Pt. 15

370 37 3
                                    

"Sakit daddy" Dia pegang tangan Sooman sebagai pelampias rasa sakit.

Kun dan Sooman papah dia masuk kedalam kereta untuk pergi ke hospital kerana mereka tahu Jungwoo bakal bersalin tak lama lagi.

Manda segera menyiapkan baju Jungwoo dan bayi barulah mereka bertolak ke hospital.

"SAKITT! " Jungwoo menangis lebih kuat bila perutnya mula mengeras.

"Kita dah nak sampai okay? Tahan dulu rasa sakit dulu" Sooman cium tangannya supaya bertenang.

Kun pusing stereng dan masuk kedalam kawasan hospital.

Sooman dan Manda keluar terlebih dahulu tapi mereka tidak boleh dukung Jungwoo kerana dia terlampau berat disebabkan beratnya bertambah.

Kun masuk kereta semula dan mendukung Jungwoo lalu diletakkan di katil. Dia pegang tangan Kun dan Manda kerana tidak tahan sakit.

Doktor benarkan mereka masuk untuk jadi peneman kerana terpaksa, Jungwoo tidak mahu lepaskan tangan mereka dan Sooman menunggu diluar.

"AHHHHH! " Jungwoo kerahkan tenaga semampu yang mungkin dan meneran tanpa henti.

"Kun oppa pasti adik boleh lakukan" Kun yang berdiri tepi kiri mengelap peluh yang keluar dari mukanya dengan sapu tangan yang dibawa tadi.

"Jangan berhenti okay? Nanti aegi lambat keluar" Manda mencium tangannya berkali-kali dan sesekali melihat doktor yang sedang menyambut.

"HGHHH" Jungwoo mendongakkan kepala dan berhenti kerana terlampau penat tidak henti meneran dari tadi.

"Tak boleh, dia tak mahu keluar dari perut" Jungwoo pandang Kun dan Manda kerana dia tidak mampu.

Mungkin saiz bayi terlalu besar sehingga dia sukar untuk beranak. Manda pandang doktor dengan penuh harapan semoga ada jalan untuk anaknya yang sukar bersalin.

"Kami mungkin terpaksa potong sedikit kulit untuk keluarkan bayi" Ujar doktor yang menyambut.

Kun hanya mengganguk setuju tapi Jungwoo menggeleng kepala dan cuba sedaya upaya untuk meneran walaupun telah gagal banyak kali.

"Kita potong sedikit kulit dan vakum kepala bayi" Ujar doktor kerana itu saja jalan penyelesaian. Mereka tidak mahu lakukan sebarang pembedahan selagi boleh bersalin normal.

Jungwoo tutup mata dengan rapat dan genggam erat tangan mereka untuk salurkan rasa sakitnya.

"HGHHH AHHHH!!! " Jungwoo meneran sekali lagi dan terbaring semula.

Manda sedih melihat dia yang sudah tidak larat dan tidak mampu keluarkan sebarang tenaga.

Kun lap peluhnya yang keluar dengan banyak dan berharap semoga anak saudaranya dapat keluar.

Jungwoo pegang tangan mereka sekali lagi dan kumpulkan tenaga untuk berusaha keluarkan anaknya.

"AHHHHH!!! " Jungwoo baring dan tersenyum melihat bayinya telah keluar dari perut dan sedang dibersihkan.

Anak Jungwoo bersaiz agak besar dan lebih berat dari bayi lain semasa dilahirkan, patutlah dia susah untuk bersalin.

"Cucu aku" Manda menangis kegembiraan dan mencium tangan anaknya yang telah bermandi peluh. Kun juga menitiskan air mata melihat anak buahnya selamat dilahirkan ke dunia.

Nafasnya tidak stabil serta tangannya jatuh terkulai dan memaksa mereka berdua keluar dari bilik bersalin.

Doktor segera memakaikan topeng oksigen kerana Jungwoo tidak boleh bernafas dengan sendiri dan mereka lakukan CPR untuk jantungnya berdegup laju semula.

"Anak kita tak sedarkan diri" Manda segera peluk Sooman yang sentiasa menunggu di luar.

"Anak kita kuat, dia boleh lawan semua tu. Cucu kita macamana?" Sooman tenangkan isterinya walaupun dirinya juga bimbang dengan anaknya yang sedang bertarung nyawa.

"Bayi dia agak besar, sebab tu dia kesukaran bersalin tadi" Kun duduk di kerusi yang disediakan dan cuba hilangkan rasa resah tapi dia tidak boleh.

"Cas defibrilator 50 joule dulu!" Doktor melakukan CPR tanpa henti sebelum mengambil alat itu dari jururawat.

Jururawat yang lain letakkan gel cecair khas untuk kurangkan kesan elektrik semasa diletakkan di badan pesakit.

"Awak tak boleh mati" Doktor itu mengosokkan defibrilator dan letakkan di badan Jungwoo. Katil yang dia baring turut bergegar kerana kesan elektrik dari alat itu.

Doktor memandang jururawat yang lain dan mengganguk untuk tingkatkan cas(?) kerana tidak berjaya.

"Telah dicas pada 100 joule! " Mereka pusingkan mesin lagi dan defibrilator itu diletakkan lagi pada badan Jungwoo.

Doktor membuka penutup muka dan pandang jururawat untuk bawa bayi yang dilahirkan kepada ahli keluarga dia.

"Cucu aku! " Manda berlari ke jururawat yang bawa cucunya keluar dari bilik bersalin.

"Dia comel sangat dan tahniah saya ucapkan, dia adalah bayi lelaki" Dia berikan kepada Sooman untuk mendukung.

"Bagaimana dengan adik saya didalam? " Kun pandangnya dengan penuh harapan tapi dia tidak balas kerana tidak mahu.

Tak lama kemudian, doktor keluar dari bilik dan datang kepada mereka yang setia menunggu.

Dia pandang mereka yang sedang menaruh harapan yang Jungwoo baik-baik saja.

"Maafkan kami, anak tuan dan puan dalam keadaan kritikal. Kami juga tidak boleh beri harapan tinggi dan berharap untuk bersedia kalau terjadi apa-apa padanya" Doktor itu tepuk bahu Manda dan mengusung katil Jungwoo yang telah dibawa keluar dari bilik bersalin.

Badannya telah dipasang dengan pelbagai wayar dan mukanya berubah menjadi terlalu pucat. Mereka mahu ikut tetapi tidak dibenarkan kerana Jungwoo dimasukkan ke unit rawatan rapi atau ICU.

Kun melihat anak buahnya lagi yang berada di tangan Sooman.
Dia menyentuh muka bayi yang tidak berdosa itu dan mencium dahinya dengan perlahan.

"Selamat datang, ini Pakcik Kun dan atok serta nenek kamu"

Bayi yang bersaiz besar itu memberi respon bila dipanggil dan bergerak-gerak dengan aktif walaupun belum sampai satu hari lagi dilahirkan.

"Encik, saya mahu bawa dia pergi ke bilik bayi dan catat rekod kelahiran dia" Jururawat itu menunggu dari tadi dan Sooman segera menyerahkan cucunya semula untuk proses seterusnya.

"Nanti atok datang lagi ya? Sayang cucu atok" Sooman mencium dahinya sebelum dibawa pergi.

Kun hanya mampu menunggu di luar bilik dan letakkan tangan di dinding kaca melihat adiknya sedang diperiksa oleh doktor dan beberapa jururawat didalam sana.

Hatinya seperti berkecai melihat adiknya dalam keadaan kritikal. Mesin nadi itu hanya keluarkan bunyi perlahan dan boleh berhenti bunyi bila-bila masa.

-TBC

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now