RenLe

1.1K 48 38
                                    

Chenle hanya terdiam melihat kekasihnya, Rowdy sedang bermesraan dengan kawan baiknya, Husna. Siap berpegang tangan lagi.

Chenle merasakan hatinya pecah berderai. Dia tidak menyangka yang Rowdy curang dengannya. Apa salah dia sampai Rowdy sanggup curang dengannya?

Disebabkan tidak tahan dengan pemandangan itu, dia pun pergi. Meninggalkan Husna dan Rowdy bersendirian di situ.

Chenle menuju ke tempat kesukaannya iaitu atap sekolah. Tempat itu merupakan tempat untuk dia menenangkan dirinya.

Dalam perjalanan dia ke situ, dia terlanggar bahu seseorang dan menyebabkan dia hampir hilang keseimbangan. Tetapi nasib dia baik kerana orang yang melanggar bahu dia sempat menangkap tubuhnya lalu menghimpitnya pada dinding.

Jarak wajah mereka sangat dekat hingga Chenle dapat merasakan nafas hangat lelaki itu menyapu wajahnya.

Lelaki itu menoleh ke belakang, seolah olah bersembunyi dari seseorang. Matanya membulat lalu menatap wajah Chenle. "Aku minta tolong kau. "Bisik lelaki itu.

"Tolong apa? "Bisik Chenle kembali.

"Kalau dia datang, aku akan kiss kau. Kau hanya ikut sahaja ok? "Ujar lelaki itu. Mata Chenle yang sememangnya cepet terus mendadak besar apabila lelaki itu berkata demikian.

"A-apa? "

"Tolonglah, aku tak nak dia kejar aku."ujar lelaki itu. Chenle mengigit bawah bibirnya dan akhirnya dia mengangguk kepala.

"Renjun~"kedengaran suara gadis mencari keberadaan Renjun. Lantas lelaki yang di depan Chenle mencium bibirnya. Chenle terkejut dengan kelakuan Renjun tetapi dia membalas juga ciuman Renjun kerana Renjun mendesaknya.

Renjun menarik pinggangnya agar dia mendekat dengan Renjun. Chenle hanya mampu melingkarkan lengannya pada leher Renjun.

Gadis yang mencari Renjun tadi terhenti depan mereka. Mulutnya terbuka luas. Air mata mula bergenang dan dia pun lari dari situ. Renjun mengigit bawah bibir Chenle dengan sedikir kasar dan itu membuatkan bibir Chenle berdarah.

Setelah itu, Renjun melepaskan ciuman mereka. Dia mengusap bibir Chenle. Wajah Chenle memerah kerana hampir kehabisan oksigen.

Renjun rasa bersalah kerana bibir Chenle berdarah disebabkannya. Dia mencium bibir Chenle hingga berdarah.

"Maaf. "Ujar Renjun, dia mengambil tisu dari pocket seluarnya. Dia mengelap bibir Chenle dengan lembut. Chenle meringis kesakitan.

"Sakit? "Chenle mengangguk kepala. Itu membuatkan Renjun lagilah rasa bersalah. "Maaf, aku tidak sepatutnya membawa kau masuk ke dalam situasi begini. "Ujar Renjun, dia selesai mengelap bibir Chenle.

"Tak apa. Emm.. Siapa nama kau? "Tanya Chenle. Renjun tersenyum memandang Chenle, dia menghulurkan tangannya kepada Chenle. "Ryan Huang Renjun. Tapi biasa dipanggil Renjun la"ujar Renjun. Mereka pun berjabat tangan

"Oh, Renjun rupanya. Aku Zhong Chenle. "Ujar Chenle sambil tersenyum manis hingga ternampak lesung pipinya yang bersembunyi pada pipinya. Melihat senyuman Chenle membuatkan Renjun terpesona.

Terpesona dengan senyuman Chenle.

"Jadi, aku kena pergi sekarang. Dan sekali lagi, maaf. "Ujar Renjun lalu pergi. Chenle hanya mengangguk kepala. Dia tadi sakit hati tetapi sekarang sudah tidak.

Semuanya disebabkan Ryan Huang Renjun.

~
"Nah. "Hendery memberi Lucas sepaket darah segar. Dia pun duduk di sebelah Renjun yang sedang melihat pemandangan senja di atas bangunan sekolah mereka.

Your Favourite NCT Ships ✅ Where stories live. Discover now