempat menyambutnya dari jatuh.

-TBC


[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now